Terhempasnya pesawat Boeing MAS MH653

4 Disember, 100 orang yang berada di dalam pesawat, 93 penumpang bersama 7 krew penerbangan, terkorban dalam tragedi 'daging berkecai di paya hangus'... Tragedi ini mengejutkan penduduk kampung nelayan di situ, ada yang berkurung dan segera menutup pintu ketakutan, ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian...

 klik image

Kisahnya bermula apabila, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung, lantas mereka berlari ke luar rumah.. Ketika itulah mereka tersentak kekejutan melihat sebuah pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah terbang betul-betul di atas pokok kelapa sahaja...

Beberapa detik selepas tu, pesawat MH365 tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak.. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran... Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar seolah gempa bumi berlaku diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara..

Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.. Duit berselerak macam daun pokok getah, ringgit Malaysia, Yen Jepun, American Dollar, Pound Sterling.. Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Penang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira 2.5km persegi.. 


Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman.. Kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk berserakan, isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.. Ramai penduduk kampung tidak lena tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu, apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, especially mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas..

Ini la sejarah yang mungkin susah untuk dilupakan.. Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS).. Penerbangan MH653 meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor..


 Rentetan peristiwa tragedi berdarah ini..

-7:21pm pesawat take-off dari Penang menuju ke Kuala Lumpur
-7:46pm pesawat melepasi ruang udara Batu arang setinggi 4000ft
-7:47pm pilot GK Ganjoor report kepada menara kawalan, "653 going around"
dan menara membalas "653 is cleared to land, surface wind calm"..
Pilot said "overshooting", then "whats your problem",
and pilot replied "we have an emergency on board"
-7:50pm pesawat reported "maintaining 3000 coming over KL (beacon) in two minutes,
hijacker on board",
then replied "cleared to land on runaway 33 with no delay",
but been replied "we are now proceeding to singapore", "message received, understood"
-8:05pm pusat kawalan KL inform kawalan air traffic Singapore mengenai pesawat MH653
dan dibenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000ft
-8:12pm pusat kawalan Singapore membenarkan MH653 turun ke paras 7000ft
-8:15pm perhubungan pusat kawalan Singapore dengan MH653 terputus,
pesawat hilang dari radar pusat kawalan
-8:30pm laporan polis mengatakan pesawat MH653 berada di ruang udara Tanjung Kupang
-8:45pm dilaporkan pesawat itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula
dan di saat itu pesawat itu meletup di udara,
pesawat terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi
 
 
Antara teori rampasan kapalterbang (hijacked) adalah dirampas oleh Japanese Red Army, ada pula laporan menyebut pesawat dirampas militan Vietnam kerana Singapore telah menahan 3 militan Vietnam berikutan peristiwa rampasan kapalterbang DC3 Air Vietnam sebelum itu, mungkin kerana dendam.. Teori lain, pesawat dirampas oleh penentang kerajaan Cuba, kerana antara mangsa nahas ini adalah duta Cuba ke Malaysia dan isterinya..
 
 from Wikipedia (klik image)
 
Tragedi nahas ini terus menjadi tanda tanya sehingga sekarang, tiada berjawaban.. Jumlah korban 100 orang, antaranya pilot Kapten GK Ganjoor, co-pilot Kamarulzaman Jalil, 5 orang FA, Menteri Pertanian, Ketua Pengarah JKR dan SU politik beliau, Pengarah Kerjaraya Bahagian Tentera, timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Duta Cuba ke Malaysia dan isterinya..


Cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas Jalan Kebun Teh Johor Bahru.. Upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember..
 
p/s: Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam.. hari ini 4 Disember tarikh tragedi, tragedi yang penuh misteri, kelemahan ketika itu adalah penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti, dan di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang.. 
-cerita mengikut Sumber