Festival Floria - Ros Untuk Selamanya

Pada hari Ahad yang lepas, Rul berkesempatan untuk berkunjung ke Festival Floria Putrajaya 2011, penganjuran festival ini buat kali yang ke-4 bertemakan 'Ros Untuk Selamanya', (dengar tema pun dah macam gempak).... Festival Floria adalah pameran taman dan hiasan bunga yang terulung di Malaysia, kali ini sekali lagi diadakan di pesisiran tasik Presint 2 Putrajaya pada 9-17 Julai 2011.....

Festival ini telah mengetengahkan landskap Malaysia dan juga antarabangsa di dalam industri hortikultur, rekaan landskap komersial, reka bentuk taman dan pameran bunga.... Pengunjung akan disajikan dengan rekaan taman bunga yang indah, hamparan 'permaidani' bunga-bungaan, gerbang bunga, lorong-lorong dan jalan-jalan yang dipenuhi hiasan bunga yang cantik dan pelbagai warna saujana mata memandang......


















Taman 'barangan Kitar Semula'


Lebih daripada 200 aktiviti harian diadakan setiap hari bagi memeriahkan lagi festival ini seperti hiburan santai, 'edutainment', bengkel seni, pelbagai jenis demonstrasi, persembahan wayang kulit, info tani, persembahan pancaragam, tarian seni budaya dan banyak lagi acara yang diadakan sepanjang tempoh 9 hari Festival Floria 2011 dilangsungkan.....
Tarian kebudayaan 'Satu Malaysia'


Persembahan Pancaragam


Persembahan 'Wayang Kulit' pada sebelah malam

Tapak festival yang seluas 15 hektar ini dibahagikan kepada beberapa kawasan yang setiap satunya menampilkan elemen yang berbeza..... Festival ini mempunyai 'Rose Showcase', 'Grand Flower Bed', 'Flower Galore', 'Showcase Gardens', 'Floral Pavilion', 'Therapy Garden', 'Garden Bazaar', 'Art Square', 'Growers Farm', 'Schools Universities Gardens' dan lain-lain lagi..... Rul cuba untuk melawati setiap pameran yang disediakan walaupun berasa penat kerana kawasan festival tersebut teramatlah luas.....
Taman 'ala Inggeris'

Suasana di dalam Floral Pavilion










Seni gubahan pelamin dan meja makan pengantin
(di dalam Floral Pavilion)

Bazaar yang menjual pelbagai jenis bunga-bungaan dan tanaman-tanaman lain

'Kidd Floral Area' untuk kanak-kanak

Rul dan kawan-kawan yang lain sepakat untuk menunggu sehingga malam bagi menyaksikan pula bagaimana pemandangan Festival Floria ini pada sebelah malam..... Selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi), kitorang menuju semula ke tapak festival..... Pada sebelah malam, semakin ramai pengunjung yang hadir, "lebih sesak dari waktu siang", mungkin kerana hari tersebut adalah hari terakhir festival itu dilangsungkan, malah pada sebelah malam Festival Floria akan diserikan lagi dengan acara 'Malam Penuh Keajaiban' dimana akan diadakan persembahan 'bunga api' dan perarakan hampir 15 buah 'bot berhias' di pesisiran tasik.....
Bot-bot berhias yang berwarna-warni dengan cahaya lampu
Festival Floria pada waktu malam, "kelihatan seperti mini I-City"


Malam penutupan Festival Floria 2011 dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Dato Seri Dr Ng Yen Yen dan turut dihadiri rakan-rakan penaja seperti YTL, Genting Resort, Sunway, I-City, Petronas, Perbadanan Putrajaya, wakil-wakil negeri dan banyak lagi..... Majlis penutupan diserikan lagi dengan nyanyian lagu tema 'Malam Penuh Keajaiban' yang disampaikan oleh Syafinaz Selamat..... Menurut Dato Seri Dr Ng Yen Yen, Festival Floria pada kali ini turut disertai oleh negara-negara luar seperti Brunei, Kenya, Korea, Filipina, Thailand dan lain-lain..... Festival Floria 2011 berjaya menghimpunkan seramai hampir 1 juta pengunjung sepanjang tempoh 9 hari festival tersebut, "ramai kan?".....
Suasana taman yang santai sesuai untuk riadah bagi seisi keluarga


sempat menandatangani 'Buku Pelawat'


p/s : pengalaman untuk menjadi 'Mat Bunga' memang amat menyeronokkan tambahan pula apabila dapat melihat sendiri ribuan jenis spesis bunga dan tanaman yang berwarna-warni dan sangat cantik.....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Pengalaman turun ke stadium ; Malaysia vs Liverpool

Kelab-kelab gergasi EPL mengadakan Siri Jelajah Asia 2011 dengan berkunjung ke China, Korea, Singapura, Filipina, Thailand, Hong Kong dan Malaysia.... Kedatangan kelab-kelab ternama EPL seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool ke Malaysia sudah tentu akan menyemarakkan lagi arena sukan negara kita.....
Kehadiran kelab-kelab bolasepak ini sudah tentu dinanti-nantikan peminat-peminat setia Arsenal, Chelsea dan Liverpool mungkin kerana, hanya sekali sahaja seumur hidup mempunyai peluang dan kesempatan untuk melihat aksi bolasepak dan pemain kelab-kelab tersebut secara 'live'.....
Kunjungan Arsenal, Chelsea dan Liverpool ke Malaysia adalah bagi mengadakan perlawanan persahabatan pra-musim bersama pasukan Malaysia selain untuk bertemu dengan peminat-peminat setia mereka.... Arsenal dan Liverpool akan menentang pasukan kebangsaan Malaysia manakala Chelsea akan turun bertemu pasukan pilihan Malaysia yang menggabungkan skuad B-21 negara dan pemain-pemain utama Liga Malaysia, semua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.....

Sudah tentu ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman ini, Rul juga tidak ketinggalan untuk turut serta turun ke stadium bagi memberi sokongan terhadap pasukan Malaysia dan kelab kegemaran Rul, sudah tentulah Liverpool.... Hampir 90 000 ribu penyokong turun memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai yang lepas bagi menyaksikan perlawanan Malaysia vs Liverpool....
Stesen LRT Bukit Jalil yang sentiasa dipenuhi penyokong Liverpool dan Malaysia kerana Star LRT adalah alternatif pengankutan awam yang terbaik jika mahu pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Beratur panjang untuk masuk ke stadium

Perlawanan pada hari tersebut menyaksikan pasukan Malaysia telah memberikan tentangan sengit terhadap pasukan Liverpool, keputusan perlawanan berakhir dengan Malaysia memperoleh 3 gol dan Liverpool 6 gol.... (Safiq Rahim 1 gol, Safee Sali 2 gol - David Ngog 2 gol, Maxi Rodriguez 2 gol, Dirk Kuyt 1 gol, Charlie Adam 1 gol), pemain kegemaran Rul yakni Dirk Kuyt turut menjaringkan gol, "GILER BEST"....
Keputusan berakhir dengan (MAS 3 - 6 LIV)

Sepanjang perlawanan, para penyokong tidak henti untuk memberikan sokongan yang padu dan bersorak kepada kedua-dua pasukan dengan melaungkan 'Malaysia,Malaysia,Malaysia', 'Liverpool, Liverpool, Liverpool', dan turut menyanyikan lagu legenda Liverpool iaitu You'll Never Walk Alone..... Para penyokong turut tidak ketinggalan untuk menyanyikan lagu Negaraku di awal dan akhir perlawanan walaupun tanpa diiringi muzik.....Seperti yang sudah dijangkakan, stadium pasti akan dipenuhi dengan lautan warna merah kerana rata-rata penyokong yang hadir memakai jersi/baju Liverpool yang bertemakan warna merah..... Hal ini menyebabkan timbulnya isu penyokong tidak patriotik ataupun kurang memberikan sokongan terhadap pasukan kebangsaan sendiri, tetapi lebih mengutamakan pasukan luar..... Bagi Rul, isu ini tidak sepatutnya timbul dan menjadi lebih teruk apabila ada pihak yang cuba mengapi-apikan isu ini.....
'Lautan Merah' penyokong Liverpool

Biar apa pun isu yang timbul, Rul tetap berasa seronok dan bangga kerana menjadi salah seorang yang turut hadir pada hari tersebut..... Terima kasih buat abang Rul (menyokong pasukan Malaysia) dan Nur Diyana (juga menyokong Malaysia) kerana sudi menemani Rul pada hari tersebut..... Rul bertuah kerana dapat melihat sendiri pemain-pemain yang Rul minati secara 'live' depan mata seperti Dirk Kuyt, Daniel Agger, Sotiris Kyrgiakos, Alberto Aquilani, dan pemain-pemain Liverpool yang lain.... Melangkah masuk ke stadium, semangat mahu bersorak untuk pasukan Liverpool (sudah lama menunggu Liverpool datang ke Malaysia).....
Sahabat-sahabat Rul yang turut hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Jason Dasey, Abbas Saad, dan Paul Parker di bilik media


You'll Never Walk Alone
Malayan Tiger
Malaysia by born, The Kop by choice
p/s : Rul tidak memakai jersi Liverpool mahupun jersi Malaysia semasa perlawanan tersebut, hanya memakai T-shirt biasa, tetapi memberikan sokongan yang kuat kepada kedua-dua pasukan terutamanya pasukan Liverpool.... "I'm a Malayan Tiger, but I'm also The Kopites"...

-sebelum ini pergi Formula One pun berpusu-pusu penonton yang hadir
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Siri Drama TV ; "dalam kenangan"

Semasa lewat 90-an, Rul pada ketika itu masih lagi seorang kanak-kanak sekolah rendah, dan bagi seorang kanak-kanak seperti sudah menjadi satu kebiasaan untuk berasa minat menonton televisyen, mungkin tidak semua orang yang minat tetapi bagi Rul, menonton televisyen sesuatu yang sangat seronok...haha....

Masih ingat lagi dengan siri rancangan animasi ketika itu seperti Dragon Ball, Sailormoon dan lain-lain, tidak terlepas juga siri komedi Mr Bean yang memang kelakar, tetapi pada masa tersebut juga Rul juga sangat meminati 2 buah siri drama British iaitu Sir Arthur Conan Doyle's The Lost World dan Beastmaster, bagi seorang kanak-kanak macam Rul pada ketika itu, memang siri ini kelihatan sangat mengujakan ditambah pula dengan jalan cerita yang menarik dan mempunyai kelainan.....


Siri Beastmaster mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Dar (Dar adalah satu-satunya manusia yang masih hidup dari kaumnya yang 'hilang')..... Dar menjelajah ke seluruh pelusuk untuk mencari kekasihnya yang hilang iaitu Kyra, Dar turut melindungi mangsa penindasan dan Dar seorang yang sangat mengasihi haiwan..... Dar mempunyai seorang kawan yang bijak mengenai perubatan dan permainan psikologi iaitu Tao..... Siri Beastmaster dikuatkan lagi dengan kemunculan pahlawan wanita bernama Arina (Rul cukup minat dengan watak Arina)..... Dunia Beastmaster penuh dengan penceritaan suku kaum yang hilang dan pembunuhan beramai-ramai adalah perkara biasa.....
dari kiri : Kyra (kekasih Dar), Dar (si Beastmaster),
The Sorceress (ahli sihir),dan Tao (kawan yang setia)



Dar mampu berkomunikasi dengan haiwan seperti harimau, sepasang 'ferrets', dan Sharak (manusia yang disumpah menjadi seekor helang)
-haiwan-haiwan tersebut yang juga seperti teman baiknya banyak membantu Dar di dalam penjelajahan-














Beastmaster (Dar) bersama senjata 'tulang putih' dan Arina









Curupira si 'makhluk hijau' dan King Zad (Raja yang zalim)



Manakala, siri drama Sir Arthur Conan Doyle's The Lost World adalah sebuah drama berkisarkan sebuah novel yang ditulis oleh Sir Arthur Conan Doyle yang cukup dikenali sebagai penulis tersohor (beliau popular dengan siri novel penyiasatan Sherlock Holmes)...... The Lost World menceritakan pada awal abad ke-20, sekumpulan pengembara yang diketuai oleh Profesor Edward Challenger telah memulakan ekspedisi untuk membuktikan kewujudan dunia yang 'hilang' dan terasing dari dunia moden..... Seperti kebiasaan, sesuatu ekspedisi pastinya akan disertai oleh sebuah kumpulan yang terdiri dari individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran di dalam bidang masing-masing (Rul meminati watak Profesor Arthur).....
dari kiri : Profesor Challenger (ketua ekspedisi), Marguerite (pengurus kewangan yang penuh misteri), Major Lord John (pakar memburu), Veronica (gadis hutan), Edward (wartawan ekspedisi), dan gambar kecil ialah Profesor Arthur (selaku Doktor ekspedisi)


Ketika perjalanan pengembaraan pasukan ekspedisi British ini, belon udara panas mereka telah mengalami kerosakan dan menyebabkan mereka terhempas ke dataran hutan Amazon pra-sejarah yang penuh misteri dan terpencil..... Mereka telah terperangkap dari dunia luar dan terpaksa menempuhi pelbagai cabaran serta bahaya dari serangan dinosaur yang menakutkan, mengelak dari puak pemburu kepala, berlindung dari manusia beruk ape, bersembunyi dari kaum Lizardmen dan pelbagai lagi ancaman lain..... Ketika di dunia asing ini, kumpulan pengembara ini telah bertemu dengan Veronica iaitu gadis hutan yang telah kehilangan pasukan pengembaraannya di kawasan Amazon tersebut.....
antara musuh-musuh yang terpaksa ditempuhi oleh kumpulan ekspedisi ini



Rumah pokok yang dibina untuk perlindungan
-rumah pokok ini dilengkapi dengan 'lift' yang dikawal secara manual menggunakan tali-


2 CERITA INI MEMANG MENARIK
APA PULA DRAMA TV KEGEMARAN KORANG?


p/s : 2 siri drama British ini kelihatan penuh dengan fantasi dan bercorak sains fiksyen, 2 ciri inilah yang berjaya menarik minat Rul untuk menjadi penonton setia drama ini..... Hingga sekarang, Rul masih ingat lagi aksi-aksi di dalam 2 buah drama ini....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com