Personaliti diri : Bukan rahsia lagi

Hebat betul daya pemikiran dan kajian Dato Dr Fadzilah Kamsah, pakar motivasi yang amat popular di Malaysia. Kenapa/mengapa/sebab apa Rul cakap Dr Fadzilah Kamsah hebat.....sebab kajian beliau mengenai rahsia personaliti mengikut bulan kelahiran dan rahsia personaliti melalui tulisan seseorang, hampir 100% tepat dengan personaliti diri Rul..... macam mana Dr Fadzilah tahu personaliti seseorang, Rul langsung tidak berpeluang berjumpa Dr Fadzilah secara peribadi, tapi....melalui kajian.....beliau dapat tahu personaliti seseorang hanya melalui tarikh lahir dan jenis tulisan....HEBAT.....
Kajian Dr Fadzilah mengenai rahsia personaliti mengikut bulan kelahiran, Rul lahir bulan Julai....

-Sangat suka didampingi
-Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
-Agak pendiam kecuali dirangsang
-Mempunyai harga dan maruah diri
-Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
-Mudah dipujuk dan bercakap lurus
-Sangat menjaga hati orang lain
-Seorang yang peramah
orang cakap Rul sombong, kalau tak kenal memang la...
-Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hati
-Berjiwa sentimental
memang sentimental....haha...
-Jarang berdendam
-Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
-Tidak suka benda remeh-temeh dan membuang masa
-Membimbing cara fizikal dan mental
-Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang
-Layanan yang serupa terhadap semua orang
termasuk kekasih sendiri!!!
-Tinggi daya simpati
-Pemerhatian yang tajam
melalui riak wajah dah tahu apa orang tu fikir...haha
-Suka menilai orang lain melalui pemerhatian
-Mudah dan rajin belajar
-Suka muhasabah diri
-Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
sentiasa ingat kawan-kawan lama
-Suka mendiamkan diri
-Suka duduk di rumah
duduk rumah lebih safe & sound
-Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
-Tidak agresif kecuali terpaksa
-Lemah dari segi kesihatan perut
gastrik, ini pun Dr tahu...haha
-Mudah gemuk kalau tak kawal diet Rul memang suka makan...haha
-Minta disayangi
-Mudah terluka dan terasa hati tapi lambat pulih
-Terlalu mengambil berat
-Rajin dalam membuat kerja
kadang-kadang rasa malas jugak...haha

Kajian Dr Fadzilah melalui tulisan.....

Tekanan tulisan yang ringan, seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas....
<Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit>
Tulisan yang bulat-bulat, semua huruf ditulis dengan bulat, kurang berbucu tajam....
<Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)>
Tulisan tegak, tidak condong<Sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah>
Tulisan yang jarang-jarang
<Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros (suka berbelanja)>
Pada huruf J, G, Y, Z, menulis dengan ekor huruf yang besar, jelas, panjang dan sempurna
<Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan>
Pada palang huruf kecil T (t), berada di tengah-tengah
<Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana>

Tulisan mencerminkan peribadi…..Kita boleh menukar tulisan kita dengan sengaja untuk mengubah peribadi dan personaliti kita supaya kita berjaya dalam hidup…..tapi, bukan hanya bergantung pada tulisan, diri kita sendiri perlu bersikap positif dan yakin kita boleh berjaya....

memang hampir 100% tepat, lepas cuba kajian ni, Rul dapat tahu personaliti diri Rul sendiri.....dan Rul terfikir seorang diri....."macam ni rupanya personaliti saya, baru saya perasan, memang betul la....haha".......sememangnya kita diciptakan Allah dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan, dan diciptakan dengan seribu satu sikap yang berbeza-beza, tidak kira cantik atau buruk, kita tetap sama sebagai seorang hamba Allah SWT....

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

No comments: