Bergelap demi EARTH HOUR

Bergelap demi Earth Hour.....bermula 8:30 malam hingga 9:30 malam, pada 26 March 2011 yang lepas...... sekali sekala memadamkan lampu pada waktu malam apa salahnya kan??? Rul pun turut serta menyertai kempen ini...... kempen ini bukan sekadar berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia..... Kempen yang dianjurkan oleh World Wildlife Fund (WWF) ini bermula pada tahun 2004 oleh WWF Australia....... Kempen ini bertujuan untuk mengatasi masalah pemanasan global disamping meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai peningkatan suhu iklim bumi..... melalui kempen memadamkan lampu selama 1 jam, yakni 60 minit, penganjur mengharapkan orang ramai sedar dan prihatin tentang pemanasan global ini.....
kempen ini bukan sekadar memadamkan lampu, malah digalakkan juga untuk tidak menggunakan peralatan elektrik yang lain, hal ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga walaupun hanya dalam masa 1 jam..... namun, kempen ini bukanlah satu paksaan, ianya satu bentuk sukarela, sesiapa sahaja boleh menyertainya, hanya dengan memadamkan lampu sama ada di rumah, asrama, restoran, pejabat, mahupun di pusat-pusat tumpuan orang ramai......
Malaysia sendiri mula menyertai ini pada tahun 2009, sehingga tahun ini hampir 128 negara, 4616 kotaraya, dan 1.3 billion penduduk dunia telah menyertai kempen Earth Hour ini....... malah di negara luar, kempen Earth Hour ini seolah-olah satu festival yang amat meriah.....



Kampus tempat Rul belajar turut menyertai kempen ini...... bermula 8:30 malam, seluruh kawan asrama pelajar telah dimatikan bekalan elektrik, jawabnya, Rul dan kawan-kawan lain terpaksa bergelap dan menahan panas suhu malam kerana kipas dan suis juga tidak berfungsi, hanya mengharapkan cahaya dari lampu meja study...... tempoh selama 1 jam tersebut, seluruh kawasan kampus agak gelap, hanya satu dua lampu jalan sahaja yang terpasang, BAHAYA ni..... hahaha...... tapi, demi untuk menyahut kempen Earth Hour, bergelap pun OK la, bukan selalu......
di kampus, EMERGENCY EXIT ni je yang bercahaya, haha....

walaupun tanpa kempen ini, orang ramai hendaklah sentiasa sedar bahawa pentingnya untuk menjaga alam sekitar, agar pelestarian alam ini terus berkekalan untuk generasi-generasi yang mendatang..... bukan sekadar menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, malah banyak lagi perkara-perkara lain yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian agar bumi ini mampu menangani masalah pemanasan global......
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Melangkah ke Festival Belon Udara Panas

Festival Hot Air Balloon Putrajaya kali ke-3 telah diadakan dengan begitu meriah pada 17-20 Mac yang lalu. Dengan menjadikan kawasan Monumen Alaf Baru Persint 2 Putrajaya sebagai lokasi utama festival, hampir 3000-5000 pengunjung yang datang dalam sehari. Jalan memang sesak, tapi tidaklah seteruk mana, kerana kawasan Monumen Alaf Baru ni memang luas dan mampu untuk menampung bilangan pengunjung yang ramai. Rata-rata yang hadir, mesti dalam hati cakap "kalaulah dapat peluang naik belon tu".......haha..... Rul salah seorang yang cakap macam tu....hehe....kalau mahu rasa pengalaman baru terbang dengan belon udara panas, pihak penganjur menyediakan 5 belon udara panas untuk membawa pengunjung ke udara hampir setinggi 100 meter. Bayaran dikenakan agak berpatutan, lebih kurang RM 10 untuk dewasa, tapi Rul tidak pasti pula bayaran yang dikenakan untuk kanak-kanak. Yang beratur untuk naik belon udara panas tu, panjang yang amat.....haha..... memang mimpi la kalau Rul nak naik...... kalau rajin beratur panjang....mungkin ada peluang.......Mengikut info yang Rul dapat, pada penganjuran kali ke-3 festival ini, hampir 30 buah belon udara panas telah diterbangkan....... banyak betul....... dan melibatkan para peserta atau 'pilot' dari seluruh dunia seperti USA, Perancis, Jerman, Jepun, Belgium, Switzerland, Vietnam, Thailand, dan Malaysia. Rekabentuk sesetengah belon udara panas ini juga ada yang lain dari yang lain dan amat menarik......Kedai jualan sememangnya tidak terlepas untuk diserbu oleh para pengunjung...... setiap sudut penuh dengan pengunjung yang sibuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang..... Tetapi, hujan yang turun hampir setiap hari, merencatkan sedikit perjalanan festival kerana tapak festival yang kenbanyakannya tanah gambut menjadi becak dengan lopak-lopak air....... tapi, Rul tidak kisah, tetap redah....haha.....
gerai jualan yang penuh warna-warni

acara ini turut mendapat liputan beberapa akhbar-akhbar di Malaysia

Sememangnya festival ini berjaya menarik ramai pengunjung dan menghidupkan suasana di Putrajaya. Rul berharap, Perbadanan Putrajaya terus menganjurkan acara-acara sebegini..... sesuai untuk seisi keluarga mengisi masa terluang di hujung munggu atupun dijadikan aktiviti untuk beriadah.....

p/s : Acara sebegini sesuai untuk Rul 'release tension'...... sambil jalan-jalan, sambil tenangkan fikiran.....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Bila tiada bekalan air

Krisis, isu atau segala cabaran yang berkaitan dengan air perlu ditangani sebaik mungkin bagi memastikan nikmat sumber kehidupan itu dapat dinikmati hingga generasi-generasi masa hadapan.....
Rul amat bersyukur kerana mendapat bekalan air bersih yang telah dirawat..... tidakkah korang tahu, masih terdapat segelintir penduduk di Malaysia yang tidak menerima kemudahan ini...... alangkah sedihnya...... mereka hanya bergantung kepada air sungai, perigi, dan lain-lain..... kebersihan air tersebut belum tentu terjamin....... mungkin hal ini terjadi kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan..... tetapi kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dan lebih peka untuk mengatasi isu ini....Rul terdetik untuk menulis mengenai isu ini kerna Rul rasa air merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian...... dan kerana..... dalam seminggu yang lepas.... Rul dapat merasai betapa sukarnya kehidupan seharian tanpa AIR yang mencukupi.... ini kerana.... bekalan air bersih di kawasan tempat Rul tinggal, terputus selama 5 hari..... bagi Rul, tempoh 5 hari itu sesuatu yang amat panjang dan memeritkan....
tetapi, Rul kurang pasti......apakah punca utama ketiadaan bekalan air..... ada yang cakap, "paip air pecah, dilanggar lori balak".... ada pulak yang cakap, "hari tu kan banjir, paip air rosak, air bersih bercampur dengan air banjir"...... dan ada yang cakap, "diorang tengah ganti paip lama dengan yang baru"....... errmm.....yang mana satu yang betul ni???....... Rul rasa, proses menggantikan paip lama dengan yang baru tu mungkin menjadi punca ketiadaan bekalan air..... kerajaan ada mengumumkan penggunaan sistem penurasan selaput halus, iaitu Proses Pemurnian Actiflo dan Teknologi Sifar Aktiviti Menggali, bagi menggantikan paip di dalam industri air.......Dalam tempoh 5 hari tu......lori-lori Lembaga Air Negeri dilihat memenuhi setiap kawasan-kawasan kediaman yang ketiadaan air untuk menghantar bekalan air bersih untuk kegunaan setiap isi rumah..... bekas-bekas dan tong-tong air juga begitu jelas kelihatan diletakkan di hadapan rumah untuk diisikan dengan air bersih...... kalau hujan turun, kelihatan anak-anak kecil seronok bermandi hujan, mungkin itu sahaja peluang untuk diorang 'main hujan', sebelum-sebelum ini mungkin diorang akan dimarahi ibubapa kalau berbuat demikian.....hahaha.....
tempoh 5 hari tersebut ditempuhi penduduk-penduduk di sini dengan penuh kesabaran...... bekalan air yang ada digunakan dengan cermat dan elakkan membazir....... sekarang baru tahu untuk MENGHARGAI AIR....haha....... walaupun aktiviti seharian begitu terganggu, tetapi masalah ini mungkin tidak dapat dielakkan untuk berlaku...... baru 5 hari, kalau berbulan-bulan macam mana???......
Kalaulah diberi pilihan, antara AIR dan ELEKTRIK, mana satu yang Rul nak pilih??? aarrr..... Rul tak nak pilih..... dua-dua penting, kalau tidak ada salah satu, kehidupan seharian menjadi sedikit sukar........ mungkin orang-orang dahulu boleh hidup tanpa kedua-dua sumber ini, kenapa??? hati diorang cekal kot...... Rul tak sekuat itu..... Rul memerlukan kedua-duanya...hehe.....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Laman sosial Youthster

Laman sosial aka social network telah semakin bertambah bilangan penggunanya sejak 5 tahun kebelakangan ini....... Laman sosial ini boleh dianggap sebagai satu medium komunikasi yang baru..... Jika dahulu, kita diperkenalkan dengan talian mudah alih handphone, kemudian SMS, MMS dan lain-lain....... mungkin laman sosial ini lebih banyak fungsinya bagi masyarakat zaman sekarang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan keluarga, kenalan, atau pun menjadi medium baru untuk mencari lebih ramai kenalan-kenalan baru.......... Tidak hairanlah pengguna-pengguna laman sosial ini bukan sahaja terdiri dari golongan remaja, malah golongan berkerjaya, pemimpin-pemimpin kerajaan, selebriti, dan golongan profesional yang lain turut menjadi pengguna tegar laman sosial...... Ini kerana, laman sosial ini memudahkan interaksi dan komunikasi antara satu sama lain....Kewujudan laman-laman sosial yang baru juga tumbuh bagaikan cendawan...... matlamatnya cuma satu, menjadi medium atau pentas untuk berinteraksi.....selain tambahan fungsi-fungsi yang lain bagi menceriakan dan memudahkan urusan harian....
Mungkin kita sudah biasa dengan laman sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster atau Twitter.......di sini, Rul mahu menulis serba sedikit mengenai sebuah laman sosial baru.....iaitu YouTHster......YouTHster berjaya menarik perhatian Rul untuk menjadi salah seorang pengguna.....walaupun masih baru, tetapi sesebuah kejayaan sememangnya bermula dari bawah......
Rul begitu bangga dengan usaha untuk mewujudkan laman sosial ini...... malahan, pencipta laman ini adalah anak muda Malaysia sendiri, iaitu saudara Saiful Amin.... tahniah buat Saiful Amin, salah seorang creator yang berbakat...... laman YouTHster ini baru sahaja dibuka secara rasmi pada 7 Mac 2011 yang lepas..... masih baru kan???
"Rul dah register......Jom la join sekali....cepat-cepat..."

Antara kelebihan laman sosial ini adalah seperti kita boleh membuka satu ruangan Forum, Blog, Polls, Quiz, Group, dan Bulletins. Kita juga boleh mengupload Gambar, Muzik dan Video untuk dikongsi dengan pengguna-pengguna yang lain. Laman YouTHster juga mempunyai fungsi Games, bagi penggemar-penggemar Games dan mengisi masa lapang.
Best tak laman sosial ni??? belum cuba belum tahu....apa yang Rul boleh katakan, laman ini sememangnya amat menarik...... tak sama dengan Facebook, tak serupa dengan Twitter, bukan kembar MySpace, bukan jugak adik-beradik Friendster....hahahaha....YouTHster ada kelebihan dan kekuatan tersendiri..... buat kawan-kawan, Eqbal, Zahid, Along, Kak Farhana dan Nur Amal.....jom kita cuba menjadi pengguna laman sosial ini......Jom...Jom...Jom.....

sini link untuk ke laman YouTHster..... http://www.youthster.tk/index.php?do=/
Jangan Lupa Join YouTHster !!!

(terkini) STATUS LAMAN WEB : TIDAK AKTIF
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Minta Tablet PC

Tablet PC telah menjadi satu fenomena baru di dalam insdustri IT pada masa kini....... walaupun fenomena ini di Malaysia tidak serancak seperti pentas antarabangsa, namun penggemar-penggemar gadjet di Malaysia, sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan memiliki segala jenis gadjet baru yang dipasarkan sekarang, terutamanya Tablet PC....... bagi Rul, Tablet PC adalah satu gadjet bersaiz kompak, yang mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja, seolah-olah cuma membawa skrin notebook sahaja.....begitu mudah dan fleksibel....... Rul bukanlah pengikut setia perkembangan teknologi IT, tetapi kerancakan pasaran Tablet PC ini, telah menarik perhatian Rul untuk mencari dan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Tablet PC ini......... dalam hati, "ermm....kalau la aku dapat satu Tablet PC ni, wow....seronok betul"...... memang ada niat pun untuk dapatkan satu Tablet PC ini, tidak kira la apa jenama pun......
Top 5 Tablet PC yang Rul rasa OK...
Sudah melebihi setahun Tablet PC ini dipasarkan......malah pada tahun ini, yakni tahun 2011..... generasi kedua Tablet PC sudah pun dipasarkan.....dengan penambahbaikan perisian dan pelbagai sistem operasi yang lain, Tablet PC ini menjadi lebih mantap dan begitu mesra pengguna....... dengan kelengkapan akses WiFi, 3G mahupun 4G, Tablet PC ini sememangnya amat berbaloi untuk dimiliki.....
tidak kiralah OEM sama ada dari Acer, Motorola, Dell, Samsung, Apple, Blackberry, HP atau pun jenama-jenama lain...... dan tidak kisahlah OS sama ada dari Windows, Android, Linux atau yang lain...... Tablet PC ini adalah satu teknologi yang amat mengagumkan.......

Rul ni bukanlah minat sangat dengan hal-hal gadjet ni, tapi Rul agak tertarik mengenai Tablet PC ini, tapi masa smartphone dulu, Rul tidak pula teringin untuk ambil tahu....haha...
dengan akal yang dikurniakan kepada kita, jika digunakan seoptimum yang mungkin, pelbagai ilmu dan ciptaan baru dapat kita terokai, cuma kita yang malas untuk berfikir....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Minat sukan tenis

Tenis..... sejenis sukan yang agak kurang popular di kalangan masyarakat Malaysia, mungkin bagi peminat tegar sukan ini sahaja yang begitu mengikuti perkembangan semasa dunia sukan tenis pada masa kini...... tetapi, sejak kebelakangan ini...sukan ini mula menampakkan penerimaan dan perkembangan positif bagi penduduk-penduduk Malaysia...... pemain-pemain tenis Malaysia juga sedikit-sebanyak sudah mampu bersaing dengan pemain bertaraf profesional yang lain...... Malaysia juga turut menjadi salah satu venue untuk siri jelalah ATP dan WTA..... mungkin, Malaysia agak ketinggalan dalam melahirkan jaguh sukan tenis antarabangsa, berbanding negara-negara jiran yang lain....... Thailand dan Indonesia sendiri pernah mempunyai pemain-pemain tenis yang berada di ranking Top 200, mahupun Top 100 di dunia.....Rul sememangnya amat menggemari sukan ini, bagi Rul, sukan ini begitu kompetitif...... oleh sebab itu, Rul cukup berminat untuk mempelajari teknik dan cara permainan sukan ini....... dengan berbekalkan raket tenis Wilson (kadang-kadang menggunakan raket Prince), Rul cuba untuk bermain sukan ini..... sangat menyeronokkan..... mungkin sukan ini nampak mudah..... Rul sendiri pernah berkata, "senang je nak servis macam tu", tapi.....bila sendiri main, baru tahu sukan tenis ini perlukan fokus 100%..... kalau tidak, servis langsung tidak menjadi, pukulan pun akan jauh tersasar..... kekuatan otot tangan itu sendiri menjadi elemen penting untuk melakukan servis/pukulan yang baik...... sekarang ini, sudah hampir 6 bulan Rul bermain sukan ini, alhamdulillah.....pukulan yang Rul lakukan bertambah baik dari semasa ke semasa......mungkin tidak begitu bagus....tetapi Rul berasa lebih baik dari mula-mula mencuba sukan ini dahulu..... tapi, kalau yang jadi pemain profesional, Rul rasa....Rul baru dapat 5% teknik sukan tenis ini.... Rul perlu mencari lagi 95%....hahahahaha......jauh lagi.....bermimpi je la.....
dalam sukan ini, pemain-pemain profesional dunia yang Rul minat seperti Tomas Berdych, Gilles Simon, Ryan Harrison, Ernest Gulbis, Ivan Ljubicic, Maria Kirilenko, Elena Dementieva, Jelena Jankovic, Dinara Safina, Daniela Hantuchova, Nadia Petrova dan ramai lagi.

p/s : Rul masih belum tewas kalau bermain dengan training partner....haha (-_-)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com