Arif Daniel XOXO

Saat bersama Arif Daniel memang tidak dapat dilupakan, sehingga sekarang, memori-memori itu masih lagi segar bermain-main di kotak fikiran...... sudah hampir 7 bulan tidak berjumpa dengan Arif Daniel, dia sihat ke tidak? macam mana pelajaran dia? dia ingat kat Rul lagi ke tak?, semua persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapan.... Ingat lagi ketika Rul menggenggam erat tangan Arif Daniel ketika membawa dia bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, ingat lagi kerenah Arif Daniel yang begitu nakal ketika dibawa melawat Petrosains KLCC, ingat lagi penat melayan Arif Daniel ketika membeli 'ole-ole' di Alamanda Putrajaya...... Hari-hari Rul akan bermonolog sendirian, "adik Arif, still ingat kat abang lagi ke tak?"..... Sebenarnya, Arif Daniel adalah 'adik angkat' Rul yang berusia 7 tahun, Arif Daniel 'menjadi adik angkat' ketika program Jejak Ilmu Bersama Rumah Anak Yatim Nur Hikmah yang diadakan pada 16 Oktober 2010, ketika program tersebut berlansung, setiap fasilitor diwajibkan untuk menjaga seorang penghuni dari Rumah Anak Yatim Nur Hikmah sekaligus menjadi 'abang/kakak angkat' kepada anak-anak yatim tersebut..... Sudah menjadi rezeki, Rul dipilih untuk menjadi 'abang angkat' kepada adik Arif Daniel, walaupun adik Arif agak pendiam pada awal pertemuan, tetapi lama-kelamaan sikap nakalnya mula terserlah, mungkin dia sudah mula rasa serasi dengan Rul dan fasilitator-fasilitator yang lain.... Seramai 20 orang fasilitator dan 20 orang anak-anak yatim terlibat dalam program ini, dan ketika program kami dibawa melawat ke Petrosains dan kawasan sekitar KLCC, Planetarium Negara, Alamanda Putrajaya dan mengadakan 'Grand Dinner' sempena majlis perpisahan di sebuah restoran...... Sesuailah dengan tema program iaitu 'Jejak Ilmu', Rul melihat anak-anak yatim tersebut begitu berminat dengan teknologi dan dunia sains ketika melawat Petrosains dan Planetarium Negara, Rul juga sempat berpesan agar sentiasa rajin belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu....
Gambar sebahagian fasilitator bersama adik angkat masing-masing

Walaupun tempoh bersama anak-anak yatim tersebut hanya selama satu hari, tetapi pengalaman yang diperoleh amatlah berguna, banyak mengajar erti kehidupan dan dapat merasai sendiri pengalaman menjaga seorang 'anak' yang sangat nakal, hehehe..... Ketika detik-detik terakhir sebelum kami berpisah dengan anak-anak yatim tersebut, Rul dapat melihat wajah sayu mereka dan seolah-olah mengharap untuk kami kembali lagi..... Ada juga dikalangan fasilitator yang mengalirkan airmata kerana berasa sedih untuk berpisah dengan anak-anak yatim tersebut..... Rul sempat memberikan 'ole-ole' buat adik Arif sebagai kenangan dan berpesan agar adik Arif akan menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti.... Ikhlas dari hati Rul, kasih sayang sebagai seorang abang buat adik Arif adalah seperti Rul begitu mengasihi adik-adik Rul sendiri.....
Koordinator program Jejak Ilmu
dari kiri : Eqbal Ab Rahim, Zulhilmi, Hafiz Arif Hamzah


Gambar kenangan program Jejak Ilmu Bersama Rumah Nur Kasih

p/s : Tahniah buat saudara Hafiz Arif Hamzah (koordinator) dan fasilitator-fasilitator yang telah menjayakan program ini. :-)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Terlalu sibuk

Sebulan sebelum 'final exam' adalah minggu-minggu yang paling sibuk bagi seorang siswa UniKL MIAT..... Rul terpaksa melalui rutin jadual harian yang begitu padat dengan kelas-kelas teori, latihan praktikal, 'quizzes', 'mid-term exam' dan lain-lain, hujung minggu pula Rul akan menggunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk menyiapkan segala 'assignment', 'project report', 'presentation slide', 'online quizzes' dan yang sewaktu dengannya..... senang cerita, memang sibuk dan terpaksa mengerahkan segala tenaga yang ada untuk menyempurnakan segala tugasan..... Alhamdulillah, Rul masih lagi diberikan kekuatan dan kecekalan untuk menempuhi semua ini, dan ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang pelajar....
Jadual kelas minggu ke-15, agak padat, nasib baik hari isnin cuti....hehe

Disebabkan banyak perkara yang hendak dilakukan, Rul tidak sempat untuk pulang ke 'kampung', setiap hari dan setiap minggu, Rul akan terperuk di kampus, lagi pun tiada cuti panjang untuk Rul 'balik rumah', terpaksalah tunggu cuti 'study leave' ataupun cuti semester nanti barulah Rul dapat balik ke Selama Perak.... 2-3 hari yang lepas, ibu Rul ada 'call', tanya Rul sihat ke tidak, macam mana 'study', OK ke tidak dan satu lagi, ibu Rul beritahu yang adik bongsu menangis, dia tanya ibu, "Bila Rul nak balik?? dah lama Rul tak balik rumah!!".... Rul pun rasa macam mahu menangis, walaupun mata sudah bergenang dengan air mata, Rul tetap cuba manahan diri untuk tidak mahu menangis..... sebenarnya Rul bukan tidak mahu balik, tapi masa tidak mengizinkan, Insyaallah.....kalau ada masa dan cuti panjang, yakni awal bulan Jun nanti Rul akan pulang juga ke Selama Perak, seronoknya....hehe....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Wow : Kisah Lapangan Terbang

Kali ini, Rul ingin menulis mengenai Lapangan-lapangan Terbang di seluruh dunia yang agak unik ataupun merbahaya, sebagai seorang siswa 'aviation', Rul perlulah ambil tahu mengenai perkara ini....hahaha...... kenapa merbahaya??? dan kenapa unik???, sememangnya kita sudah sedia maklum, lapangan terbang adalah bertujuan untuk dijadikan landasan bagi kapal terbang untuk berlepas ataupun melakukan pendaratan..... oleh kerana itu, pembinaan landasan amatlah penting bagi sesetengah kawasan tumpuan walaupun terpaksa menghadapi risiko yang agak tinggi jika lapangan terbang tersebut dibina di kawasan-kawasan yang berpotensi mengakibatkan kemalangan akibat daripada masalah bentuk muka bumi dan juga kawasan yang sempit dan terhad......
Princess Juliana International Airport yang juga dikenali sebagai Sint Maarten International Airport..... Lapangan terbang ini agak unik dan merbahaya, ini kerana sebelum kapal terbang melakukan pendaratan, kapal terbang tersebut akan melintasi pesisiran pantai yang terletak begitu hampir dengan lapangan terbang, pantai tersebut pula akan sentiasa dipenuhi pengunjung untuk beriadah, mandi-manda mahupun menikmati detik pendaratan kapal terbang yang melintasi di atas kepala hampir serendah 8 meter sahaja...... Lapangan terbang ini menjadi hub utama penerbangan bagi Kepulauan Carribean yang pada asalnya dibina untuk kegunaan pesawat tentera......
Sint Maarten International Airport


Gibraltar Airport..... Lapangan terbang ini bukanlah sebuah lapangan terbang utama kerana cuaca yang buruk di persekitaran kawasan ini menyebabkan kapal terbang seringkali memilih untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang berdekatan sama ada di Malaga mahupun Tangier....... Lapangan terbang ini agak unik kerana landasannya yang melalui sebuah jalan utama, wahhhh!!!! macam landasan keretapi pula..... Jika terdapat kapal terbang yang ingin melakukan pendaratan ataupun pelepasan, siren amaran akan dibunyikan dan penhadang jalan akan diturunkan bagi mengelakkan kenderaan-kenderaan yang lain untuk tidak terus menggunakan laluan tersebut.....
Gibraltar Airport

John F Kennedy International Airport New York..... Lapangan terbang ini adalah yang paling sibuk di Amerika Syarikat, oleh itu 3 buah landasan dibina yang kelihatan seolah-olah bersilang antara satu sama lain dan landasan yang terpanjang adalah sejauh 4442 meter...... Kecekapan juruterbang amatlah penting bagi memastikan kesilapan tidak dilakukan ketika menerbangkan pesawat kerana mungkin akan ada pesawat-pesawat lain yang turut melakukan penerbangan secara serentak.....
John F Kennedy International Aiport

Antara lapangan terbang yang kecil dan mempunyai landasan yang agak pendek adalah Lapangan Terbang Pulau Tioman yang mempunyai landasan sepanjang 992 meter sahaja dan lapangan terbang tersebut dikelilingi gunung-ganang..... Tenzing-Hillary Airport yang terletak di ketinggian 2438 meter dari aras laut, lapangan terbang ini terletak di kawasan pergunungan Nepal dan dinamakan sempena nama dua pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest, lapangan terbang ini tidak mempunyai Air Traffic Control yang moden, tidak mempunyai lampu akibat sumber tenaga elektrik yang rendah...... Juancho E Yrausquin Aiport pula hanya mempunyai landasan sepanjang 396 meter dan terletak di kepulauan kecil Saba, sumber 'bahan api' untuk kegunaan pesawat juga tidak ditempatkan di sini...... dan yang terakhir adalah Courchevel Airport yang mempunyai landasan hanya sejauh 525 meter, kawasan permukaan landasan lapangan terbang ini tidak rata dan seringkali dilitupi oleh salji sekaligus menyukarkan kapal terbang untuk mendarat di sini...
Dari atas kiri : Pulau Tioman Airport, Tenzing-Hillary Airport, Juancho E Yrausquin Airport, dan Courchevel Airport France

Kebiasaanya, lapangan-lapangan terbang yang kecil hanya digunakan untuk pesawat-pesawat kecil beroperasi dan bukannya untuk pesawat-pesawat komersial......

terima kasih kepada BudakBotak
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Formula One kekal dalam memori

Formula One Malaysian GP 2011 kembali lagi..... jika tahun lalu bertemakan 'Alive With Adrenaline', pada tahun ini pula Formula One GP Malaysia bertemakan 'Driven To Get Ahead'..... acara ini dilangsungkan dengan meriahnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 8-10 April yang lepas..... Juara GP Malaysia pada kali ini adalah Sebastian Vettel dari Red Bull Racing, Vettel berjaya mempertahankan kejuaraan GP Malaysia yang turut dimenanginya pada tahun lepas...... Manakala Jenson Button mrengkul gelaran naib juara dan Nick Heifeld berada di kedudukan ketiga...... Walaupun perlumbaan berlansung dalam keadaan hujan, kemeriahan dan persaingan bagi merebut kejuaraan amatlah dirasai.....
Berlumba dalam keadaan litar yang basah akibat hujan

Suasana di kawasan 'Pit Stop'

'Gadis litar' sedang melakukan 'rehearsal' sebelum perlumbaan bermula

GP Malaysia pada tahun ini begitu istimewa kerana menyaksikan 5 bekas juara dunia Formula One berentap untuk menjuarai GP Malaysia, mereka adalah Sebastian Vettel, Jenson Button, Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan juga lagenda Formula One, Michael Schumacher...... GP Malaysia tahun ini juga melibatkan 3 pasukan Formula One yang mempunyai kaitan dengan Malaysia iaitu Team Lotus yang dimiliki oleh Tony Fernandes (AirAsia), Lotus Renault (kerjasama Lotus-Proton), dan Mercedes GP (kerjasama bersama penaja utama Petronas), hebatkan???
Atas dari kiri : Sebastian Vettel, Jenson Button, Nico Hulkenberg, Team Lotus, pasukan Mercedes GP Petronas dan pasukan Lotus Renault

Memandangkan kampus tempat Rul belajar terletak di daerah Sepang, maka jarak perjalanan untuk ke Litar Sepang tidaklah begitu jauh, hanya memakan masa lebih kurang 20 minit..... tetapi, tempoh masa perjalanan untuk ke Litar Sepang akan sedikit bertambah pada hari perlumbaan kerana jalan utama menjadi begitu sesak, puluhan ribu peminat setia Formula One akan berpusu-pusu menuju ke Litar Sepang.....Dengan penuh semangat, Rul melangkah laju menuju ke tempat duduk, PENAT, jarak dari 'entrance' untuk ke tempat duduk amatlah jauh, lebih kurang satu kilometer...... setelah beberapa minit berjalan, sampai juga, tempat duduk berbumbung yang dinamakan kawasan 'Citrine'..... wahhh!!!! ramainya orang, pelbagai bangsa dan juga pelbagai warganegara, suasana kemeriahan dan bahang kehangatan Formula One amatlah dirasai...... dalam beberapa minit lagi, perlumbaan sebenar akan bermula, deruman enjin jentera Formula One mula kedengaran, begitu bingit dan kuat sekali deruman enjin tersebut...... Hati mula melonjak gembira apabila satu persatu jentera Formula One melintas di hadapan mata, mata seolah-olah tidak berkelip kerana tidak mahu melepaskan setiap detik sepanjang perlumbaan tersebut.....hahaha.....
'Earmuff' digunakan bagi melindungi pendengaran dari bunyi bising jentera F1

Peminat-peminat F1 yang memenuhi Litar Sepang

Tetapi pada tahun ini, pelumba kegemaran Rul yakni Nico Hulkenberg tidak beraksi kerana Nico menjadi '3rd driver' untuk pasukan Force India, jadi Nico hanya akan memandu uji jentera pasukan Force India dan tidak akan berlumba untuk perlumbaan yang sebenar.... Walau apa pun, Rul tetap memberi sokongan buat Nico Hulkenberg, kerana bagi Rul, walaupun Nico kurang popular, Nico merupakan pelumba yang bagus dan mempunyai masa hadapan yang cerah dalam Formula One.....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Pesta Songkran

Pesta Songkran tiba lagi...... pernah dengar mengenai sambutan ini ???...... Songkran adalah salah satu kebudayaan tradisional menyambut tahun baru lunar bagi masyarakat Siam...... Pesta Songkran disambut pada bulan ke-5 mengikut kalendar lunar Thai iaitu sekitar pertengahan April jika mengikut kalendar Masihi dan pesta ini akan disambut selama sebulan...... Pesta Songkran sinonim dengan pesta 'mandi air' iaitu pesta mencurah air sesama sendiri mahupun kepada orang ramai, selain 'bermandi air', menyapukan bedak antara satu sama lain juga menjadi simbol sambutan Songkran...... Ucapan 'suk-san wan songkran' ataupun 'sa-wat-dee pi mai' akan disampaikan kepada satu sama lain bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru......Kenapa Rul menulis mengenai Pesta Songkran ini ???...... ini kerana, sekitar tahun 2003-2006 iaitu ketika Rul menetap di satu daerah di puncak Gunung Inas yakni Pengkalan Hulu Perak, Rul juga berkesempatan untuk melihat dan merasai sendiri suasana sambutan perayaan masyarakat Siam ini...... Pengkalan Hulu merupakan 'pekan sempadan' antara Malaysia dan Thailand, jadi tidak hairanlah jika terdapat komuniti masyarakat Siam yang turut menetap di Pengkalan Hulu, Rul sendiri mempunyai ramai kawan-kawan yang berketurunan Siam...... Perayaan Songkran ini akan disambut meriah bagi seluruh masyarakat Siam di Malaysia..... Bagi Rul, sambutan Pesta Songkran ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan perayaan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah berbilang kaum serta mempunyai pelbagai adat resam.....

p/s : Rul juga turut pernah 'diserang' dengan bedak sehinggakan putih satu muka....haha...... dan kalau melancong ke Thailand ketika pertengahan bulan April, jika tiba-tiba kenderaan yang dinaiki disembur atau dicurahkan air, faham-faham la yepp, JANGAN MARAH.....hahaha......
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Helikopter MHS Aviation di UniKL MIAT

Sebagai seorang siswa UniKL MIAT (Institut Teknologi Penerbangan Malaysia), Rul sentiasa 'alert' dengan cerita-cerita dan perkembangan terkini UniKL MIAT....... sekarang, UniKL MIAT sudah dipenuhi dengan helikopter-helikopter dari MHS Aviation...... Rul dengar cerita dari pensyarah, MHS Aviation akan beroperasi dalam skala kecil di UniKL MIAT ini setelah UniKL MIAT telah menandatangani MoU persetujuan dengan MHS Aviation..... 6 buah helikopter MHS pelbagai jenis, ada kecil dan ada juga yang besar, telah ditempatkan di 'hangar' UniKL MIAT....... 'hangar' MIAT sekarang pun sudah semakin sesak kerana pesawat-pesawat yang sedia ada juga sudah cukup untuk memenuhi 'hangar'..... ditambah pula dengan kehadiran 6 helikopter MHS, 'hangar' menjadi semakin penuh dengan pesawat, sehinggakan 4 buah pesawat lama telah ditempatkan di luar 'hangar', yakni di kawasan pendaratan helikopter iaitu 'apron'...... 'apron' UniKL MIAT yang sebelum ini dijadikan kawasan untuk meletakkan kenderaan bagi siswa-siwa UniKL MIAT, terpaksa dikosongkan bagi memberi ruang untuk helikopter MHS beroperasi..... maknanya, akan selalulah ada helikopter yang akan 'turun naik' di kampus UniKL MIAT ini.....
di antara 6 buah helikopter milik MHS aviation

Rul ingin ceritakan serba sedikit mengenai UniKL MIAT, UniKL MIAT merupakan sebuah universiti di bawah kendalian MARA, yakni di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah....... MIAT merupakan salah satu cawangan Universiti Kuala Lumpur yang berteraskan Teknologi Pesawat...... Kampus UniKL MIAT terletak di kawasan Jenderam Hulu Sepang Selangor dan jumlah bilangan siswazah menghampiri 2600 orang...... UniKL MIAT menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang mempunyai kemudahan seperti 'hangar', 'apron', 'engine mock-up' dan pesawat-pesawat bagi memudahkan proses pembelajaran...... antara pesawat-pesawat lama yang ditempatkan di sini ialah Cessna, Hawker Sidderly 125, Duke, Piper, Skyhawk, Boeing 737, Fokker dan beberapa buah helikopter...... untuk info-info lain boleh ke laman web rasmi UniKL di http://www.unikl.edu.my/ ataupun laman web UniKL MIAT di http://www.miat.unikl.edu.my/v2/ ......

p/s : Siswa UniKL MIAT diharapkan mampu menjadi perintis masa hadapan bagi industri penerbangan di Malaysia mahupun di peringkat global......
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com