Disebalik APRIL FOOL

April Fools' Day...... seperti diketahui umum, pada setiap 1 April masyarakat di beberapa buah negara akan menyambutnya, dan mungkin juga tidak terkecuali, sebilangan kecil penduduk Malaysia juga turut menyambutnya...... Apa itu April Fools' Day??? April Fool adalah hari di mana seseorang itu boleh menipu atau berbohong kepada orang lain dan juga boleh mentertawakan orang lain.....Tetapi, ada sejarah tragis disebalik sambutan April Fool ini....... Sebenarnya April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan....... Umat Islam Grenada Sepanyol yang berlindung dari kekejaman tentera salib telah dibunuh secara beramai-ramai, mereka diperdayakan oleh pihak tentera salib dengan menggunakan satu tipu helah..... Ribuan umat Islam Grenada yang diperdaya untuk keluar dari tempat persembunyian telah diarahkan untuk berkumpul di satu pelabuhan di mana beberapa buah kapal layar telah disediakan untuk memberi peluang kepada umat Islam Grenada melarikan diri ke negara-negara lain..... tetapi, pihak tentera salib telah membakar kapal-kapal tersebut, umat Islam Grenada yang berkumpul di situ agak terkejut dan tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata, mereka juga kebanyakannya terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak yang masih kecil...... Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus, dengan hanya satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan..... Hanya jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana, seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam, mayat bergelimpangan di serata tempat dan air laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman....... Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April, inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai The April Fools' Day......Mungkin hari April Fool ada salah satu sambutan yang cukup meriah dan hiburan untuk sekadar bergurau senda antara satu sama yang lain....... tetapi, kita perlu ingat bahawa setiap kewujudan sesuatu sambutan pasti ada peristiwa di sebaliknya........ mungkin bagi masyarakat lain, April Fool ada hari untuk bergembira, tetapi bagi kita umat Islam, hari April Fool adalah hari untuk kita meratapi saudara-saudara kita yang telah terkorban akibat kekejaman tentera salib dan merupakan hari yang amat menyedihkan......
April Fool bukanlah budaya atau tradisi kita untuk meraikannya...... Sesiapapun orang Islam yang turut meraikannya, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Grenada Sepanyol pada 5 abad yang silam......

......rujukan gelakje.com
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

No comments: