Silap mata jalanan

Bermain dengan helah silap mata....... Rul cukup minat dengan hobi ini, sekadar untuk suka-suka dan hiburan jika ada masa terluang..... bukan helah silap mata di atas pentas, tetapi "street magician" aka silap mata jalanan...... silap mata jalanan ini amat mudah, cuma mata kita yang seringkali tersalah pandang dan tidak dapat mengesan helah yang digunakan...... tidak perlu menggunakan kesan visual ataupun peralatan yang mahal-mahal, cuma perlu bijak untuk mengaburi mata orang lain secara 'live'...... sudah hampir setahun Rul tidak 'practice', tangan pun sudah kaku, kalau disuruh buat helah silap mata, silap-silap boleh 'kantoi'....... kenapa??? sebab pergerakan tangan 'slow', al-maklumlah, sudah lama tidak 'practice'......Helah silap pertama yang Rul belajar ketika umur 13 tahun...... sekarang umur sudah 20 tahun...... kira lama lah juga, tapi masih ingat lagi helah silap mata tu...... SIMPLE tetapi AWESOME..... sejak dari hari tersebut, Rul mula mencari helah-helah silap mata yang baru kerana MINAT yang terlebih....hahaha....... bukan Rul seorang sahaja yang minat, abang Rul sekali 'join', dia gempak sikit dari Rul kalau bab-bab silap mata ni.....hahaha...... kitorang mula belajar mencipta helah silap mata sendiri, hasilnya.....memang menjadi helah tersebut, seronok yang amat...... hingga sekarang, hampir 120 helah silap mata yang kitorang tahu dan hampir 50% dari helah-helah tersebut adalah ciptaan kitorang sendiri ataupun diadaptasi dari 'magician' terkenal dunia, tetapi mempraktikkan mengikut cara sendiri......
Cyril Takayama, David Blaine, dan Criss Angel

Antara 'magician-magician' terkenal di dunia ialah David Copperfield yang pernah mengemparkan kita mengenai helahnya untuk menghaibkan KLCC...... David Blaine, yang seringkali mencipta rekod dunia melalui cabaran-cabaran berani mati yang dilakukannya...... Cyril Takayama, 'asian magician' yang cukup popular dengan silap mata jalanannya..... Criss Angel yang pernah mengapungkan diri tinggi di udara dan berjalan di atas air..... tidak lupa juga 'magician' klasik yang ternama seperti Houdini.......
Harry Houdini

Kebanyakan helah-helah yang Rul tahu, Rul simpan dalam bentuk penulisan dan gambar, 'step by step' sebagai sumber rujukan....... sebab Rul ni kadang-kadang pelupa....haha.....kalau ada rujukan senang sedikit..... helah-helah yang Rul gunakan banyak juga berpengaruh dari 'magician' seperti pasangan Mondo Magic, Keith Barry, Masked Magician dan juga 'magician' amatur seperti Jay Shankey....... Rul cukup meminati helah-helah mudah yang dilakukan Jay Shankey.....
Rul dan abang Rul pernah terjumpa sebuah kedai menjual alatan-alatan silap mata...... 'brother' kedai tersebut cakap, "bro nak tengok magic tak, mari sini"...... kitorang terus masuk untuk tengok silap mata dari 'brother' tersebut..... Wahhhh.....dahsyat 'brother' tersebut buat silap mata, memang mata Rul betul-betul tersilap....tapi bila Rul minta untuk periksa set daun terup yang digunakan 'brother' tersebut, cepat-cepat dia elak, mesti ada sembunyi 'something'.....haha.....tetap tidak mahu bagi Rul tengok walaupun Rul minta berkali-kali...... kemudian, giliran abang Rul pula buat silap mata, 'brother' tersebut bagi satu set daun terup biasa....... fikir punya fikir, abang Rul dapat satu helah yang sesuai...... sekarang, giliran 'brother' tersebut pula yang terkena.....haha.... 'brother tersebut senyap, mungkin tengah berfikir macam mana dia boleh terkena dengan helah mudah sebegitu..... helah silap mata tersebut teramatlah mudah, hanya Rul dan abang Rul yang tahu.....hahaha....

p/s : kalaulah ada magic power macam Harry Potter.....hahaha.....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

2 comments:

Ana Zainol said...

gle best...:)

Syahirah Erfolg said...

Abang beli kad daun terup kat mana????