Formula One kekal dalam memori

Formula One Malaysian GP 2011 kembali lagi..... jika tahun lalu bertemakan 'Alive With Adrenaline', pada tahun ini pula Formula One GP Malaysia bertemakan 'Driven To Get Ahead'..... acara ini dilangsungkan dengan meriahnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 8-10 April yang lepas..... Juara GP Malaysia pada kali ini adalah Sebastian Vettel dari Red Bull Racing, Vettel berjaya mempertahankan kejuaraan GP Malaysia yang turut dimenanginya pada tahun lepas...... Manakala Jenson Button mrengkul gelaran naib juara dan Nick Heifeld berada di kedudukan ketiga...... Walaupun perlumbaan berlansung dalam keadaan hujan, kemeriahan dan persaingan bagi merebut kejuaraan amatlah dirasai.....
Berlumba dalam keadaan litar yang basah akibat hujan

Suasana di kawasan 'Pit Stop'

'Gadis litar' sedang melakukan 'rehearsal' sebelum perlumbaan bermula

GP Malaysia pada tahun ini begitu istimewa kerana menyaksikan 5 bekas juara dunia Formula One berentap untuk menjuarai GP Malaysia, mereka adalah Sebastian Vettel, Jenson Button, Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan juga lagenda Formula One, Michael Schumacher...... GP Malaysia tahun ini juga melibatkan 3 pasukan Formula One yang mempunyai kaitan dengan Malaysia iaitu Team Lotus yang dimiliki oleh Tony Fernandes (AirAsia), Lotus Renault (kerjasama Lotus-Proton), dan Mercedes GP (kerjasama bersama penaja utama Petronas), hebatkan???
Atas dari kiri : Sebastian Vettel, Jenson Button, Nico Hulkenberg, Team Lotus, pasukan Mercedes GP Petronas dan pasukan Lotus Renault

Memandangkan kampus tempat Rul belajar terletak di daerah Sepang, maka jarak perjalanan untuk ke Litar Sepang tidaklah begitu jauh, hanya memakan masa lebih kurang 20 minit..... tetapi, tempoh masa perjalanan untuk ke Litar Sepang akan sedikit bertambah pada hari perlumbaan kerana jalan utama menjadi begitu sesak, puluhan ribu peminat setia Formula One akan berpusu-pusu menuju ke Litar Sepang.....Dengan penuh semangat, Rul melangkah laju menuju ke tempat duduk, PENAT, jarak dari 'entrance' untuk ke tempat duduk amatlah jauh, lebih kurang satu kilometer...... setelah beberapa minit berjalan, sampai juga, tempat duduk berbumbung yang dinamakan kawasan 'Citrine'..... wahhh!!!! ramainya orang, pelbagai bangsa dan juga pelbagai warganegara, suasana kemeriahan dan bahang kehangatan Formula One amatlah dirasai...... dalam beberapa minit lagi, perlumbaan sebenar akan bermula, deruman enjin jentera Formula One mula kedengaran, begitu bingit dan kuat sekali deruman enjin tersebut...... Hati mula melonjak gembira apabila satu persatu jentera Formula One melintas di hadapan mata, mata seolah-olah tidak berkelip kerana tidak mahu melepaskan setiap detik sepanjang perlumbaan tersebut.....hahaha.....
'Earmuff' digunakan bagi melindungi pendengaran dari bunyi bising jentera F1

Peminat-peminat F1 yang memenuhi Litar Sepang

Tetapi pada tahun ini, pelumba kegemaran Rul yakni Nico Hulkenberg tidak beraksi kerana Nico menjadi '3rd driver' untuk pasukan Force India, jadi Nico hanya akan memandu uji jentera pasukan Force India dan tidak akan berlumba untuk perlumbaan yang sebenar.... Walau apa pun, Rul tetap memberi sokongan buat Nico Hulkenberg, kerana bagi Rul, walaupun Nico kurang popular, Nico merupakan pelumba yang bagus dan mempunyai masa hadapan yang cerah dalam Formula One.....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

4 comments:

Pembawa_Wacana said...

terlepas nak tengok...huhuhu

CikTomyam said...

bestnyaaa..tak pernah g p tengok..huhu~~

Muhammad said...

Assalamualaikum..

minta maaf la,cuma ada sedikit teguran.. Hanya ingin menyuarakan pandangan.. Ak salah seorang group ROFl tuh.. Terpandang contest yg dibuat..

Bila tengok syarat2nya,rasa terkilan la jugak.. Bukan apa,nampak sangat mengambil kesempatan sebagai admin group.. Rasanya contest sebegitu boleh dibuat oleh blog saudara sendiri.. Bukannya di group blogger macam tue.. Kenapa hanya follow dan komen blog saudara? Ahli2 yang lain macam mana.. Ini lebih kepada paksaan,nanti follower tidak akan berminat dengan blog saudara..kerana mereka follow bukan kerana kualiti entri blog,tetapi hanya kerana contest..

Kalau boleh,buatlah contest sebegitu di blog sendiri.. Kalau untuk group pown,ak setuju kalau markah diberikan berdasarkan komitmen mereka dalam group seperti menambah ramaikan lagi ahli group dan berjaya mempopularkan lagi group..Bukan mempopularkan adminnya..

Maaflah andai terasa hati,, tapi ak bg nasihat sebagai seorang blogger jugak.. Maaflah menggunakan istilah ak sebab ak lebih muda sebenarnya tapi sudah lama berkecimpung dalam dunia blog ini..

Harap yg baik dapat diberikan pengajaran..
Syukran..
Moga terus maju dalam dunia blogging..~

AL AZRUL said...

Maaf...
saudara yg bernama Muhammad...
sedap nama...
panjang nye komen, knape komen kat sini??
kenape tak komen kat grup tu je??
terkilan ke dgn syarat2 tu??
p/s kalau terkilan, minta jauhkan diri...
nak kongsi cerita sikit, kdg2, sya pun pernah terkilan tak dpat masuk itu, tak dapat masuk ini... saya redha je... mgkin mmg bkan rezeki, sya abaikan je la... buat mcm sya tk prnah prasan pun bnda tu wujud...nnti kecewa sgt...

Owh sya ambil kesempatan, pernah saudara perasan, sya tulis, "follow la blog sya" "wajib", dan pernah saudara perasan, sya "ping" kan blog sya d grup tu berkali-kali minta d follow.... dan pernah saudara perasan, sya msuk setiap post kwn2 d grup tu dgn "promote" sya pnya link??? dan pernah saudara perasan, sya bold kan dan letak link blog sya pling atas sekali dlm document "LINK BLOG member GB ROFL" ????... PERASAN tak??? maaf la, kalau saya buat mcm tu...
Kenapa saya tak wat d blog saya sendiri??? sya rsa buat d grup tu lebih mudah, selalunya blogger2 wat d blog msing2... tujuannya tak lain tak bukan, nak tingkatkan trafik blog masing2... KAN??? BETUL KAN???
salah ke sya minta untuk komen entry2 sya??? sya rsa tak salah, dgn minta komen entry2 sya, sya dpt thu d mna tahap penulisan sya, dn sya dpt thu smpai ke tak apa yg sya tulis tu.... Saya tak minta pun sape2 yg join contest tu untuk post kan jwpn di blog sya...sya cuma mnta post kan ke msg FB sya.... adakah itu mempromosi blog??? kalau promosi blog pun,sya tak dpt untung pun....ada saudara prasan sya ltak iklan d blog sya, tak da kan....jdi, jgn la bimbang, sya tak cari untung pun...

Mempopularkan admin??? dahsyat statement tu.....adakah saudara pernah perasan, sya tulis, "saya la admin grup ni, dan ini blog sya, follow la".... dan kalau saudara perasan, sya minta untuk invite kwn2 lain join grup, bukan follow sya pnya blog...KAN???
DAN...
apa sebenarnya tujuan saudara beri pndapat mcm ni???
saudra nak kata saudara hebat ke??? owhh...awak dah lma jdi blogger, sya faham... saudra jgn risau, kami blogger baru tak pernah usik periuk nasi saudra... Nak tanya ni, adakah kami blogger baru tidak boleh buat apa yg kami rsa nak buat, adakah kami perlu ikut ckap senior2???? BETUL KE??? bukan ke blog ni universal, ikut suka la kan kita nak tulis apa pun,tak perlu la nak ajar itu ini, nak ikut itu ini.... nk kongsi cerita, dgr yeppp, kalau org tu bru dftar FB, perlu ke dia ikut nsihat dri org yg dh lma dftar FB??? PERLU KE??? perlu ke nak wat benda yg sma dgn otai2, tak boleh ke nak wat sesuatu yg lain skit??? KAN???