Al-Fatihah buat Atuk

Assalamualaikum.... sedekahkan Al-Fatihah buat atuk yang paling Rul sayang, Tuan Haji Mat Sani Bin Dahari, atuk telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 12:50 pagi 30 Mei 2011, Allah lebih sayangkan atuk, semoga roh atuk ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..... Kematian itu satu hakiki, setiap makhluk Tuhan yang bernyawa pasti akan menempuhi saat-saat kematian, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput setiap insan untuk kembali kepada Penciptanya, sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba untuk menghindari, namun kematian akan tetap menjemput kita seperti yang sudahpun tercatit di dalam qada dan qadar setiap insan....

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya." (Surah Al-A'raf ayat 34)

Atuk mengalami serangan angin ahmar pada 11 Mei 2011 dan sekali lagi diserang angin ahmar buat kali kedua pada 24 Mei 2011, setelah mengalami serangan angin ahmar buat kali kedua, keadaan atuk menjadi sangat kritikal..... Pada 30 Mei 2011, pukul 12:50 pagi, atuk telah kembali ke Rahmatullah setelah hampir seminggu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri..... Al-Fatihah buat atuk, semoga atuk tenang berada di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.....

p/s : Nenek, kuatkan semangat nenek, Allah lebih sayangkan atuk.... Atuk, Rul akan sentiasa ingat pesan-pesan atuk, Rul sayangkan atuk....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Fenomena Matahari HALO

Fenomena matahari 'Halo', memang pelik bunyi nama fenomena ini, tetapi matahari pada ketika ini akan kelihatan agak ganjil kerana matahari akan dikelilingi oleh lingkaran pelangi yang kadangkala sehingga 2-3 lapisan lingkaran pelangi..... menakjubkan bukan?? inilah yang dikatakan kuasa Allah SWT....Subhanallah....
Matahari 'Halo' akan kelihatan lebih jelas jika dilihat secara 'live' berbanding melihat di dalam gambar

Rul sempat menyaksikan sendiri fenomena matahari 'Halo' ini secara 'live' menggunakan mata kasar, sangat menakjubkan dan cantik sekali, fenomena ini berlaku pada waktu tengahari 27 Mei 2011, ketika itu Rul mahu bersiap-siap untuk pergi solat Jumaat, dan kemudian diberitahu oleh ahli-ahli keluarga yang lain bahawa ada kejadian aneh di langit, yakni fenomena matahari 'Halo', Rul bergegas menuju ke luar rumah untuk melihat fenomena tersebut, walaupun silau tetapi masih dapat melihat dengan jelas matahari 'Halo' yang tersebut..... Fenomena 'Halo' pada 27 Mei 2011 ini mungkin hanya dapat dilihat sekitar kawasan daerah Selama, Taiping, Kamunting, dan kawasan sekitar daerah Larut Matang dan Selama (LMS)....

Video 1 (rakaman oleh bapa saudara Rul)


Video 2 (rakaman oleh bapa saudara Rul)

Jika dari segi pandangan sains, Fenomena 'Halo' adalah fenomena optik yakni lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan.... Sekitar benua Eropah dan di sebahagian negara Amerika Syarikat fenomena ini sebenarnya lebih kerap berlaku berbanding kewujudan pelangi yakni fenomena ini akan dapat dilihat dalam lingkungan 2 kali seminggu.... Kebiasaannya 'Halo' akan terbentuk hasil daripada orientasi kristal-kristal ais di dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5-10 km di lapisan troposfera atas....

p/s : Semua ini adalah ciptaan Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Rul berasa cukup bertuah kerana dapat melihat fenomena ini kerana ianya jarang-jarang berlaku di Malaysia....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Budak kacamata

Menjadi seorang individu yang berkacamata sejak berumur 13 tahun memang satu perkara atau cerita yang Rul ingin kongsikan, bukan sengaja untuk Rul memakai cermin mata, tetapi akibat masalah mata yang rabun, Rul memang digalakkan untuk berkacamata, kalau tidak memakai cermin mata, memang tidak nampaklah dengan jelas keadaan dan pemandangan di sekeliling, semuanya menjadi kabur dan objek-objek kelihatan agak mengembang..... Dalam keluarga Rul, abang dan 2 orang adik Rul turut bercermin mata, yakni semua adik-beradik Rul bercermin mata....hehe....
Kebiasaannya ada yang mengatakan, si pemakai cermin mata kadangkala kelihatan 'nerd' atau 'skema', macam 'budak rajin study'.....hahaha.... Kadang-kadang ada individu yang nampak lebih 'stylo' atau bergaya bila memakai cermin mata, bukan cermin mata hitam tetapi cermin mata biasa..... Seribu orang seribu pandangan, biarlah apa yang orang lain fikirkan asalkan bila kita memakai cermin mata, tahap penglihatan kita lebih baik.... Kalau mahu nampak 'stylo', pilihlah cermin mata yang mempunyai rekaan yang cantik dan gaya terkini....
Budak 'nerd' bercermin mata...haha...

Banyak sebab atau masalah yang menyebabkan seseorang itu memilih untuk mamakai cermin mata, antaranya seperti rabun jauh, rabun dekat, rabun silau, sakit atau pening kepala, rabun tua, dan lain-lain lagi.... Sebab untuk Rul bercermin mata adalah kerana Rul mengalami masalah rabun jauh ataupun Myopia, yakni pada tahap fokus ('power' cermin mata) sebanyak 300 di sebelah mata kiri, dan 200 si sebelah mata kanan, dan sedikit rabun silau..... Tidaklah teruk sangat masalah rabun yang Rul hadapi, kiranya tahap penglihatan sudah menjadi sedikit kabur atau 'blur' pada jarak 1 meter daripada objek yang dilihat tetapi masih lagi boleh nampak, cuma sedikit kabur.... Masih OK.... Rul mahu juga cuba menukar dari memakai cermin mata kepada kanta sentuh, tetapi, penjagaan kanta sentuh mungkin lebih rumit sedikit, sebab itulah Rul akan fikir 2-3 kali dahulu, sebab Rul seorang yang pemalas....haha....
perbezaan penglihatan rabun jauh (kiri) dan penglihatan normal (kanan)

p/s : Susah sebenarnya bila bercermin mata, kalau nak tidur kena buka cermin mata, kalau tidak, patahlah cermin mata tu sebab tidur 'buas'....haha.... bila nak mandi pun kena buka, tapi bila tidak bercermin mata penglihatan pula menjadi kabur....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Kawan : Terima kasih (Ungkaplah)

Kawan, sekali lagi Rul ingin ceritakan mengenai KAWAN, ataupun SAHABAT..... tentu sekali korang akan ada sahabat baik aka kawan atau teman rapat, sahabatlah menjadi tempat untuk kita mengadu dan kongsikan segala cerita suka atau duka, sahabat akan bersedia dan setia untuk mendengar..... Untunglah kalau seseorang itu mempunyai ramai sahabat, dan lebih beruntung lagi jika sahabat-sahabat itu adalah sahabat-sahabat yang mampu mengajar diri kita berubah ke arah yang lebih baik dan sempurna.....
Pernahkah korang menghargai nilai persahabatan korang ??? tidak kiralah dengan apa cara sekali pun... bagi Rul, macam-macam cara boleh dilakukan bagi menunjukkan rasa terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi menjadi teman atau sahabat yang setia..... Kerana, bukan mudah untuk mencari teman, tetapi mencari musuh adalah lebih senang, jadi kita perlulah menghargai setiap teman-teman kita......
Di sini Rul sertakan dua 'Expressing Appreciation For A Friend' dari kawan-kawan Rul untuk teman-teman mereka, "teman-teman mereka (termasuklah Rul) hehehe".... Satu dari tulisan Joe Ckj aka Fadhlur Redha, anak Ganu, dan satu lagi 'klip suara' dari Den Vog aka Anden Fauzan..... Apa yang Rul boleh katakan, ayat dan cara diorang sampaikan penghargaan ini amatlah SEMPOI dan TERBAIK.....
Joe Ckj (kiri) dan Den Vog (kanan)

tulisan catatan Fadhlur Redha, "Joe memang pandai kalau bab-bab meng'ayat' ni"...
yah, maybe single make me suffer, but single doesnt mean im ALONE ! i never realise that i have a LOT of friends !
friend that always support me, always giving me advise never ends, always be with me when im down, when im sad, when i got probs,
when im in trouble, they always be with me ! ALWAYS !
before, the only what i know is just "her" that always gonna be with me, nobody else that important for me except "her", only "her" in my mind, everytime !
but my loyalty are USELESS ! at last, what do i called LOYALTY, broke my heart into pieces ! :'(
my soul become weak, i dont know either what im doing is right or not, it is really2 difficult to accept a FATE, really2 hard for me..
but, FRIENDS always support me from behind, always cheer me up, even they have their own problems to solve,
but they always be with me ! that is a real LOYALTY !
it is really hard to find a LOYAL friend, but there's a lot of LOYA BUROK friend, haha ! sorry..:)
a TRUE friend, is a friend that never could see me down, what is so lucky about me is, i have a LOT OF TRUE FRIENDS ! :)
if "you" are not with me, doesnt mean that i need to be weak, doesnt mean that i always need to play with my tears..
BECAUSE that is not the end of my journey, that means i need to WAKE UP, and need to CONTINUE my journey without "you" !
and what make me strong ? yah of course, FRIENDS ! :)
i wanna say a MILLION thanks to u my FRIENDS that never ever stop giving me advise, never ever stop supporting me,
and never ever want to see me down..really2 thanks to u guys !
do you wanna know who is my friend is ?
if u have been tagged to this notes, that means YOU'RE THE ONE OF MY TRUE FRIENDS ! :D
LOVE YOU ! <3
p/s : like i always said, "wane2 sek kite jgn pecoh ! xdop awek dakpe, DOP MATI ! xdop saeng, SUSOH !" EJAH LIKE LU SKALI ! :D
Klip video dari Anden Fauzan, "Terbaiklah, buat lagi klip-klip macam ni"...
p/s : PAUSE dulu lagu Blog Al Azrul, sebelum PLAY klip ni....

Klip : "Fauzan says, thanks for being my frenzz, enjoy my speech!"

p/s : Fadhlur Redha dan Anden Fauzan, terima kasih kerana korang sudi menjadi teman buat insan ini, yang bernama Al-Azrul Iqlam...... harap-harap kita akan 'still' berkawan sampai bila-bila.... Sayang kawan-kawan macam sayang keluarga sendiri....haha..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Grafiti cahaya : PikaPika yang menarik

Grafiti cahaya, selalunya bila disebut grafiti pastinya kita akan terbayangkan seni lukisan grafiti di dinding-dinding bangunan ataupun tembok-tembok besar.... tapi apa pula 'grafiti cahaya' ??? ataupun dalam bahasa Inggeris 'light graffiti' atau 'light painting' atau 'light drawing', grafiti cahaya juga merupakan satu seni grafiti tapi menggunakan cahaya lampu dan sebagainya, seni ini kadangkala turut dikenali sebagai PikaPika.... Rul lebih selesa untuk menyebut seni ini dengan nama PikaPika, sebab nama ini kelihatan begitu unik..... PikaPika merupakan salah satu seni yang menggunakan teknik fotografi di mana aktiviti ini kebiasaannya di lakukan pada waktu malam ataupun di dalam bilik atau kawasan yang gelap bagi memastikan hanya cahaya lampu untuk lukisan PikaPika sahaja yang kelihatan di dalam foto/kamera.....
Gambar-gambar grafiti cahaya dari carian Google

Untuk menghasilkan PikaPika ini, kita memerlukan sebuah kamera yang boleh disetkan ke ISO yang rendah, 'autofocus', 'exposure tolerance', 'aperture' dan lain-lain, Rul bukan tahu sangat mengenai kamera, harapkan kawan yang tolong aturkan semua kelengkapan ini....haha.... Selain kamera, kita memerlukan sumber cahaya, tidak kiralah dari apa jenis sumber cahaya pun, asalkan cahaya tersebut boleh dijadikan mata pena untuk melukis lukisan grafiti cahaya..... Apabila kamera siap disetkan seperti yang sepatutnya, mulalah 'snap' gambar dan mula melukis apa-apa yang ingin dilukis, macam-macam Rul lukis dan tulis, tapi tidak semua menjadi, al-maklumlah Rul memang tidak pandai melukis.....
Gambar-gambar grafiti cahaya yang Rul dan kawan-kawan hasilkan
"Tak cantik langsung"

Akhir sekali, kita akan dapat lihat sebuah foto yang mempunyai seni grafiti cahaya yang begitu menarik, terutamanya jika lukisan yang dibuat menjadi dan menggunakan pelbagai warna cahaya lampu.... Selamat mencuba....
wikipedia (Light Painting)

p/s Rul dan kawan-kawan cuma guna cahaya lampu putih, tiada lampu warna-warni, sekadar mencuba keseronokan menghasilkan seni ini....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Pencinta LIVERPOOL FC

Liverpool FC, kelab bolasepak yang paling Rul minat, yang paling Rul suka, fanatik dan yang sewaktu dengannya..... Liverpool FC adalah sebuah kelab bolasepak Inggeris yang berpangkalan di Stadium Anfield dan padang latihan Melwood.... Kenapa Rul minat dengan kelab ini ??? kerana bagi Rul, Liverpool FC adalah sebuah kelab yang begitu unik dan Rul merasakan Liverpool FC mempunyai kekuatan yang tersendiri, apa yang Rul boleh katakan, seolah-olah secara semulajadi Rul telah menggemari kelab ini..... Liverpool FC adalah sebuah kelab yang sangat unik, kelab bolasepak ini terkenal dan popular dengan slogan You'll Never Walk Alone aka YNWA, Liverpool FC turut digelarkan dengan panggilan The Reds, dan juga mempunyai gelaran unik tersendiri yakni The Kops....
Dari atas kiri : Fernando Torres, Dirk Kuyt, Steven Gerrard, Michael Owen, Daniel Agger, David James, Luis Suarez, dan Xabi Alonso. Antara pemain-pemain Liverpool FC yang Rul minat

Sejarah penubuhan kelab Liverpool FC adalah bilamana pemilik padang Anfield iaitu John Houlding mahu menubuhkan kelab sendiri (yakni Liverpool FC) setelah penyewa padang Anfield yang sedia ada (yakni Everton FC), tidak bersetuju dengan kadar bayaran sewa padang. Everton FC kemudiannya telah berpindah ke Goodison Park. Dengan hanya 3 pemain yang tinggal di Anfiled setelah yang lain mengikut Everton FC berpindah, John Houlding telah melantik Jonh McKenna sebagai pengurus pasukan, John McKenna telah membawa masuk 13 pemain baru dari Scotland.... Sehingga sekarang, Liverpool FC dan Everton FC menjadi seteru utama dalam pertembungan perlawanan Merseyside Derby....
Anfield Stadium, Anfield Road Merseyside (This Is Anfiled)

Tragedi Hillsborough 1986, satu peristiwa yang kekal menjadi memori bagi peminat-peminat setia Liverpool..... Ketika berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala FA, ribuan penyokong Liverpool yang berada di dalam stadium telah menghimpit antara satu sama lain bagi menyelamatkan diri dari kebakaran yang berlaku di satu kawasan stadium, disebabkan keadaan yang kelam-kabut, berlaku tolak-menolak sehinggakan ada yang sesak nafas dan tersepit..... Kelewatan pihak berwajib untuk mengawal keadaan menyebabkan situasi bertambah buruk, 94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian akibat sesak nafas, dipijak dan tersepit akibat rempuhan orang ramai, manakala seorang lagi maut 4 hari kemudian, dan mangsa maut ke-96 mati setelah 4 tahun berada dalam keadaan koma....
Para penonton dihimpit setelah berlaku rempuhan bagi menyelamatkan diri

Shankly Gate (kanan) dan Memorial Peringatan Tragedi Hillsborough (kiri) di Anfield

Sememangnya Rul begitu meminati kelab ini, tiada kelab lain sehebat Liverpool FC, selain memenangi Kejuaraan Eropah CL sebanyak 5 kali, kelab ini turut menjulang gelaran Liga Inggeris sebanyak 18 kali.... Tradisi Boot Room, Shankly Gate di Anfield dan lagu tema Liverpool FC, iaitu You'll Never Walk Alone akan terus kekal menjadi lagenda dan sejarah yang perlu dibanggakan.... Apa yang pasti, Liverpool mempunyai penyokong yang cukup setia, walaupun ketika zaman kemerosotan pencapaian kelab di dalam liga, penyokong-penyokong Liverpool tetap berdiri teguh menyokong Liverpool, mungkin hanya penyokong tegar Liverpool FC sendiri yang merasakan betapa Liverpool FC adalah sebuah kelab yang begitu unik dan berbeza.....
'Win, Draw, or Lost, this Team are Together'

p/s Banyak lagi sebenarnya yang ingin Rul ceritakan mengenai Liverpool... Selain Liverpool FC, Rul minat pasukan bolasepak The Netherlands dan Perak FA...
Sejarah Liverpool (My-LiverpoolFC.com)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Ekspedisi Bukit Broga

Ekspedisi ke puncak Bukit Broga..... Ini kali pertama Rul menyertai aktiviti pendakian, memang sebelum ini ada melakukan aktiviti lasak yang lain, tapi bukanlah mendaki gunung..... Walaupun Bukit Broga hanya sekitar 1.7 km sahaja jarak perjalanan untuk ke puncak, akan tetapi laluannya agak mencabar..... Kenapa???, ini kerana denai laluan ke puncak yang agak sempit dan terdapat gaung-gaung yang dalam, pendakian juga kadang-kadang mencapai tahap 45-50 darjah kecerunan terutamanya ketika hendak menghampiri puncak Bukit Broga....
Rul dan kawan-kawan (kesemuanya 12 orang) mula bertolak dari kampus untuk ke Bukit Broga pada pukul 4 pagi dan tiba di kaki Bukit Broga sekitar pukul 4:45 pagi..... Kami melakukan persiapan untuk mendaki dan memeriksa kelengkapan fotografi (terutamanya dua orang fotografer, Aboh Zero dan Kanang), sebelum memulakan pendakian, saudara Kanang telah memimpin bacaan doa selamat untuk memulakan ekspedisi.... Tepat jam 5 pagi, kami memulakan pendakian, dengan hanya berbekalkan lampu suluh, kami meredah denai laluan yang begitu gelap tanpa sebarang cahaya dan ditambah pula permukaan tanah yang agak licin dek kerana embun pagi, jika silap langkah, bahaya menanti kami kerana terdapat tebing curam di kiri dan kanan laluan....
"Nampak orang tak dalam gambar ni? ", keadaan yang gelap di waktu pagi

Ketika kami mendaki, hanya terdapat 1-2 kumpulan sahaja 'grup' pendaki-pendaki yang lain...... Kami mengambil masa sekita 30 minit untuk tiba di rabung yang pertama, kesemuanya lebih kurang 3-4 rabung, dan setiap rabung memiliki tarikan dan pemandangan yang berbeza..... Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan tiba di 'checkpoint' terakhir sekitar pukul 5:50, ketika itu, semuanya kelihatan agak penat dan kami berehat sebentar menunggu waktu Subuh untuk menunaikan solat.... Ketika di puncak, baru kami berjumpa dengan pendaki-pendaki yang lain yang begitu ramai, dianggarkan ketika itu seramai 100-150 orang sedang berada di puncak.... Setelah masuk waktu Subuh, kami menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana tiada sumber air di sana....
pendaki-pendaki berehat di puncak bukit

Suhu di puncak bukit tersebut tidaklah begitu sejuk dan tiada banyak nyamuk, mungkin kerana Rul berlengan panjang dan perpakaian agak tebal..... Setelah puas kami bergambar sakan di puncak bukit, di setiap rabung, di setiap batu hampar dan juga mengambil gambar berlatar belakangkan matahari terbit, kami mengambil keputusan untuk memulakan perjalanan turun ke kaki bukit, perjalanan turun juga agak mencabar kerana kami terpaksa menggelungsur di beberapa cerun yang agak licin, SERONOK....haha... Kami tiba di kaki bukit sekitar pukul 9 pagi, sebelum bertolak pulang kami berehat sebentar untuk mengembalikan tenaga yang semakin berkurangan, haha.....
peluang untuk bergambar pastinya tidak akan dilepaskan

puncak Bukit Broga, 400 meter dari aras laut

Sememangnya pengalaman mendakit Bukit Broga amat menyeronokkan dan akan Rul ingat sampai bila-bila, tapi apa yang pasti, ini mungkin bukan pendakian yang terakhir, selepas ini, kalau stamina masih ada, Rul mahu mendaki ke puncak gunung yang lain pula....hahaha....
Sebenarnya banyak yang mahu Rul coretkan di sini, tetapi Rul tidak pandai bercerita, cukuplah Rul menulis seringkas ini.... Apa yang penting, tahniah dan terima kasih untuk semua kawan-kawan yang menyertai ekspedisi ini, dengan kerjasama semua orang, kita berjaya sampai ke puncak dan turun semula dengan selamat, Alhamdulillah....
gambar laluan-laluan 'jungle trekking' di Bukit Broga

p/s : Ekspedisi Bukit Broga 7 Mei 2011, Aboh Zero, Mie, Kanang, Hatta, Amy, C-in, Nabil, Hanif, Syamil, Nik, dan Eqbal.... Korang semua terbaik,walaupun ketika sampai di kampus, semua kepenatan dan terus terlelap....hahaha.... Seribu satu cerita dan kenangan di Bukit Broga....

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com