Ekspedisi Bukit Broga

Ekspedisi ke puncak Bukit Broga..... Ini kali pertama Rul menyertai aktiviti pendakian, memang sebelum ini ada melakukan aktiviti lasak yang lain, tapi bukanlah mendaki gunung..... Walaupun Bukit Broga hanya sekitar 1.7 km sahaja jarak perjalanan untuk ke puncak, akan tetapi laluannya agak mencabar..... Kenapa???, ini kerana denai laluan ke puncak yang agak sempit dan terdapat gaung-gaung yang dalam, pendakian juga kadang-kadang mencapai tahap 45-50 darjah kecerunan terutamanya ketika hendak menghampiri puncak Bukit Broga....
Rul dan kawan-kawan (kesemuanya 12 orang) mula bertolak dari kampus untuk ke Bukit Broga pada pukul 4 pagi dan tiba di kaki Bukit Broga sekitar pukul 4:45 pagi..... Kami melakukan persiapan untuk mendaki dan memeriksa kelengkapan fotografi (terutamanya dua orang fotografer, Aboh Zero dan Kanang), sebelum memulakan pendakian, saudara Kanang telah memimpin bacaan doa selamat untuk memulakan ekspedisi.... Tepat jam 5 pagi, kami memulakan pendakian, dengan hanya berbekalkan lampu suluh, kami meredah denai laluan yang begitu gelap tanpa sebarang cahaya dan ditambah pula permukaan tanah yang agak licin dek kerana embun pagi, jika silap langkah, bahaya menanti kami kerana terdapat tebing curam di kiri dan kanan laluan....
"Nampak orang tak dalam gambar ni? ", keadaan yang gelap di waktu pagi

Ketika kami mendaki, hanya terdapat 1-2 kumpulan sahaja 'grup' pendaki-pendaki yang lain...... Kami mengambil masa sekita 30 minit untuk tiba di rabung yang pertama, kesemuanya lebih kurang 3-4 rabung, dan setiap rabung memiliki tarikan dan pemandangan yang berbeza..... Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan tiba di 'checkpoint' terakhir sekitar pukul 5:50, ketika itu, semuanya kelihatan agak penat dan kami berehat sebentar menunggu waktu Subuh untuk menunaikan solat.... Ketika di puncak, baru kami berjumpa dengan pendaki-pendaki yang lain yang begitu ramai, dianggarkan ketika itu seramai 100-150 orang sedang berada di puncak.... Setelah masuk waktu Subuh, kami menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana tiada sumber air di sana....
pendaki-pendaki berehat di puncak bukit

Suhu di puncak bukit tersebut tidaklah begitu sejuk dan tiada banyak nyamuk, mungkin kerana Rul berlengan panjang dan perpakaian agak tebal..... Setelah puas kami bergambar sakan di puncak bukit, di setiap rabung, di setiap batu hampar dan juga mengambil gambar berlatar belakangkan matahari terbit, kami mengambil keputusan untuk memulakan perjalanan turun ke kaki bukit, perjalanan turun juga agak mencabar kerana kami terpaksa menggelungsur di beberapa cerun yang agak licin, SERONOK....haha... Kami tiba di kaki bukit sekitar pukul 9 pagi, sebelum bertolak pulang kami berehat sebentar untuk mengembalikan tenaga yang semakin berkurangan, haha.....
peluang untuk bergambar pastinya tidak akan dilepaskan

puncak Bukit Broga, 400 meter dari aras laut

Sememangnya pengalaman mendakit Bukit Broga amat menyeronokkan dan akan Rul ingat sampai bila-bila, tapi apa yang pasti, ini mungkin bukan pendakian yang terakhir, selepas ini, kalau stamina masih ada, Rul mahu mendaki ke puncak gunung yang lain pula....hahaha....
Sebenarnya banyak yang mahu Rul coretkan di sini, tetapi Rul tidak pandai bercerita, cukuplah Rul menulis seringkas ini.... Apa yang penting, tahniah dan terima kasih untuk semua kawan-kawan yang menyertai ekspedisi ini, dengan kerjasama semua orang, kita berjaya sampai ke puncak dan turun semula dengan selamat, Alhamdulillah....
gambar laluan-laluan 'jungle trekking' di Bukit Broga

p/s : Ekspedisi Bukit Broga 7 Mei 2011, Aboh Zero, Mie, Kanang, Hatta, Amy, C-in, Nabil, Hanif, Syamil, Nik, dan Eqbal.... Korang semua terbaik,walaupun ketika sampai di kampus, semua kepenatan dan terus terlelap....hahaha.... Seribu satu cerita dan kenangan di Bukit Broga....

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

14 comments:

mie said...

hahaha.. trbaiklah, lps ni kite g lg nk x? tp kna ajak lg ramai la, lg rmai seronok.. hahaha

AL AZRUL said...

ayat sentiasa mau skema....
nanti, 'kalau rajin' kita naik lagi.... senang macam kacang...haha

Anonymous said...

paan: jom la g air terjun plak.. tgk kat aku nyer profil.. best giler..

AL AZRUL said...

ok paan, mna???

cik.saffa.here.with.love. said...

sonoknya..! bila kami nak dapat peluang panjat memanjat, daki mendaki nih...
dah lama beno tinggal extreme2 thing nih..

Ashraf Jalil said...

dah follow :D
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

myezatul aQma said...

cantiknya broga hill...

AL AZRUL said...

ashraff, sya dh follow awak...

myezatul aqma,
yepp, mmg cntik, rsa nk pergi lagi, dh plan dah nak naik lagi bkit tu...

CikTomyam said...

syok..xajak pun eh..

AL AZRUL said...

hehe, kak naniey dh balik utara, bru nk ajak pi skali...hehe

burhan al-hilmi said...

mcm menarik..
xpe2..bulan depan turn aku pulak daki..haha

zmah said...

Akak belum berkesempatan ke sini lagi.

Ecah Shafiee said...

best..gmbr2 pun cntik3..

naz & sya said...

ehh.. stdy kat mana??? nottingham ke?? kitorang bebudak UPM. haha