Fenomena Matahari HALO

Fenomena matahari 'Halo', memang pelik bunyi nama fenomena ini, tetapi matahari pada ketika ini akan kelihatan agak ganjil kerana matahari akan dikelilingi oleh lingkaran pelangi yang kadangkala sehingga 2-3 lapisan lingkaran pelangi..... menakjubkan bukan?? inilah yang dikatakan kuasa Allah SWT....Subhanallah....
Matahari 'Halo' akan kelihatan lebih jelas jika dilihat secara 'live' berbanding melihat di dalam gambar

Rul sempat menyaksikan sendiri fenomena matahari 'Halo' ini secara 'live' menggunakan mata kasar, sangat menakjubkan dan cantik sekali, fenomena ini berlaku pada waktu tengahari 27 Mei 2011, ketika itu Rul mahu bersiap-siap untuk pergi solat Jumaat, dan kemudian diberitahu oleh ahli-ahli keluarga yang lain bahawa ada kejadian aneh di langit, yakni fenomena matahari 'Halo', Rul bergegas menuju ke luar rumah untuk melihat fenomena tersebut, walaupun silau tetapi masih dapat melihat dengan jelas matahari 'Halo' yang tersebut..... Fenomena 'Halo' pada 27 Mei 2011 ini mungkin hanya dapat dilihat sekitar kawasan daerah Selama, Taiping, Kamunting, dan kawasan sekitar daerah Larut Matang dan Selama (LMS)....
video
Video 1 (rakaman oleh bapa saudara Rul)

video
Video 2 (rakaman oleh bapa saudara Rul)

Jika dari segi pandangan sains, Fenomena 'Halo' adalah fenomena optik yakni lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan.... Sekitar benua Eropah dan di sebahagian negara Amerika Syarikat fenomena ini sebenarnya lebih kerap berlaku berbanding kewujudan pelangi yakni fenomena ini akan dapat dilihat dalam lingkungan 2 kali seminggu.... Kebiasaannya 'Halo' akan terbentuk hasil daripada orientasi kristal-kristal ais di dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5-10 km di lapisan troposfera atas....

p/s : Semua ini adalah ciptaan Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Rul berasa cukup bertuah kerana dapat melihat fenomena ini kerana ianya jarang-jarang berlaku di Malaysia....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

3 comments:

NH Afie said...

kamoo ditag http://celotehsi-afie.blogspot.com/2011/05/pencarian-bloglist-boy-girl.html

hidayah sapidih said...

Subhanallah :)

sergeant keroro said...

ada jugak halo untuk bulan, dulu pernah nampak :D

jom join segmen keroro xD

thanks!