Grafiti cahaya : PikaPika yang menarik

Grafiti cahaya, selalunya bila disebut grafiti pastinya kita akan terbayangkan seni lukisan grafiti di dinding-dinding bangunan ataupun tembok-tembok besar.... tapi apa pula 'grafiti cahaya' ??? ataupun dalam bahasa Inggeris 'light graffiti' atau 'light painting' atau 'light drawing', grafiti cahaya juga merupakan satu seni grafiti tapi menggunakan cahaya lampu dan sebagainya, seni ini kadangkala turut dikenali sebagai PikaPika.... Rul lebih selesa untuk menyebut seni ini dengan nama PikaPika, sebab nama ini kelihatan begitu unik..... PikaPika merupakan salah satu seni yang menggunakan teknik fotografi di mana aktiviti ini kebiasaannya di lakukan pada waktu malam ataupun di dalam bilik atau kawasan yang gelap bagi memastikan hanya cahaya lampu untuk lukisan PikaPika sahaja yang kelihatan di dalam foto/kamera.....
Gambar-gambar grafiti cahaya dari carian Google

Untuk menghasilkan PikaPika ini, kita memerlukan sebuah kamera yang boleh disetkan ke ISO yang rendah, 'autofocus', 'exposure tolerance', 'aperture' dan lain-lain, Rul bukan tahu sangat mengenai kamera, harapkan kawan yang tolong aturkan semua kelengkapan ini....haha.... Selain kamera, kita memerlukan sumber cahaya, tidak kiralah dari apa jenis sumber cahaya pun, asalkan cahaya tersebut boleh dijadikan mata pena untuk melukis lukisan grafiti cahaya..... Apabila kamera siap disetkan seperti yang sepatutnya, mulalah 'snap' gambar dan mula melukis apa-apa yang ingin dilukis, macam-macam Rul lukis dan tulis, tapi tidak semua menjadi, al-maklumlah Rul memang tidak pandai melukis.....
Gambar-gambar grafiti cahaya yang Rul dan kawan-kawan hasilkan
"Tak cantik langsung"

Akhir sekali, kita akan dapat lihat sebuah foto yang mempunyai seni grafiti cahaya yang begitu menarik, terutamanya jika lukisan yang dibuat menjadi dan menggunakan pelbagai warna cahaya lampu.... Selamat mencuba....
wikipedia (Light Painting)

p/s Rul dan kawan-kawan cuma guna cahaya lampu putih, tiada lampu warna-warni, sekadar mencuba keseronokan menghasilkan seni ini....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

10 comments:

hyemynameisrasyid said...

cool!!!
pakai spe punya kamera wei?

❀Hanim_RosLan❀ said...

kreativ!!...heheh

AL AZRUL said...

rasyid, gna kamera kwn skelas aku...
Canon kot...

Hanim, sje suka2...haha

cik.saffa.here.with.love. said...

terbaek...!

PUTERI NATASSIA said...

wahh , putry suke .. sanagt unik . .:)

Pembawa_Wacana said...

menarik....sangat menarik...

.fariza. said...

menarik~
pernah tau yg kat dinding tu je.

Anonymous said...

sape ar ajak kau buat ni kan...hehe

Mya Edora said...

best gila :D

AL AZRUL said...

yepp...hampir2 gila,,, Mya Edora kaki kamera kan,, bleh la sgt klu nk cuba....hehe