Kawan : Selamat Tinggal

Kawan yang hanya mengaku kita sebagai kawan, hanya ketika kita di waktu senang, tetapi tidak pula ketika kita menghadapi kesusahan, seribu satu alasan yang diberi, hingga merasakan hati ini begitu sakit sekali..... perkara mana yang dia merasakan mampu memberi untung dan kelebihan buat dirinya, pastinya tanpa lewat sesaat akan disambut dengan tangan terbuka dan penuh gembira, tetapi malangnya, bila sesuatu perkara yang dilihat sedikit membebani dirinya, pasti akan lahirlah alasan-alasan palsu demi untuk 'menyelamatkan' diri..... mungkin betul apa yang dilakukannya, tidak mahu menyusahkan diri sendiri apabila diminta pertolongan kawan-kawan lain, tetapi mengapakah dia tidak pula berasa salah jika dia menyusahkan orang lain..... SOMBONG, memang sombong, mungkin diri ini tidak sehebat macam kawan-kawan awak yang lain, mungkin diri ini tidak setaraf dengan kedudukan awak, OK, Rul sedar akan keadaan itu, Rul hormat awak, mungkin itu prinsip persahabatan awak.....
Terima kasih kawan

Jika berlaku salah faham, Rul yang akan cuba untuk meminta maaf, terpaksa tebalkan muka, mungkin bukan Rul yang salah, tetapi Rul tetap mahu minta maaf kerana Rul sayangkan persahabatan itu dan Rul tidak mahu kehilangan seorang kawan..... Tetapi kali ini, Rul juga mahu menunjukkan ego Rul sendiri, Rul sedar untuk tidak perlu lagi meminta dan mencari erti persahabatan dari kawan yang sombong dan sukar untuk mengakui kesalahan sendiri.... Mungkin kehilangan seorang kawan itu sangat perit, tetapi rasa sakit hati ini lebih perit lagi, walaupun bukan mudah sebenarnya untuk Rul ucapkan SELAMAT TINGGAL KAWAN.... Perlukah kita meminta untuk orang yang tidak mahu memberi ???.....

p/s : Rul minta maaf jika ada berlaku kekhilafan sepanjang kita berkawan, dan untuk awak, semoga awak sentiasa gembira dengan hidup awak, Rul tidak akan ganggu awak lagi dan tidak akan mencari awak lagi....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

4 comments:

sumaiyah mokhtar said...

susah nak cari kawan yg betul2 sempurna sekarang kn,

cik.saffa.here.with.love. said...

biasa la tuh...

Tanpa Nama said...

sedih ye rase....:-)

shayat ahmad said...

sha pon skunk ada prob ngan membe..
tapi kena la pandai nilai kawan..
kalau yang jenis penting diri and sombong..
sha asa kita patut biar ja...biar dy asa dia yang salah dalam hal ney..
cari la kawan yang bley tolong kita masa susah n senang...kawan macam tue yang mampu buat kita senyum..