Pencinta LIVERPOOL FC

Liverpool FC, kelab bolasepak yang paling Rul minat, yang paling Rul suka, fanatik dan yang sewaktu dengannya..... Liverpool FC adalah sebuah kelab bolasepak Inggeris yang berpangkalan di Stadium Anfield dan padang latihan Melwood.... Kenapa Rul minat dengan kelab ini ??? kerana bagi Rul, Liverpool FC adalah sebuah kelab yang begitu unik dan Rul merasakan Liverpool FC mempunyai kekuatan yang tersendiri, apa yang Rul boleh katakan, seolah-olah secara semulajadi Rul telah menggemari kelab ini..... Liverpool FC adalah sebuah kelab yang sangat unik, kelab bolasepak ini terkenal dan popular dengan slogan You'll Never Walk Alone aka YNWA, Liverpool FC turut digelarkan dengan panggilan The Reds, dan juga mempunyai gelaran unik tersendiri yakni The Kops....
Dari atas kiri : Fernando Torres, Dirk Kuyt, Steven Gerrard, Michael Owen, Daniel Agger, David James, Luis Suarez, dan Xabi Alonso. Antara pemain-pemain Liverpool FC yang Rul minat

Sejarah penubuhan kelab Liverpool FC adalah bilamana pemilik padang Anfield iaitu John Houlding mahu menubuhkan kelab sendiri (yakni Liverpool FC) setelah penyewa padang Anfield yang sedia ada (yakni Everton FC), tidak bersetuju dengan kadar bayaran sewa padang. Everton FC kemudiannya telah berpindah ke Goodison Park. Dengan hanya 3 pemain yang tinggal di Anfiled setelah yang lain mengikut Everton FC berpindah, John Houlding telah melantik Jonh McKenna sebagai pengurus pasukan, John McKenna telah membawa masuk 13 pemain baru dari Scotland.... Sehingga sekarang, Liverpool FC dan Everton FC menjadi seteru utama dalam pertembungan perlawanan Merseyside Derby....
Anfield Stadium, Anfield Road Merseyside (This Is Anfiled)

Tragedi Hillsborough 1986, satu peristiwa yang kekal menjadi memori bagi peminat-peminat setia Liverpool..... Ketika berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala FA, ribuan penyokong Liverpool yang berada di dalam stadium telah menghimpit antara satu sama lain bagi menyelamatkan diri dari kebakaran yang berlaku di satu kawasan stadium, disebabkan keadaan yang kelam-kabut, berlaku tolak-menolak sehinggakan ada yang sesak nafas dan tersepit..... Kelewatan pihak berwajib untuk mengawal keadaan menyebabkan situasi bertambah buruk, 94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian akibat sesak nafas, dipijak dan tersepit akibat rempuhan orang ramai, manakala seorang lagi maut 4 hari kemudian, dan mangsa maut ke-96 mati setelah 4 tahun berada dalam keadaan koma....
Para penonton dihimpit setelah berlaku rempuhan bagi menyelamatkan diri

Shankly Gate (kanan) dan Memorial Peringatan Tragedi Hillsborough (kiri) di Anfield

Sememangnya Rul begitu meminati kelab ini, tiada kelab lain sehebat Liverpool FC, selain memenangi Kejuaraan Eropah CL sebanyak 5 kali, kelab ini turut menjulang gelaran Liga Inggeris sebanyak 18 kali.... Tradisi Boot Room, Shankly Gate di Anfield dan lagu tema Liverpool FC, iaitu You'll Never Walk Alone akan terus kekal menjadi lagenda dan sejarah yang perlu dibanggakan.... Apa yang pasti, Liverpool mempunyai penyokong yang cukup setia, walaupun ketika zaman kemerosotan pencapaian kelab di dalam liga, penyokong-penyokong Liverpool tetap berdiri teguh menyokong Liverpool, mungkin hanya penyokong tegar Liverpool FC sendiri yang merasakan betapa Liverpool FC adalah sebuah kelab yang begitu unik dan berbeza.....
'Win, Draw, or Lost, this Team are Together'

p/s Banyak lagi sebenarnya yang ingin Rul ceritakan mengenai Liverpool... Selain Liverpool FC, Rul minat pasukan bolasepak The Netherlands dan Perak FA...
Sejarah Liverpool (My-LiverpoolFC.com)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

6 comments:

burhan al-hilmi said...

salam brother azrul..
rasanya ada kesilapan fakta di atas..
Hillsborough disaster berlaku pada tahun 1989..bukan 1986..

dan jangan lupa juga kejadian Heysel stadium disaster 1985..
peristiwa ini yang menjadi antara faktor kejatuhan liverpool pada era 1990-an..

walau pahit untuk terima bila lihat man u bergembira pada hari ini..
tp ingat Once A Liverpudlian, Always a Liverpudlian..
~YNWA

AL AZRUL said...

yepp, slah fakta skit, nnti sya perbetulkan,,, TQ.....YNWA

warga sukan.com said...

YNWA . tahun depan titik mu.hehe

secerah siang said...

yeahh ! hidup liverpool ! :)

.fariza. said...

peminat sejati ni~

M Fizan said...

maap yer..rekod spnjg zman dh dirampas..hehe

feel free to follow me back :)