Hidung Berdarah , Jangan Panik

Kenapa hidung berdarah ???.... kalaulah korang selalu menonton drama-drama atau filem-filem dari negara Korea, Jepun mahupun Taiwan, mungkin korang akan perasan hidung seseorang itu akan mengeluarkan darah apabila teransang (ghairah), betul ke???.....sehinggakan kadang-kadang watak kartun juga tidak terlepas dari gimik sebegini..... Rul tidak pasti sama ada ianya memang benar-benar berlaku di dunia realiti ataupun hanya 'gimik' atau rekaan semata-mata....

Rul juga pernah mengalami masalah hidung berdarah (bukanlah kerana berasa ghairah) tetapi akibat dari 'epistaxis' yang secara tiba-tiba..... Rul menghidap masalah 'epistaxis' sekitar usia kanak-kanak yakni ketika masih di sekolah rendah, 'epistaxis' berlaku apabila salur darah kecil kapilari di bahagian rongga hidung pecah mungkin akibat perubahan suhu atau cuaca yang mempunyai udara yang terlampau sejuk atau kering.... 'epistaxis' akan berlaku secara tiba-tiba tanpa Rul sedari tetapi tidaklah kerap dan boleh berlaku pada bila-bila masa.... Rul berasa sangat panik semasa kali pertama Rul mengalami 'epistaxis', al-maklumlah apabila darah terus mengalir keluar dari hidung tanpa henti....
"Rul ambil tisu, lap semua darah, tekup hidung dengan tisu, memang berasa cuak"
Sebenarnya, jika hidung kanak-kanak atau orang dewasa tiba-tiba berdarah tanpa sebarang tanda mengalami kecederaan, janganlah berasa cemas atau panik walaupun darah menitik jatuh kerana darah yang keluar tersebut tidaklah banyak sehinggakan boleh membawa maut.....
Apabila berlaku 'epistaxis' ;
  • bertenang dan jangan panik (Rul sendiri pun panik)
  • duduk tegak dan cuma bongkok ke depan sedikit. Jangan baring atau mendongakkan kepala kerana dengan cara sebegini, darah tersebut akan ditelan masuk dan membuatkan berasa loya dan muntah. (Rul selalu baring atau dongakkan kepala sebab mahu hentikan darah dari terus keluar-tolong jangan ikut)
  • kepitkan bahagian bawah hidung dengan kuat selama 10 minit menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, darah yang mengalir akan terhenti apabila ianya ditekan. Bernafas melalui mulut. (Rul tekupkan dengan tisu je)
  • cuba elakkan berada dalam keadaan udara yang panas atau kering dan hindari dari bersin atau menghembus nafas terlalu kuat atau mengorek hidung di dalam tempoh 24 jam.
  • jika pendarahan tidak berhenti, sila dapatkan rawatan di klinik ataupun hospital. (hidung akan disumbat dengan kain gauze)
Alhamdulillah, semenjak menginjak ke usia remaja dan sehingga sekarang masalah ini tidak lagi berlaku pada diri Rul, mungkin kerana ketahanan badan sudah bertambah kuat tidaklah seperti semasa masih kanak-kanak.... Pelbagai faktor yang dapat dikaitkan dengan masalah ini seperti kurang minum air, kurang mengambil diet Vitamin C, terdedah kepada debu dan banyak lagi faktor yang berisiko diserang masalah ini.... Kesedaran dan langkah pendidikan awal mengenai masalah ini perlulah di ambil berat terutama bagi kanak-kanak kerana masalah ini sering menyerang mereka agar mereka dapat bertindak dengan sewajarnya....

p/s : semasa kali pertama Rul mengalami masalah ini, Rul cuba sembunyikan dari pengetahuan ibu dan bapa Rul, sebab Rul berasa cemas dan sangat takut....hehe....
sumber cyberclinics
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

10 comments:

Anden Fauzan Ja'afar Hussain said...

WAHHH! SIYESS AKU XPERNAH RASA CMNER KENA HIDUNG BERDARAH..N NOW KO BGITAW BARU AKU DPT IMAGIN....AHA..EUWW..MESTI RASA HAMIS DARAH..ERKK

AL AZRUL said...

thu tk pe... mmg akn berbau darah kering...hehe

yunZ said...

jalan2 sini.xnmpk shoutbox awak

hyemynameisrasyid said...

aku penah jadi jugak cmni kecik2 dulu.,betol la.,akibat perubahan suhu.,,then mak aku letak daun apa ntah.,sejuk2.,Alhmdulillah.,skang dh x jadi dh.,sekali tu je jadi.,^^

al_hakim said...

huuu..info berguna ni...

ghab van hal said...

tips berguna. patutla sebelum ni bila hidung berdarah, check 'bende' itu, xd ape-ape pun, camna bole kuar daah ni...hhahaha..

A M E ! said...

dulu ame selalu kena . tapi sekarang dah tak dah :)

Kumiko Ryou | Farah Amira said...

hehehe...ak xpnah jd..kalo kak ak salu la jadi kalo panas sgt

armouris said...

lagi info tentang hidung berdarah di SIHAT SELALU - Hidung Berdarah

nelly said...

wah ...
info bagus seyh !