JUVANA : Memang Terbaik

Drama JUVANA adalah sebuah drama bersiri tempatan yang paling Rul minat dan Rul merasakan ianya adalah sebuah drama yang berjaya digarap dengan cukup sempurna..... Rul menganggap drama ini mempunyai gaya penceritaan dan sinematografi yang terbaik kerana berjaya membuatkan Rul lebih lama berada dihadapan kaca TV hanya semata-mata untuk menonton JUVANA, walaupun yang sebenarnya Rul bukanlah jenis individu yang gemar untuk menonton drama (cerita-cerita di TV) atau pun mengikuti perkembangan sesuatu drama bersiri, tetapi drama JUVANA telah menarik minat Rul menjadi penonton setia untuk mengetahui kesudahan kisah ini..... bagi diri Rul, cerita JUVANA amatlah menarik dan berbeza dari drama-drama Melayu yang lain, JUVANA lebih bersifat natural dan banyak mengisahkan realiti sebenar kehidupan masyarakat kita (tidak kiralah sama ada dari golongan atasan atau pun golongan 'commmoner'), kadangkala kita terlepas pandang sesuatu perkara yang diangggap kecil tetapi ianya adalah satu isu yang sangat besar.....
OK lah.... Rul ceritakan sedikit mengenai drama ini, JUVANA mula disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Isnin pukul 9 malam sejak 25 April yang lalu, ianya memaparkan sisi hidup pesalah-pesalah juvana yang ditempatkan di pusat pemulihan akhlak yakni Sekolah Wira Bakti, pesalah-pesalah juvana tersebut terdiri dari pelbagai latar belakang dan kesalahan jenayah yang berbeza-beza.... drama JUVANA yang diarahkan oleh Faisal Ishak bukan sahaja sekadar hiburan malah drama ini juga mampu memberi motivasi kepada sesiapa saja yang menontonnya.....
dari kiri : Izreen Azminda (Cikgu Zakiah), Zahiril Adzim (Daim-watak utama), Faisal Ishak (pengarah), dan Bront Palarae (Warden Raja)

Antara barisan pelakon drama JUVANA adalah Bront Palarae, Beto Khusairy, Zahiril Adzim, Irfan Roslan, Izreen Azminda, Shafimie Saedon dan pelakon veteran Kuswadinata...... drama ini turut dimantapkan lagi dengan barisan bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.... Rul begitu meminati watak yang dilakonkan oleh Johan Ariff iaitu watak Botak, Botak merupakan 'house captain' bagi penghuni-penghuni Sekolah Wira Bakti, walaupun watak yang dibawakan adalah watak antagonis tetapi Rul meminati gaya lakonan dan karakter watak Botak yang 'stylo'.....
watak Botak lakonan Johan Ariff

pelakon-pelakon baru di dalam drama JUVANA

Apa yang menarik, drama ini turut mempunyai laman web yang menempatkan pelbagai info, seolah-olah laman web tersebut adalah laman web 'rasmi' bagi Sekolah Wira Bakti.... di dalam laman web tersebut, korang boleh melihat info-info pesalah juvana, tenaga pengajar, dan peta Sekolah Wira Bakti..... ingat, "Tanpa agama kamu akan sesat dan tanpa disiplin kamu sama seperti binatang", inilah kata-kata Ketua Warden yang sentiasa mengharapkan pesalah-pesalah juvana menyedari akan kesalahan mereka dan mampu berubah menjadi manusia yang berguna....

laman web drama JUVANA dan lihat ulasan Gua.com
OST drama ini memang sesuai dengan penceritaan di dalam drama ini, lagu Babak Pertama nyanyian Drama Band....

p/s : disebabkan terlalu minat, Rul secara tidak sengaja mengingati hampir semua nama-nama dan karakter watak di dalam drama ini.... Tahniah untuk produksi drama JUVANA yakni Filmscape Production kerana berjaya menghasilkan sebuah drama yang bermutu dan mempunyai banyak pengajaran.....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

13 comments:

ghab van hal said...

x penah tengok. dengar orang cakap best jek..kat mane nak download??

AL AZRUL said...

ghab van hal : cuba cri di youtube.. bleh download dri situ... ada link...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

memang minat juga dengan ceta JUVANA ni...

best sangat2


NOTACIKGADIS: Nanti kalo tulis buat perenggan banyak sket eyh hehe

foll0w ana.. ;) said...

haih.. ana pon suke... hero dy un ensem... haha... mmg ttarik.. tp ta rajin na tgk.. hny amek tw n dga cite org tok tw pkembangan cite ni.. haha.. pelikkan.. ;)

hyemynameisrasyid said...

'kedah' la stylo.,samseng gila walaupon kecik^^

AL AZRUL said...

tu la pasal... msa berlakon hkyat ptera shazln kecik lgi...skrg dh bsar...suara pun dh pecah..haha

~Kirin Selama Perak~ said...

diz is best bro !
:D

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag kalau drama memang lemah sikit nak lekat. Sebab lebih banyak enjoy dengan laptop :P

Manis Manje Ejatee said...

hehe , ctew nie best an . gempak habis . tak pernah mis ctew nie .

kyra ismera said...

best cterny..eh mcm mne letak vid u tube kat sblh ny ?

La Jieja said...

skali je penah tengok..mase di si famie tu..ehe... :) n hope ade mase nak pi tgk.. :)

ciknabil-a said...

dapat tgk sekejap jew citer nie. ending story dia pn tatw. ;/

nurul syazwana said...

mmg best kan ? cite ni terbaek gile!