Origami : Di kedai makan

Kisah di kedai makan..... ketika berada di restoran atau kedai makan, apa yang awak semua akan lakukan ketika menunggu makanan yang dipesan 'siap' ???..... al-maklumlah, kadang-kadang makanan yang dipesan agak memakan masa sedikit proses penyediaannya, jadi terpaksalah menunggu sehingga makanan tersebut siap disediakan.... Sementara menunggu (kadang-kadang selama 30 minit dan mungkin sehingga 1 jam) mesti akan berasa bosan, kalau makan bersama kawan mahupun dengan keluarga bolehlah bersembang dan bertukar-tukar cerita sampai berbuih-buih mulut, tetapi kalau sudah kekeringan idea untuk berbual-bual dan kalau keluar makan berseorangan pula macam mana.... apabila sudah lama menunggu mulalah berasa tidak keruan, pusing kiri pusing kanan, tengok situ tengok sini, paling atas paling bawah, sekejap bersandar sekejap menongkat dagu....*(lama betullah menunggu)....
Kalaulah Rul pergi keluar makan (restoran / kedai makan) , semasa menunggu makanan yang dipesan tiba, selalu juga Rul akan ambil beberapa helai kertas tisu yang disediakan kedai tersebut.... Hendak buat apa dengan kertas tisu tersebut???, Rul akan membuat bentuk origami, sebab hendak hilangkan bosan...hahaha.... selalunya Rul membuat origami berbentuk hati dan bunga mawar, sebab origaminya senang dan sesuai digubah jika menggunakan kertas tisu....
jiwang : origami berbentuk hati (love) dan bunga mawar (rose)
Rul buat sendiri, sebab itu origami bunga mawar tidak menjadi...haha...

Origami ataupun seni 'melipat kertas' merupakan salah satu seni tradisional masyarakat Jepun, yakni bertujuan mewujudkan satu bentuk objek yang menarik dengan hanya menggunakan kemahiran melipat (menggubah) sekeping kertas tanpa memerlukan penggunaan gam ataupun bahan pelekat (kertas tisu dan sapu tangan juga boleh digubah untuk menjadi seni origami)..... Rul masih ingat lagi, masa di sekolah rendah mahupun ketika di sekolah tadika dahulu, seringkali Rul diajar untuk membuat bermacam-macam bentuk seni origami, memang seni ini amat menarik dan menyeronokkan....

p/s : Sebenarnya, seni menggubah origami ini turut melibatkan aplikasi matematik dan teknikal.....dahsyat kan???...
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

8 comments:

Ana Zainol said...

perghh..jiwang la iqlam buat hati dgn bunga tp lawa...ajar la weyh...

~syue~ said...

ajar war bunga ros tu lam!!!

Anonymous said...

wah tak sangka kretif btul!!

TebuWan said...

uish dh lama aku x buat origami camni haha, dh lupa

hyemynameisrasyid said...

pakai paint ke header tu? pergh.,kretif~

origami ni aku reti buat bunga tisu tu ja.,=.='

NuSaNa NoSa 91 said...

klu origami, keen reti wat kapal ngan jet je.. bentuk hati pon fail.. apatah lg bentuk2 lain.. T_T

sumaiyah mokhtar said...

i tau petik bunga kertas je, buat bunga guna tisu or kertas tk tau, hehehe

nadzli azlan said...

seriouly sangat menarik ! :)


trimas sbb singgah blog saya ~


jemput singgah lagi yuk ! hehe ~