Kerana Cintakan Allah

Mencari cinta Allah adalah satu kewajipan hakiki, tidak boleh berdolak-dalih lagi.... Dari cinta Allah itu akan lahirlah satu jiwa yang murni lagi suci, dan dari cinta Allah itulah akan datangnya cinta kita kepada manusia (ibubapa, keluarga, sahabat, guru, malahan kekasih) dan cinta kepada makhluk-makhluk Allah yang lain.... Untuk mencari cinta Allah ini, setiap dari kita perlu berubah, satu perubahan ke arah cara hidup yang lebih baik dan diredhai Allah.... memang susahkan, tapi inilah realiti yang sebenar.... Setiap hari setiap masa dan setiap ketika, Rul akan cuba untuk berpesan kepada diri sendiri, agar mampu menjadi seorang insan yang cintakan Allah SWT....
Kalau kita lihat sekarang, terdapat individu yang peribadinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini.... Rul lebih tertumpu untuk merujuk kepada golongan artis-artis di Malaysia seperti Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Radzi Melissa, Noorkumalasari, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Iwan dan Azmil Mustapha.... Bagi Rul, mereka berjaya merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik bagi mencari cinta dan redha Allah, dan kenapa Rul lebih tertumpu kepada personaliti-personaliti ini, ini kerana mereka adalah individu yang dikenali ramai, dan perubahan ke arah yang lebih baik itu jelas sekali dapat dilihat daripada personaliti-personaliti ini....
dari atas kiri : Bob Lokman, Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Radzi,
Iwan, Azmil Mustapha dan Sham Kamikaze


Ustaz Akhil Hayy yang dahulunya bertindak sebagai vokalis utama sebuah 'band rock' D'Riyadh, Ustaz Radzi yang juga menjadi vokalis utama untuk 'band' Melissa dan pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Bob Lokman yang terkenal dengan ragam komedinya, Sham Kamikaze yang gah dengan dunia muziknya, Iwan yang pernah popular semasa era muzik dangdut, Azmil Mustapha yang popular melalui pentas lakonan filem Ali Setan dan Noorkumalasari, seorang penyanyi yang terkenal ketika eranya..... Mereka berubah menuju ke arah kebaikan yang mampu memberi kesejahteraan dalam hidup mereka, kerana mereka sedar penghijrahan tersebut adalah amat bermakna dan satu kejayaan yang amat besar.....
Noorkumalasari (selesa berhijab)

Ramai sebenarnya manusia yang ingin berubah, yakni berubah ke arah kebaikan bukanlah berubah ke arah kejahatan, dengarlah kata hati yang meronta-ronta untuk berubah dan runtuhkanlah tembok egois dalam diri agar kita lebih mudah untuk berubah.... Mungkin jauh di sudut hati nurani kita sangat menginginkan kebaikan untuk diri kita dan menjadi seorang insan yang ikhlas berjuang mencari cinta Allah SWT.... Langkah perubahan itu mungkin akan melahirkan kesakitan dan kepedihan, tetapi apa yang pasti ianya akan menjanjikan kebahagiaan, Insyaallah....

p/s : apa yang Rul tulis ini adalah pendapat dan pandangan peribadi.... Marilah kita cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik dan lebih baik serta lebih baik, dengarlah kata hati....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

4 comments:

hyemynameisrasyid said...

Shifting The Paradigms Towards BetteR Soul~

Nur Ayuni said...

berusaha la kita. Insyaallah. Allah selalu ada dengan hambaNYA. cuma kita yang selalu lalai.

ciknabil-a said...

yup betul2.. bella sndri pn tgh cuba berubah mnjadi lbh baik.

CikTomyam said...

alhamdulillah..depa semua dapat hidayah..kita manusia biasa pun harap cmtu gak kan..amin~~