Angry Birds serang Malaysia

Permainan siber Angry Birds datang ke Malaysia sempena World's Biggest Angry Birds Playground untuk mencipta rekod dunia acara 'mobile game' yang paling ramai disertai pemain untuk bertarung dan bermain..... Bertempat di Low Yat Plaza Kuala Lumpur (dengan kerjasama Nokia) pada 11 Jun 2011 yang lepas, melebihi 2000 orang yang berkunjung ke acara ini dan majoriti yang hadir sudah semestinya peminat setia permainan Angry Birds.....
video permainan Angry Birds

Rul sudah merancang untuk berkunjung ke acara ini tetapi tidak berkesempatan kerana Rul mempunyai hal lain yang lebih penting untuk diuruskan pada tarikh yang sama acara ini dilangsungkan, jadi terpaksalah membatalkan niat untuk mencuri peluang datang ke acara ini....
orang ramai beratur menunggu giliran untuk masuk ke World's Biggest Angry Birds Playground
(gambar oleh smashpop.net)

Permainan Angry Birds agak popular di kalangan pengguna dan penggemar gadjet 'Smartphone' dan Tablet PC..... Populariti permainan Angry Birds di seluruh dunia menyebabkan wujudnya beberapa filem pendek (di youtube) mengisahkan mengenai Angry Birds di dunia realiti, dan juga terdapat patung-patung (toy plushies) bagi watak-watak di dalam Angry Birds....
patung-patung comel (toy plushies) Angry Birds yang hanya dijual secara eksklusif

permainan Angry Birds di dunia realiti

p/s : Rul dan kawan-kawan, majoriti gemar untuk bermain permainan ini, tidak kiralah sama ada bermain menggunakan 'Smartphone', tablet PC, mahupun di komputer.... Rul bermain Angry Birds sekadar untuk mengisi masa lapang, tidaklah terlalu taksub untuk bermain selama 24 jam sehari....hehe...

11 comments:

Hans said...

bestnyaaaaa sapa2 yg pergi
aku nak pergi jauh plak
haihhhh
eh,ko sokong liverpool ke?

Juvana Episod 8

AL AZRUL said...

yeppp, Liverpool forever....

Hans said...

wah...sama lah kita...hohohoh
eh..tq follow blog filem ku yer :-)

Che Deen™ said...

dah lame abis main game nie..haha

AL AZRUL said...

ye2, sme lah.... cuma bhagian yg ada brung hijau mcm bommerang tu yg susah skit, tk ska betul lah...haha

miss Ejat said...

dah main dh,,, best giler...

eienrazak said...

dapat tgk event ni dari dlm lowyat je..happening gila !

Hans said...

jeles pada eienrazak tiba2..hohoho

Mejuez said...

Aku gila ngan game ni.. kalau seharian main tak ingat dunia.. ahahah smpai hang aku punya hp.. :)

emieysandra said...

kalau la dpt plushie yg wrne merah tuu, bestnyer!

HaNa Hani said...

hana xpenah men
asyek error je bile download..
malas pk pe dah
^_^