Apa yang perlu dibuat ?

Sekarang Rul sedang 'bercuti semester', dan Rul memang langsung tidak tahu aktiviti apa yang patut Rul lakukan untuk mengisi masa yang terluang selama hampir 1 bulan cuti semester..... 1 bulan cuti semester sudah cukup untuk Rul merehatkan diri dan merehatkan minda setelah mengharungi satu semester (6 bulan) yang Rul rasakan semester yang amat panjang dan memenatkan..... Alhamdulillah, Rul berjaya menghabiskan semester kali ini dengan baik, segala tugasan dan latihan praktikal yang ditugaskan oleh instruktor (pensyarah) telah dilaksanakan sehabis baik yang Rul mampu.....
3 buah buku Jeppesen yang digunakan ketika proses pengajian
(setiap satunya mempunyai beratus-ratus muka surat)

Sepanjang cuti semester kali ini, Rul mungkin lebih selesa untuk sekadar berada di rumah sambil melayari internet, sebab Rul bukanlah jenis yang agak suka untuk keluar 'berjalan-jalan' tanpa tujuan yang berfaedah..... Ketika Rul melayari internet dari satu laman web ke satu laman web yang lain, Rul ada membaca satu artikel yang mungkin amat berguna untuk dikongsikan bersama dan artikel tersebut menceritakan 'APA YANG PERLU DIBUAT SETIAP HARI?', supaya kita mampu menjadi insan yang lebih baik.....
  • Sentiasa patuh dan taat kepada ajaran islam yakni patuh kepada Allah dan Rasulullah.
  • Sentiasa muhasabah diri dan melihat kesilapan yg dilakukan dan cuba berhijrah ke arah lebih baik.
  • Sentiasa merendah diri dan melihat orang yg nasibnya lebih teruk dari kita agar timbul rasa bersyukur.
  • Sentiasa cuba untuk menegur bila ternampak orang lain berbuat maksiat dan kesalahan dan elakkan sengaja mencari salah orang.
  • Sentiasa cuba menasihati dan mengajak saudara sesama islam untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
  • Sentiasa berusaha mempelajari ilmu agama dan mengamalkan apa yg dipelajari agar dapat ia memperbaiki diri.
  • Sentiasa cuba membantu orang yg susah sekadar kemampuan diri dan sentiasa berbuat baik pada semua orang.
  • Sentiasa cuba berusaha menjadi lebih baik daripada semalam dan berusaha membersihkan hati dari segala prasangka.
  • Sentiasa belajar memaafkan kesalahan orang lain kepada kita dan jadikan diri seorang yg lambat marah dan cepat redanya.
  • Sentiasa ada rasa syukur dan mengharap kepada Allah sahaja di waktu senang dan susah dengan keyakinan tinggi iaitu Allah pasti bersama kita.
bersama-sama kita berusaha untuk mencari redha Allah SWT

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

2 comments:

ainaa.syafiqah27 said...

nak cuti gakk.. huhuhu

.m y z. said...

cuti 6 bulan ni tak keluar pegi mana2 pun. just duduk rumah and mengadap laptop.