BBQ : Makan Jangan Tak Makan

BBQ bersama kawan-kawan sememangnya salah satu aktiviti santai yang amat menyeronokkan, dan seperti sudah menjadi kebiasaan bagi Rul dan kawan-kawan 'kampus' yang lain untuk bersama-sama membuat BBQ jika ada kelapangan masa atau pun ketika cuti semester, sebelum ini kitorang pernah 2-3 kali bermalam dan membuat BBQ di pesisir pantai Port Dickson dan ianya adalah satu pengalaman yang pasti tidak akan dapat dilupakan....
BBQ adalah singkatan bagi perkataan barbeku, BBQ adalah satu kaedah untuk memasak daging, ayam, ikan, makanan laut dan sebagainya..... Memasak BBQ adalah menggunakan cara memanggang yakni dengan menggunakan kepanasan suhu bara api atau haba panas dari kayu arang..... Proses memasak BBQ kebiasaannya akan dilakukan di kawasan yang terbuka bagi mendapatkan sistem pengudaraan yang sesuai untuk memasak BBQ...
Pada hari Khamis lepas Rul bersama 8 orang kawan yang lain telah berpakat untuk membuat BBQ (lokasi : rumah sewa Taman Desa Bestari), tetapi ketika 'last minute' salah seorang daripada kitorang (iaitu C-in) tidak dapat turut serta untuk aktiviti ini kerana mendapat 'emergency call' dan terpaksa pulang dengan kadar segera....

Pada pukul 8:30 malam kitorang memulakan proses untuk menghidupkan bara api dan 1 jam kemudian bara tersebut sudah sedia untuk digunakan bagi memasak BBQ..... Menu untuk BBQ kali ini adalah BBQ ayam, BBQ daging, sosej, nasi goreng dan air bikarbonat Kickapoo, seperti biasa bajet perbelanjaan menyediakan keperluan dan barang-barang untuk BBQ akan dibahagikan sama rata.... Kitorang bergilir-gilir memasak BBQ dan mengawal api (api perlu dikawal dengan baik agar BBQ yang dimasak tidak terlalu hangit atau garing).... Lebih kurang pukul 11 malam kitorang selesai memasak, makan, dan mengemas segala peralatan yang digunakan, "Perut pun sudah kenyang"....
air bikarbonat Kickapoo-Joy Juice dan kayu arang untuk BBQ

antara bahan-bahan untuk memerap ayam dan daging BBQ,
madu lebah, sos BBQ, garam, serbuk cili, sos cili

"memasak BBQ"

"oppss, tinggal tulang jer!!!"

kawan-kawan Rul yang turut sama membuat BBQ

p/s : Kalau bab makanan memang Rul takkan lepaskan, sebab Rul memang suka makan....hehe.... Rul memang tidak suka kalau ada yang cakap "cubalah diet sikit", Rul tahulah untuk susun corak pemakanan diri sendiri dan mana yang Rul rasakan terbaik.....
klik jalan-jalan cari makan di Kampung Baru
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

9 comments:

Anonymous said...

ade gmbar aku..gambar aku.. :-p nik2..

Anonymous said...

haha style boh

hyemynameisrasyid said...

gambar aku xde dow =.='

cik.saffa.here.with.love. said...

lapo~~~~~

NATASYA ASSYIRA MOHAMMAD NAIM said...

charka 2 batu arang ke?
skali tgk bungkus mcm menarik jer..igt keropok..hehehhe

AL AZRUL said...

saffa : lapor ke... jom la makan, ang blnja..haha

natasya : cntik kan bgkusan arang tu...haha

ghab van hal said...

hahaha..dulu pun selalu buat

ciknabil-a said...

best giler bbq! hehe..

eyh en fawas kite dah berambut pnjg. ahakz!

shahjiehan said...

wah... da hilang la spider ritu, imej bru eh...