Domo Kun vs Danbo

Watak Domo Kun sememangnya agak popular sejak kebelakangan ini..... Mungkin kalau korang perasan, seolah-olah menjadi 'trend' bagi seseorang untuk memiliki satu koleksi 'plushie' Domo Kun atau apa-apa pun jenis barang yang berbentuk Domo ataupun mempunyai gambar Domo.... Apa korang tahu dari manakah asalnya Domo Kun???.... Domo adalah maskot rasmi saluran Televisyen Jepun NHK, Domo digambarkan sebagai makhluk aneh yang menetas dari telur dan mempunyai mulut bergigi yang terkunci serta mulut terbuka luas.....
Watak Domo Kun seolah-olah kelihatan mendominasi 'trending' pada masa sekarang, sehinggakan menenggelamkan populariti yang pernah dikecap watak-watak lain sebelum ini seperti Spongebob, Elmo, Keropi, Mashi Maro, Hello Kitty, Pooh dan watak-watak Sanrio yang lain.....Walaupun Domo agak popular, tetapi Rul lebih berminat untuk menggemari watak Danbo (box-men), pada pendapat diri Rul, Danbo kelihatan lebih comel dan sesuai untuk 'budak lelaki' macam Rul.... Danbo adalah watak yang mempunyai bentuk fizikal 'sebuah kotak' yang mempunyai wajah/perasaan..... Nama sebenar watak Danbo adalah 'Cardbo' dan watak ini dikatakan berasal dari satu siri anime yang dipanggil Yotsubato! atau Yotsuba hasil karya oleh Kiyohiko Azuma.... nama Jepun bagi 'Cardbo' ialah Danbo.....Jika digabungkan dua watak popular yang menjadi 'trending' pada masa kini iaitu Domo Kun dan Danbo, kedua-dua watak ini akan dilihat begitu 'comel' jika diletakkan bersama-sama di dalam satu masa/cerita.... Danbo adalah watak dengan rupa yang 'nerd' (innocent) manakala Domo Kun adalah watak dengan mimik muka yang kelihatan marah, memang agak lucu jika melihat dua watak ini bersama.....

















Domo Kun kebiasaannya seolah-olah kelihatan suka membuli Danbo


p/s : Korang ada koleksi Domo Kun atau Danbo ???, Rul tidak ada pun koleksi dua watak ini...hehe.... Sekarang Rul lihat muncul pula sekumpulan 'watak besar' iaitu Angry Birds, macam-macamlah zaman sekarang ni....:-)

sumber gambar Google
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

17 comments:

QaRr JaliL said...

bende tu best jadi koleksi..prmpuan..laki pun ade gak.haha
:D

New post : Perkara pelik yang berlaku dalam blog....

Nur Syazana Mohammed Sani said...

angry birds ! ! ! zana da ad 3 koleksi setakat nie =)

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana =)

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/akhir-nye.html

nurul atikah said...

hehehe... mcm2 kan.. tapi saya suka kan danbo.. comeyy.. mcm awak tgok kat blog sy.. yg penuh dgn danbo..=)

tia @ Ini Kisah Tia said...

hehee . dua2 Tia tak minat . hehee :)

meaw said...

danbo unik! domo comel! meaw ada baju domo n elmo,haha *tu pon nak cakap :P

Tanpa Nama said...

jom2 kita g beli ala..hehe

ghab van hal said...

rasanya danbo lagi kiut la...kekeke...

cik.saffa.here.with.love. said...

saya ada gantung2 kat hp domokun !!!
ada pitcha buatan sendiri danbo !!
saya suka main game angry bird!

fyna said...

alololo....
tomey je dua2 tue.



jom singgah n follw belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com
:)

.m y z. said...

haha comel je kalau Domo Kun dengan Danbo ni bersama. saya takde pun koleksi watak2 ni. lagipun saya lambat tau pasal watak ni. org lain dah siap beli berpuluh2 koleksi, saya baru tau kewujudan benda alah ni. haha XP

ct N honey said...

anak saya suka spongebob aje

iPai said...

wah .. Danbo ni leh buat sendiri tau .. nanti nak buat tutorial dia ..

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

saya sudah giler sama danbo.....hehe

rafiq said...

dulu aku suka spongebob. tp mcm jmbu pulak. trus tk jd suka..haha

Mejuez said...

hehehehe comel! aku da jatuh hati dekat kotak dengan mulut terbukak tuh.. :D

hyemynameisrasyid said...

angry bird la semboi.,garang woo~

ciknabil-a said...

haha tahu xpew! macam2 ada skunk nie. kwn nabilahkan ada yg minat kat domo nie. smpai beg sndang, beg duit pn domo gak. game angry bird skunk dah mula famous. heheee..