Menjejak kota usang 'City of Broken Dreams'

Teringat pula kisah sebuah kota usang yang pernah diceritakan oleh seorang kawan Rul, 'The City of Broken Dreams', cantik namanya kan, macam sebuah 'movie' pula.. City of Broken Dreams adalah gelaran nama yang diberikan kepada 'bandar tinggal' Kadykchan..

Kisah Chernobyl, iaitu sebuah kota yang gah dan kini ditinggalkan tanpa berpenghuni, antara cerita popular bila menyebut mengenai 'kota usang' atau kadang disebut 'bandar berhantu'... dengan tak dijangka, tragedi kebocoran radiasi yang tinggi di Chernobyl telah mengorbankan banyak nyawa, membawa sengsara seumur hidup kepada sebahagian yang lain, dan mangsa radiasi yang lainnya telah berpindah ke kawasan yang lebih selamat, dan runtuhlah 'kota berhantu' ini dengan kisah tragisnya...
 tinggalan pengankutan yang dipenuhi kesan radiasi di Chernobyl

Bagaimana pula kisah disebalik 'matinya' Kadykchan tidak berpenghuni, dan banyak lagi 'bandar tinggal' yang lainnya di muka bumi ini, semuanya mempunyai kisah mereka sendiri.. Kadykchan, yang dulunya sebuah bandar perlombongan, terletak di lembah sungai Ayan-Yuryakh mempunyai sekitar 6000 ribu penduduk, dan populasinya semakin berkurang dari tahun ke tahun sehinggalah ke angka '0'..

 The City of Broken Dreams, sebuah lembah yang diteroka dan dibangunkan secara 'paksa', dengan mengerahkan tenaga tahanan perang GULAG pada era Perang Dunia ke-2.. kaya dengan sumber arang batu dan lembah ini dipenuhi dengan lombong-lombong yang mana kedalaman lombong pada ketika itu mencecah 400 meter ke dalam perut bumi... Peristiwa letupan lombong sehingga mengorbankan beberapa nyawa juga pernah berlaku di Kadykchan..
 
Banyak lagi cerita mengenai Kadykchan, cukup la Rul menulis secara ringkas mengenai Kadykchan... sekarang Rul terfikir, apakah sebuah bandar yang walau sehebat mana pun teknologi dan pembangunannya, jika tiba masa untuk 'tenggelam', pasti tetap akan 'tenggelam' dan 'runtuh ranap' ditelan peredaran zaman...


p/s : Rul turut tertarik dengan bandar-bandar 'berhantu' yang lain, sejarah disebalik ceritanya amat menarik untuk diselami..

Esok exam, "last-minute study"

Salam... minggu ni exam week bagi Rul dan kawan-kawan sekelas yang lain, 'mid-term examination".. Macam biasa, bila nak exam ni, kena la study lebih sikit kan, 'lebih' macam mana tu terpulang la kan.. :) asalkan study la jugak, jangan tak study langsung, tunjukkan sikit usaha untuk dapat result yang terbaik nanti..

Malas ?? Problems ?? Tension ?? Pressure ?? etc. semua mood-mood ni akan datang bila tengah 'semangat' nak study.. :) BTW, mood apa pun yang datang, cuba la untuk study jugak, ye la kan, ilmu kat dada 'plus' ilmu yang kat dalam kepala ni tak banyak mana pun, lain la memang student-student 'elit' dan 'cemerlang', memang tahap genius, tak perlu study pun, confirm-confirm boleh jawab exam..ha3..

OK la, nak jugak Rul kongsi 'strategi' bila dalam situasi last-minute study.. First simple step, switch-off phone, sign-out Facebook etc., gangguan-gangguan ni la mungkin jadi reason yang selalu mengganggu bila kita sedang study atau baru hendak mula study/doing revision...
Second, mesti la kena fokus, jangan baru study 5 minit sudah mula 'give up' yakni menyerah kalah dan mula berputus asa... dalam English disebut 'cramming for study', ini bermaksud study/revision apa yang perlu dan hafal/ingat mengikut logik akal.. kaitkan sesuatu dengan sesuatu yang lain agar lebih mudah untuk diingat... last-minute study memang nampak berat tapi ia berkesan especially buat student Universiti/IPT...

Bila study, jangan la die-hard sangat, cari ruang masa untuk rehat, just around 5 minutes rehat pun dah cukup kalau study kurang dari 1 jam... nak rehat 30 minit atau lebih memang tak digalakkan la, 'because it's too late', kita kan sekarang dalam situasi last-minute study atau pun 'study ekspress'...

Next, kita boleh catatkan nota ringkas, mana isi-isi yang penting, buat 'mind map' pun OK, lagi bagus... Ambil nota-nota yang penting terlebih dahulu dan kemudiankan mana-mana yang mungkin kurang penting... dan fokus lebih pada 'something' yang kita kurang faham dan buat sedikit revision tentang apa yang kita dah faham atau 'expert'..
OK, bila 'semangat' sangat study tu, jangan pula lupa tidur... tidur tu penting, kalau rasa tak boleh nak tidur lama-lama, tidur sekejap pun OK la, cari tidur yang 'berkualiti'... badan pun perlu rehat, nanti esok tak ada tenaga, mata pun kuyu.. :) Lain la kalau ada 'superpower', tak tidur pun still 'hyperactive'...
Examination memang penting, tapi kesihatan badan penting juga, pandai-pandai la buat time management, guna dan urus masa dengan baik... Berdoa agar segala dipermudahkan, usaha sudah ada, bertawakal agar dapat yang terbaik...

p/s : Study sampai mata lebam, tak tidur malam la ni... Lain kali, study dan prepare awal-awal, tak ada la kelam-kabut nak 'last-minute study'..he2..:)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Jewish Cemetery Penang

Ni entry ala-ala sejarah sikit, baca jangan sampai mengantuk ye, asal sejarah je mengantuk, sejarah la best...:) OK, 'Jewish Cemetry Penang' atau pun dalam bahasa Melayu 'Perkuburan Yahudi Pulau Pinang'... Ini la satu-satunya tanah perkuburan Yahudi di Malaysia ni, tak ada yang lain dah...
Sebelum tahun 1970, actually ramai juga kaum Yahudi yang tinggal kat Malaysia ni... Yahudi ye!! bukan Israel atau pun Zionis, jangan salah faham... di Pulau Pinang mempunyai hampir 200 penduduk Yahudi sebelum berkurangan sedikit demi sedikit selepas Tanah Melayu 'Merdeka'... majoriti penduduk Yahudi ni datang dari pekerja-pekerja semasa Tanah Melayu di bawah jajahan British..
OK la, di Jewish Cemetry ni terdapat sekitar 70-110 buah kubur, dan satu kubur paling latest dan mungkin yang terakhir adalah pada tahun 1976... tapi kan, ada satu kubur yang mempunyai 'tombstone' bertanda tahun 2011... Mungkin itu la Yahudi dari zaman sebelum Merdeka yang paling last menghuni Malaysia..
Ni cerita dari someone yang tahu serba sedikit tentang perkuburan tu, "ramai pelawat termasuk 'Orang Putih' melawat tempat ni, ada selepas melawat kubur yang tertentu, akan meletakkan batu kerikil bersih di sebelah nisan sebagai tanda peringatan suci, kami tidak tahu siapa pelawat2 itu atau dari mana mereka datang, tetapi seseorang dilihat melutut atau berjalan dengan penuh hormat di seluruh tanah perkuburan"..
Last, Jewish Cemetry Penang ni terletak di Jalan Zainal Abidin, dulu jalan ni dikenali dengan nama Jahudi Road, semua kubur disini berbentuk sama seperti kubur-kubur Yahudi di negara Israel... dan Yahudi wujud di Malaysia atau Tanah Melayu ni sejak adanya Lembah Bujang lagi... semak buku sejarah ye apa tu Lembah Bujang.. :)

p/s : Yahudi tu kaum, boleh ada di mana-mana je, macam Melayu la, Melayu pun wujud di merata tempat macam Sri Lanka, Seychelles, Surinam, South Africa dan banyak tempat lain lagi la..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Wujud rupanya, Believe It or Not

Time ada masa free Rul rajin la buat 'research' sikit2, boleh tambah pengetahuan kan.. Tekan sana, tekan sini, Rul jumpa word-word yang panjang dan pelik ni... Wujud rupanya, tak tahu la pulak ada word yang macam ni, mungkin Rul sorang je yang tak tahu kot, padahal korang dah tahu sejak azali lagi...

First, cuba sebut word ni, Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis.. OK, lidah Rul dah terbelit nak menyebut benda ni... actually, ini la word yang paling panjang dalam English.. kalau word yang ada bunyi 'sis sis' kat ni mungkin kita dah boleh agak, mesti ada kaitan dengan something yang saintifik ataupun nama sejenis penyakit atau ubat... rujuk wikipedia arr.. "Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis is, according to the Oxford English Dictionary is a word alleged to mean a lung disease caused by the inhalation of very fine silica dust, causing inflammation in the lungs"... faham??..

Second sebut word ni Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch.. errr, apa pulak ni, lagi susah nak menyebut... singkatan Llanfair Pwllgwyngyll, ini adalah sebuah perkampungan komuniti penduduk Pulau Anglesey di Wales... hebat betul la nama kampung ni... Officially, ni la tempat dengan nama yang paling panjang...

Tapi kan, unofficially ada lagi tempat di New Zealand yang namanya lebih panjang... Taumatawhakatangihangaoauauotameteaturipukakpikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu, ha3, ni lagi panjang kan... sebut la macam mana nak sebut pun... tentu ada reason dan sejarah tersendiri yang membuatkan tempat-tempat tersebut dinamakan macam tu... ;)

p/s : banyak lagi fakta yang Rul tahu, semua pelik-pelik.. dunia ni kan luas, seribu macam benda ada...
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Taiping Bandar Warisan , makan angin

Sesuai dan seindah namanya, Taiping Bandar Warisan, memang penuh dengan warisan sejarah lama.. kali ni Rul bercuti bersama family ke Taiping.. Taiping?? yea, sini la tempat Rul dilahirkan, tak jauh pun nak pergi Taiping ni, kalau dari rumah family Rul, dalam 40 minit sampai la.. Kenapa bercuti di Taiping?? dekat sangat kan.. Tak salah kan, lagi pun dah 20 tahun Rul hidup, belum habis lagi tour kat Taiping ni, luas kot Taiping.. :)

OK, first day check-in kat rumah sepupu, 3 family kumpul sebelum start pusing2 Taiping.. fuyoo..seriously unik, tour kat tempat sendiri, kalau tempat sendiri tak habis pusing, rugi la, boleh 'sesat' nanti, time untuk 'mengkaji' apa yang menarik kat hometown sendiri ni, Taiping..
3 family dah kumpul, semua 13 orang, kita boleh start tour dah ni.. First sekali mesti la cari tempat makan kan, off course la, mana boleh tak makan, nanti tak ada tenaga la nak jalan2 kan.. :) ..OK, kalau di pekan Taiping ni yang paling famous restoran DOLI la.. plan nak pergi makan situ, untung rezeki dapat ke tak belum tahu lagi.. OK, musim cuti kan, ramai betul orang kat restoran DOLI ni, meja pun penuh, melepas la nak rasa Kueytiow Doli yang famous tu, takpe la, kita cari tempat lain.. :)

Makan pun sudah, lepas solat maghrib, plan nak pergi mana?? err, OK set, Jeti kelip-kelip Kampung Dew, tempat ni memang awesome kot, boleh naik bot tour muara sungai sambil tengok kelip-kelip.. Tahu apa kelip-kelip tu?? nama lain 'serangga' tu kunang-kunang'.. Macam biasa la, musim cuti kan, ramai orang, bot sewa penuh.. :(.. kecewa+sedih tak berlagu la.. Bot lain ada, tapi tak ada safety macam jaket keselamatan tu, "jangan naik bot tu, jadi apa2 nanti susah"..
OK, DOLI dan kunang-kunang dah 'terbang melayang'.. plan B pulak, pergi pusing-pusing Taiping Lake Garden, malam-malam 'cambest'.. then kita pergi pulak ke Kolam Air Panas Trong, lama dah tak main air panas original ni.. Macam biasa, orang Taiping kan, kita redah je jalan mana pun, mesti sampai punya.. dari Taiping ke kolam air panas ni tak jauh sangat la..

Pukul 11 sampai di Kolam Air Panas Trong, satu family pergi serbu masuk, jom2 kita rendam kaki, nak mandi malas pulak, rendam kaki pun OK.. Lama jugak rehat2 kat sini, buat macam kolam sendiri pulak.. :).. BTW, air memang panas sangat tapi tak akan melecur la, jangan risau.. Panas tapi best, panas tu la yang boleh sembuhkan certain penyakit, seriously..
Second day, dah plan awal-awal untuk bangun awal pagi, bertolak selepas subuh.. semua plan je la kan, selalunya lari sikit dari plan awal.. ;).. 3 buah kereta bergerak ke kaki Bukit Larut atau nama lain Maxwell Hill... sejarah ringkas Bukit Larut, "It was founded in 1884 by William Edward Maxwell, the British Assistant Resident of Perak. Perched at 1250m above sea level, it is the wettest place in Malaysia".. Nak ke puncak bukit Larut yang sayup2 tinggi tu ada dua choice la, boleh naik jeep (pacuan 4 roda) yang disediakan atau pun boleh hiking sendiri ikut trek, ala2 jungle trekking la..
"Maaf tiket habis".. he3 melepas lagi.. tapi memang dari awal dah tahu dah, kalau lambat booking tiket jeep, memang tak ada la chance, macam tak biasa.. tak pe la, kita trekking kat kaki bukit je la, nak hiking sampai atas memang tak la.. Rezeki nak sampai ke puncak tak ada, tak apa la, lain kali boleh datang lagi, dekat je pun..

Breakfast then kita gerak ke Port Weld, Kuala Sepetang.. sini kita pergi melawat ke Kota Ngah Ibrahim, warisan sejarah ni, tak percaya tengok balik dalam buku teks Sejarah sekolah menengah.. BTW, kota lama ni memang 'berhantu' sikit la, guard situ yang cakap.. So, jaga la tingkah laku kalau nak ke sini, jangan buat benda tak elok, nanti ada yang 'mengikut'... Sini juga ditempatkan makam Ngah Ibrahim yang disemadikan semula pada tahun 2007 rasanya, sebelum ni jasad Ngah Ibrahim disemadikan di Singapura..
dalam Penjara Dato Sagor, Kota Ngah Ibrahim

Next pit stop, Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang, sampai je sini dah dapat bau pokok bakau ni, tahu sangat la, sebab bau something macam tu selalunya di muara sungai... Masuk situ, pusing2 kat trek jalan kaki dalam hutan paya bakau, unik akar pokok bakau ni... Bot sewa untuk menyusuri sungai ni tutup untuk penyelenggaraan, so tak ada rezeki, main2 kat jeti la.. Ada ikan belacak, ikan yang boleh hidup 2 alam tu...
Port Weld ni famous dengan Mee Udang Banjir.. tahu tak???, alaa yang selalu keluar TV tu... Yang famous restoran Mee Udang Mak Jah dan Mee Udang Mak Teh.. OK, kita pergi mee udang Mak Jah... fuyoo seriously, memang ramai orang, kena tunggu giliran untuk dapatkan meja.. Dah dapat meja, order la, Rul pilih nasi goreng udang, Rul tak nak makan mee.. :).. Seperti biasa, udang memang 'banjir', banyak udang dari nasi, banyak udang dari mee.. seriously..ha2..
Makan sudah, solat pun sudah,.. 2 hari je tour, petang tu sebelum balik, singgah di Lake Garden lagi, lama dah tak naik bot di Taman Tasik Taiping ni.. 8 orang decide nak naik swan boat, satu swan boat yang kayuh-kayuh tu RM10 kalau tak silap.. seriously happening naik swan boat, siap main lumba-lumba lagi.. ha2.. OK, tour end.. ;)

p/s : lahir kat Taiping, tapi kalau tak pernah pusing2 kat tempat sendiri ni, pe cer!!.. ni la real 'destinasi bajet'.. :)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Twitter yang 'cambest'

Salam, ni entry pertama yang Rul tulis selepas 8 bulan tak update blog.. Reason tak update blog??, Rul sorang je yang tahu, he2.. BTW, dulu Rul pernah cakap yang tak akan buka atau tulis entry baru dalam blog ni dah, tapi Rul dah 'mungkir janji', nampak sangat Rul tak boleh tepati janji, he2.. Takpe la, memang Rul minat menulis pun.. Dah start tulis entry ni, then lepas ni akan ada la entry2 baru yang lain.. "Yeaa, i'm back dunia blogging".. Untuk entry ni dan next2 entry, Rul tulis santai2 je la, sbelum ni Rul 'skema' sikit menulis, 'baku habis'.. :)

Entry ni Rul just nak inform yang Rul dan 'comeback' dalam dunia blogging, fuyoo 'comeback', ala2 K-pop la derr.. dan Rul nak kongsi link twitter Rul jugak.. Twitter ni 'cambest', seriously.. entah la, nampak simple je twitter ni, tak complicated atau variety macam Facebook.. 'Just simple'.. Hari2 la Rul online twitter untuk ber'tweet2'.. Tweet dengan artis, terasa macam retiss la jugak kan..ha2.. BTW, memang best la tweet ni, memang la terlalu open dan kurang privacy, tapi yang tu la best, semua cakap berlapik je, 'baik sangat'.. ;)
Layout twitter

Walaupun tak ramai kawan lagi di twitter, still seronok la, ada la 2-3 orang kawan pun dah OK dah, at least tak sembang sorang2.. ;) Twitter unik kot, sebab ada 'trending', kita boleh tahu apa yang tengah top sekarang, apa yang paling banyak di'tweet'kan.. ada mention ala2 Facebook, tapi mention di twitter ni lebih 'bermakna' dari mention di Facebook, something different.. arrr, ada hasttag juga, ni yang paling awesome, tahu hashtag?? arr, macam mana nak explain ni, faham2 je la sendiri hashtag tu apa dia.. :)..

Kalau di Facebook, kita kenal Mark Zuckenberg, famous la derr, mesti la kan, dia kan founder Facebook.. di Twitter siapa lak??.. yang ni Rul wat research sikit, nak jugak kenal siapa founder Twitter ni, OK, google memang awesome, result search untuk founder Twitter di google adalah Jack Dorsey.. OK, set dalam kepala, nama Jack Dorsey lak ganti Mark Zuckenberg..ha2.. macam la tak ada nama lain nak diingat..
Jack Dorsey, creator of Twitter

Rul dah addict sikit dengan Twitter ni, ada orang cakap bosan, tapi Rul cakap wallopsome.. 'wallopsome' ni tinggi sikit dari 'awesome', kawan Rul la yang cakap, Rul tiru je sebut 'Wallopsome'.. :) OK la, ni link untuk twitter Rul, selamat berkenalan ye Twitter.. https://twitter.com/#!/al_azrul

p/s : rindu betul dengan blogging ni, 8 bulan derr tak update, lama tu.. 'excited'..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com