Jewish Cemetery Penang

Ni entry ala-ala sejarah sikit, baca jangan sampai mengantuk ye, asal sejarah je mengantuk, sejarah la best...:) OK, 'Jewish Cemetry Penang' atau pun dalam bahasa Melayu 'Perkuburan Yahudi Pulau Pinang'... Ini la satu-satunya tanah perkuburan Yahudi di Malaysia ni, tak ada yang lain dah...
Sebelum tahun 1970, actually ramai juga kaum Yahudi yang tinggal kat Malaysia ni... Yahudi ye!! bukan Israel atau pun Zionis, jangan salah faham... di Pulau Pinang mempunyai hampir 200 penduduk Yahudi sebelum berkurangan sedikit demi sedikit selepas Tanah Melayu 'Merdeka'... majoriti penduduk Yahudi ni datang dari pekerja-pekerja semasa Tanah Melayu di bawah jajahan British..
OK la, di Jewish Cemetry ni terdapat sekitar 70-110 buah kubur, dan satu kubur paling latest dan mungkin yang terakhir adalah pada tahun 1976... tapi kan, ada satu kubur yang mempunyai 'tombstone' bertanda tahun 2011... Mungkin itu la Yahudi dari zaman sebelum Merdeka yang paling last menghuni Malaysia..
Ni cerita dari someone yang tahu serba sedikit tentang perkuburan tu, "ramai pelawat termasuk 'Orang Putih' melawat tempat ni, ada selepas melawat kubur yang tertentu, akan meletakkan batu kerikil bersih di sebelah nisan sebagai tanda peringatan suci, kami tidak tahu siapa pelawat2 itu atau dari mana mereka datang, tetapi seseorang dilihat melutut atau berjalan dengan penuh hormat di seluruh tanah perkuburan"..
Last, Jewish Cemetry Penang ni terletak di Jalan Zainal Abidin, dulu jalan ni dikenali dengan nama Jahudi Road, semua kubur disini berbentuk sama seperti kubur-kubur Yahudi di negara Israel... dan Yahudi wujud di Malaysia atau Tanah Melayu ni sejak adanya Lembah Bujang lagi... semak buku sejarah ye apa tu Lembah Bujang.. :)

p/s : Yahudi tu kaum, boleh ada di mana-mana je, macam Melayu la, Melayu pun wujud di merata tempat macam Sri Lanka, Seychelles, Surinam, South Africa dan banyak tempat lain lagi la..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

9 comments:

luqman zakaria said...

secara ikhlasnya tengok gambar..jerp...saya x suke baca sejarah! muahahaha~ peace..jgn marah~

AL AZRUL said...

tengok gambar pun kira ok la.. kira minat sejarah jgk tu..ha2

nabByla said...

huiyoo ada cikgu sejarah la kat sini... jgn risau bella baca jugak even tak minat sejarah. :)

mr.syazwan said...

saya sama macam luqman.. hahaha

berinformasi :)

M Fizan said...

haaa.. yahudi takpe lagi.. nanti nak pergi tengok-tengok.. hewhew

M Fizan said...

haaa.. yahudi takpe lagi.. nanti nak pergi tengok-tengok.. hewhew

Shazana Samaluddin said...

warh, tak pernah tau kewujudan tempat ni.

Aisyah Qaisyiah said...

aik..perkuburan yahudi pun ada d m'sia ka...baru pula sy tau..ermmm

Anonymous said...

Yahudi bukan bangsa tapi agama...klu Israel baru bangsa