Menjejak kota usang 'City of Broken Dreams'

Teringat pula kisah sebuah kota usang yang pernah diceritakan oleh seorang kawan Rul, 'The City of Broken Dreams', cantik namanya kan, macam sebuah 'movie' pula.. City of Broken Dreams adalah gelaran nama yang diberikan kepada 'bandar tinggal' Kadykchan..

Kisah Chernobyl, iaitu sebuah kota yang gah dan kini ditinggalkan tanpa berpenghuni, antara cerita popular bila menyebut mengenai 'kota usang' atau kadang disebut 'bandar berhantu'... dengan tak dijangka, tragedi kebocoran radiasi yang tinggi di Chernobyl telah mengorbankan banyak nyawa, membawa sengsara seumur hidup kepada sebahagian yang lain, dan mangsa radiasi yang lainnya telah berpindah ke kawasan yang lebih selamat, dan runtuhlah 'kota berhantu' ini dengan kisah tragisnya...
 tinggalan pengankutan yang dipenuhi kesan radiasi di Chernobyl

Bagaimana pula kisah disebalik 'matinya' Kadykchan tidak berpenghuni, dan banyak lagi 'bandar tinggal' yang lainnya di muka bumi ini, semuanya mempunyai kisah mereka sendiri.. Kadykchan, yang dulunya sebuah bandar perlombongan, terletak di lembah sungai Ayan-Yuryakh mempunyai sekitar 6000 ribu penduduk, dan populasinya semakin berkurang dari tahun ke tahun sehinggalah ke angka '0'..

 The City of Broken Dreams, sebuah lembah yang diteroka dan dibangunkan secara 'paksa', dengan mengerahkan tenaga tahanan perang GULAG pada era Perang Dunia ke-2.. kaya dengan sumber arang batu dan lembah ini dipenuhi dengan lombong-lombong yang mana kedalaman lombong pada ketika itu mencecah 400 meter ke dalam perut bumi... Peristiwa letupan lombong sehingga mengorbankan beberapa nyawa juga pernah berlaku di Kadykchan..
 
Banyak lagi cerita mengenai Kadykchan, cukup la Rul menulis secara ringkas mengenai Kadykchan... sekarang Rul terfikir, apakah sebuah bandar yang walau sehebat mana pun teknologi dan pembangunannya, jika tiba masa untuk 'tenggelam', pasti tetap akan 'tenggelam' dan 'runtuh ranap' ditelan peredaran zaman...


p/s : Rul turut tertarik dengan bandar-bandar 'berhantu' yang lain, sejarah disebalik ceritanya amat menarik untuk diselami..

1 comment:

nabByla said...

minat betul ek ngn sejarah? hehe.... :)