Taiping Bandar Warisan , makan angin

Sesuai dan seindah namanya, Taiping Bandar Warisan, memang penuh dengan warisan sejarah lama.. kali ni Rul bercuti bersama family ke Taiping.. Taiping?? yea, sini la tempat Rul dilahirkan, tak jauh pun nak pergi Taiping ni, kalau dari rumah family Rul, dalam 40 minit sampai la.. Kenapa bercuti di Taiping?? dekat sangat kan.. Tak salah kan, lagi pun dah 20 tahun Rul hidup, belum habis lagi tour kat Taiping ni, luas kot Taiping.. :)

OK, first day check-in kat rumah sepupu, 3 family kumpul sebelum start pusing2 Taiping.. fuyoo..seriously unik, tour kat tempat sendiri, kalau tempat sendiri tak habis pusing, rugi la, boleh 'sesat' nanti, time untuk 'mengkaji' apa yang menarik kat hometown sendiri ni, Taiping..
3 family dah kumpul, semua 13 orang, kita boleh start tour dah ni.. First sekali mesti la cari tempat makan kan, off course la, mana boleh tak makan, nanti tak ada tenaga la nak jalan2 kan.. :) ..OK, kalau di pekan Taiping ni yang paling famous restoran DOLI la.. plan nak pergi makan situ, untung rezeki dapat ke tak belum tahu lagi.. OK, musim cuti kan, ramai betul orang kat restoran DOLI ni, meja pun penuh, melepas la nak rasa Kueytiow Doli yang famous tu, takpe la, kita cari tempat lain.. :)

Makan pun sudah, lepas solat maghrib, plan nak pergi mana?? err, OK set, Jeti kelip-kelip Kampung Dew, tempat ni memang awesome kot, boleh naik bot tour muara sungai sambil tengok kelip-kelip.. Tahu apa kelip-kelip tu?? nama lain 'serangga' tu kunang-kunang'.. Macam biasa la, musim cuti kan, ramai orang, bot sewa penuh.. :(.. kecewa+sedih tak berlagu la.. Bot lain ada, tapi tak ada safety macam jaket keselamatan tu, "jangan naik bot tu, jadi apa2 nanti susah"..
OK, DOLI dan kunang-kunang dah 'terbang melayang'.. plan B pulak, pergi pusing-pusing Taiping Lake Garden, malam-malam 'cambest'.. then kita pergi pulak ke Kolam Air Panas Trong, lama dah tak main air panas original ni.. Macam biasa, orang Taiping kan, kita redah je jalan mana pun, mesti sampai punya.. dari Taiping ke kolam air panas ni tak jauh sangat la..

Pukul 11 sampai di Kolam Air Panas Trong, satu family pergi serbu masuk, jom2 kita rendam kaki, nak mandi malas pulak, rendam kaki pun OK.. Lama jugak rehat2 kat sini, buat macam kolam sendiri pulak.. :).. BTW, air memang panas sangat tapi tak akan melecur la, jangan risau.. Panas tapi best, panas tu la yang boleh sembuhkan certain penyakit, seriously..
Second day, dah plan awal-awal untuk bangun awal pagi, bertolak selepas subuh.. semua plan je la kan, selalunya lari sikit dari plan awal.. ;).. 3 buah kereta bergerak ke kaki Bukit Larut atau nama lain Maxwell Hill... sejarah ringkas Bukit Larut, "It was founded in 1884 by William Edward Maxwell, the British Assistant Resident of Perak. Perched at 1250m above sea level, it is the wettest place in Malaysia".. Nak ke puncak bukit Larut yang sayup2 tinggi tu ada dua choice la, boleh naik jeep (pacuan 4 roda) yang disediakan atau pun boleh hiking sendiri ikut trek, ala2 jungle trekking la..
"Maaf tiket habis".. he3 melepas lagi.. tapi memang dari awal dah tahu dah, kalau lambat booking tiket jeep, memang tak ada la chance, macam tak biasa.. tak pe la, kita trekking kat kaki bukit je la, nak hiking sampai atas memang tak la.. Rezeki nak sampai ke puncak tak ada, tak apa la, lain kali boleh datang lagi, dekat je pun..

Breakfast then kita gerak ke Port Weld, Kuala Sepetang.. sini kita pergi melawat ke Kota Ngah Ibrahim, warisan sejarah ni, tak percaya tengok balik dalam buku teks Sejarah sekolah menengah.. BTW, kota lama ni memang 'berhantu' sikit la, guard situ yang cakap.. So, jaga la tingkah laku kalau nak ke sini, jangan buat benda tak elok, nanti ada yang 'mengikut'... Sini juga ditempatkan makam Ngah Ibrahim yang disemadikan semula pada tahun 2007 rasanya, sebelum ni jasad Ngah Ibrahim disemadikan di Singapura..
dalam Penjara Dato Sagor, Kota Ngah Ibrahim

Next pit stop, Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang, sampai je sini dah dapat bau pokok bakau ni, tahu sangat la, sebab bau something macam tu selalunya di muara sungai... Masuk situ, pusing2 kat trek jalan kaki dalam hutan paya bakau, unik akar pokok bakau ni... Bot sewa untuk menyusuri sungai ni tutup untuk penyelenggaraan, so tak ada rezeki, main2 kat jeti la.. Ada ikan belacak, ikan yang boleh hidup 2 alam tu...
Port Weld ni famous dengan Mee Udang Banjir.. tahu tak???, alaa yang selalu keluar TV tu... Yang famous restoran Mee Udang Mak Jah dan Mee Udang Mak Teh.. OK, kita pergi mee udang Mak Jah... fuyoo seriously, memang ramai orang, kena tunggu giliran untuk dapatkan meja.. Dah dapat meja, order la, Rul pilih nasi goreng udang, Rul tak nak makan mee.. :).. Seperti biasa, udang memang 'banjir', banyak udang dari nasi, banyak udang dari mee.. seriously..ha2..
Makan sudah, solat pun sudah,.. 2 hari je tour, petang tu sebelum balik, singgah di Lake Garden lagi, lama dah tak naik bot di Taman Tasik Taiping ni.. 8 orang decide nak naik swan boat, satu swan boat yang kayuh-kayuh tu RM10 kalau tak silap.. seriously happening naik swan boat, siap main lumba-lumba lagi.. ha2.. OK, tour end.. ;)

p/s : lahir kat Taiping, tapi kalau tak pernah pusing2 kat tempat sendiri ni, pe cer!!.. ni la real 'destinasi bajet'.. :)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

2 comments:

♔Lady Ainaa♔ said...

huaaaa taiping ma kg... lame xbalik taiping rindunyewww.. bestnyew!!! jeles2

hyemynameisrasyid said...

a'ar la.,best betol kan tepeng ni.,lama jgk x blik sana.,apa la dh jadi agak nya., sejak nikah org luar ni, mmg lama dh x jejak kaki kt sana.,haish.,