Draw Something vs UNO Boost

Bosan? Boring? atau lain-lain yang sama maksud dengan "tak tahu nak buat apa" bila ada 'masa free'!.. Ye la, kadang-kadang rasa juga macam tu, rasa 'free' sangat, banyak pula la kan masa 'free'.. bila banyak 'sangat' masa tu, "so, kita enjoy", macam Nora Danish cakap macam dalam sitkom Puteri.. ;)
OK, Rul sekarang tengah 'excited' sangat dengan game Draw Something, tapi bukan untuk 'phone version', kali ni versi Facebook.. Ye Facebook, tahu kan apa maksud Facebook, yakni 'Muka Buku' / FB.. Kalau versi phone game ni nama Draw Something, untuk versi Facebook ada tukar sikit, dipanggil Draw My Thing.. tukar sikit je nama tu, tapi bunyi sebutan macam lebih kurang sama..

Untuk info la kan, Rul bukan la 'kaki game' atau gamer, kadang-kadang layan juga 'game' ni, sekali-sekala jadi kanak-kanak sikit.. Lagi pun, game bukan untuk 'budak kecik' je, orang 'tua' pun main apa..:) Tapi kan, Draw Something ni memang best la, mungkin ada yang cakap game ni bosan, tapi bagi Rul, Draw Something memang 'wallopsome'..
 Draw My Thing

Facebook dah beli game Draw Something ni dari founder asal, entah berapa 'million' la Mark Zuckenberg tu bayar, sebab tu sekarang Draw Something 'wujud' di Facebook.. Versi Facebook lain sikit dari versi asal, lain sikit je tak banyak sangat perubahan..

Dulu kan sebelum wujud Draw My Thing, Rul pernah juga la kan 'addicted' pada game di Facebook.. corak game sama, yakni bermain secara 'online' dengan 'user-user' Facebook yang lain.. Game yang Rul maksudkan adalah UNO Boost / UNO Beta.. game ni sama la macam game kad UNO tu tapi versi 'online'..
 UNO Boost

Mana yang best antara UNO Boost dengan Draw My Thing? jawapan Rul, dua-dua pun best sebab mampu menguji minda sambil bermain.. kalau UNO Boost perlukan strategi yang baik, Draw My Thing pula kena bijak berteka-teki dan pandai melukis, actually tak pandai melukis pun tak apa, asalkan lukisan tu 'wujud', nama pun 'draw something'.. "Rul tak pandai pun melukis,OK je"..

p/s : Main-main juga, tapi belajar jangan lupa, dan ibadah jangan tinggal.. tapi ingat, kalau main jangan main-main..;) Korang 'cuba try test' main tengok game ni macam mana.. link UNO / DrawMyThing

Kembar Qarin 'entiti' pendamping

Kembar?? ya, yang begitu setia mengikut ke mana-mana saja, sejak lahir dan bawa hingga ke akhir nyawa, dia akan tetap dan tak pernah jemu untuk 'follow' jiwa kerdil ni.. kalau sekadar 'mengikut' tak apa lagi, tapi ditambah dengan 'menghasut', menghasut ke arah yang baik atau jahat, itu terpulang..

Ya, setiap manusia mempunyai kembar atau Qarin masing-masing, seperti satu hadis (Riwayat Ahmad dan Muslim) yang menyebut, -sabda Rasulullah saw. daripada Abdullah Mas'ud ra. maksudnya, "setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya, "engkau juga ya Rasulullah", sabdanya, "Ya aku juga ada, tetapi Allah swt. telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja"..
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah swt. untuk kekal mendampingi manusia, boleh dikatakan ia sebagai 'kembar' manusia.. setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini pasti akan ada Qarinnya sendiri.. Rasulullah saw. sendiri pun tidak terkecuali, seperti disebut dalam hadis, cuma bezanya, Qarin Rasulullah saw. adalah satu-satunya Qarin yang memeluk Islam, manakala yang lainnya adalah kafir..

Mungkin korang pernah tengok drama-drama di TV, atau pun filem-filem yang bercorak Islamik atau penginsafan, pasti pernah ada 2 bayangan 'penghasut', satunya seperti syaitan yang amat jahat, dan satunya berwajah baik yang menyeru ke arah kebenaran.. Mungkin itulah gambaran Qarin, berwajah sama seperti kita, kerana ia adalah 'kembar' kita yang kita tidak tahu..

Qarin ini benar wujud, disebut juga dalam hadis-hadis lain, Riwayat Baihaqidan Riwayat Muslim, Aishah ra. juga pernah bertanya kepada Rasulullah saw. mengenai hal ini.. seperti juga Ibn Muflih al-Muqaddasi yang bercerita menganai hal yang sama.. di dalam al-Quran, surah Az-Zukhruf 43:36 menjelaskan tentang adanya Qarin..
So, kuatkanlah diri, untuk kekal melawan nafsu hasutan jahat, carilah kebaikan agar kita kekal dalam rahmatNya, insyaallah.. kerna Qarin ini akan kekal bersama kita 'kembarnya' hingga kita meninggal dunia, terpisah kita dengan 'kembar' ini sehingga dipertemukan semula di Akhirat kelak untuk diadili Syurga atau Neraka, dan Qarin ini akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.. Wallahua'lam..

maaf kalau ada kekhilafan, Qarin / Siapakah Qarin

p/s : Qarin hanya sebagai satu 'entiti' lain, tepuk dada tanya selera, mana letaknya diri kita, mana kita mahukan, baik atau buruk.. semuanya bergantung betapa kuatnya kita melawan nafsu..

Hatsune Miku popular 'tanpa' jasad

Dari tadi MP3 ni asyik mainkan lagu-lagu Inggeris, satu lagu ke lagu yang lain.. sampai rasa 'bosan', tukar la ke folder lagu ala-ala techno pulak, yang special bila time lagu nyanyian Hatsune Miku.. kenal tak siapa Hatsune Miku ni??.. Hatsune Miku boleh dianggap popular kerana mempunyai peminat/pengikut/fanatik yang berjuta-juta orang di seluruh dunia, mungkin lebih ramai dari Justin Bieber??..
Kenapa Hatsune Miku 'special', ye la, penyanyi atau penghibur ni tidak mempunyai 'jasad', senang cerita dia bukan manusia la, hantu pun bukan.. So, siapa Hatsune Miku ni??.. OK, simple biodata, Hatsune Miku umur 16 tahun (kekal 16 tahun dan takkan tua/muda), lahir 31 Ogos, tinggi 158cm dan berat 42kg..Genre nyanyian pop/dance, dan Hatsune mempunyai hampir 70 buah lagu (kalau tak silap)..
Hatsune Miku adalah watak penyanyi yang dicipta menggunakan 'software' mesin nyanyian synthesizer.. 'Synthesizer machine' ni adalah software Vocaloid, yakni sejenis software yang mampu mencipta muzik secara automatik bila kita memasukkan lirik dan kod-kod lagu.. Vocaloid akan secara 'auto' menghasilkan sebuah 'lagu'.. Kalau nak tahu 'banyak' lagi tentang ni, cuba la 'search', Rul tak nak membebel panjang..:)

Terciptanya Hatsune Miku, yakni satu watak fantasi yang kelihatan seolah penyanyi 'real' apabila bukan kita hanya mampu mendengar muzik dan suara 'robot'nya, malah ditambah pula dengan hologram yang mampu menari dan membuat aksi yang menghiburkan sebagai seorang 'artis'..
2-3 bulan yang lepas, Rul ingat lagi artikel berita mengenai konsert LIVE Hatsune Miku di Jepun, ajaibnya semua tiket 4 siri jelajah 'sold out', hampir 10 ribu peminat Hatsune Miku hadir bagi merasai sendiri konsert Digital Diva Hatsune Miku di Tokyo.. Hebat kan, 'awesome' malah mungkin kehebatan Hatsune Miku setanding 'manusia hidup'..
Kalau dengar nama Hatsune Miku pun, kita sudah boleh agak dari mana 'idea' ini berasal, sudah tentu la Jepun kan.. Negara Matahari Terbit ni memang terkenal dengan teknologi-teknologi canggih dan 'pelik'.. Kenmochi Hideki, orang penting yang menjadi pengasas kepada Hatsune Miku..

 p/s : Bukan manusia pun boleh jadi popular, teknologi sekarang macam-macam.. Cuba la search di Youtube video nyanyian Hatsune Miku, terbaik kot!!

Ais turun dari langit

Sambil study sambil online, tu la kerja yang selalu dibuat bila jadi 'student U' ni.. sambil Rul online tadi, ada la jumpa satu artikel berita, "Pontian dihujani Ketulan Air Batu", ni mesti kes 'hujan batu' la ni.. Sekarang ni musim hujan macam dah tak menentu, kalau dulu boleh agak dah hujung tahun mesti musim hujan yakni musim tengkujuh, masa kecik Rul sebut 'keng7ujuh"..:)

OK, title 'entry' ni "ais turun dari langit", itu la gambaran kalau berlaku 'hujan batu', seperti ada jutaan ais turun dari langit terus menghentam apa saja atas muka bumi ni.. Kalau dalam bahasa meteorologi disebut hujan Hail, ini berlaku apabila wap air atau awan-awan kumulonimbus berada pada tahap 'freezing level', ni kira dah lepas suhu takat beku la, sebab tu wap air tu transform jadi ais, then turun ke bumi jadi hujan batu..
Rul tulis entry ni bukan nak 'test' jadi cikgu sains atau cikgu geografi ke apa, cuma just teringat masa zaman 90-an dulu, masa tu masih kecik lagi la, Rul dapat tengok dan rasa sendiri hujan batu ni, lebih kurang 2-3 kali jugak la dapat 'main' hujan batu, "best kot!! best ke??, kalau kena sakit, ha3".. Kutip la ais-ais dari hujan tu, tapi sekejap saja dah cair, "kutip je, jangan makan ;)"..

Sekarang ni jarang-jarang la jadi 'hujan batu', sekali-sekala ada dengar berita tentang ni, setahun sekali mungkin.. kalau dulu banyak tempat jugak kat Malaysia ni yang turun hujan batu.. mungkin dulu cuaca sekitar sejuk sikit dari sekarang, zaman dah berubah kan.. ha3, Rul cakap macam dah hidup 60 tahun pulak.. :)
Ais dari hujan batu ni tak la sebesar ais kiub, bentuk ais ni pun macam ais kepal, saiz antara 5mm–50mm, tapi kalau yang besar boleh cecah saiz 6cm, "sakit tu kalau kena, boleh injured teruk", tu la kadang-kadang kita dengar kes ada individu cedera akibat hujan batu, dan harta benda pun boleh rosak teruk.. "Cuba la bayangkan ais besar dan momentum laju tu jatuh dari langit", ('-_-)..
 freezing rain

p/s : Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. ada kes kat luar negara pulak panggil 'freezing rain', hujan yang ni lagi 'stylo', seriously.. yang penting semua ni kuasa Yang Maha Pencipta..