Ais turun dari langit

Sambil study sambil online, tu la kerja yang selalu dibuat bila jadi 'student U' ni.. sambil Rul online tadi, ada la jumpa satu artikel berita, "Pontian dihujani Ketulan Air Batu", ni mesti kes 'hujan batu' la ni.. Sekarang ni musim hujan macam dah tak menentu, kalau dulu boleh agak dah hujung tahun mesti musim hujan yakni musim tengkujuh, masa kecik Rul sebut 'keng7ujuh"..:)

OK, title 'entry' ni "ais turun dari langit", itu la gambaran kalau berlaku 'hujan batu', seperti ada jutaan ais turun dari langit terus menghentam apa saja atas muka bumi ni.. Kalau dalam bahasa meteorologi disebut hujan Hail, ini berlaku apabila wap air atau awan-awan kumulonimbus berada pada tahap 'freezing level', ni kira dah lepas suhu takat beku la, sebab tu wap air tu transform jadi ais, then turun ke bumi jadi hujan batu..
Rul tulis entry ni bukan nak 'test' jadi cikgu sains atau cikgu geografi ke apa, cuma just teringat masa zaman 90-an dulu, masa tu masih kecik lagi la, Rul dapat tengok dan rasa sendiri hujan batu ni, lebih kurang 2-3 kali jugak la dapat 'main' hujan batu, "best kot!! best ke??, kalau kena sakit, ha3".. Kutip la ais-ais dari hujan tu, tapi sekejap saja dah cair, "kutip je, jangan makan ;)"..

Sekarang ni jarang-jarang la jadi 'hujan batu', sekali-sekala ada dengar berita tentang ni, setahun sekali mungkin.. kalau dulu banyak tempat jugak kat Malaysia ni yang turun hujan batu.. mungkin dulu cuaca sekitar sejuk sikit dari sekarang, zaman dah berubah kan.. ha3, Rul cakap macam dah hidup 60 tahun pulak.. :)
Ais dari hujan batu ni tak la sebesar ais kiub, bentuk ais ni pun macam ais kepal, saiz antara 5mm–50mm, tapi kalau yang besar boleh cecah saiz 6cm, "sakit tu kalau kena, boleh injured teruk", tu la kadang-kadang kita dengar kes ada individu cedera akibat hujan batu, dan harta benda pun boleh rosak teruk.. "Cuba la bayangkan ais besar dan momentum laju tu jatuh dari langit", ('-_-)..
 freezing rain

p/s : Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. ada kes kat luar negara pulak panggil 'freezing rain', hujan yang ni lagi 'stylo', seriously.. yang penting semua ni kuasa Yang Maha Pencipta..

5 comments:

Yuyu Ashari said...

dulu time drjh 4, ade skali hujan batu. puas la pikir camne ujan batu tu leh jadi. haha.

yad'z said...

urm, tak pernh rasa pulak hujan batu.. huhu.. kuasa Allah kan. =)

athirah said...

macam mana ye hujan batu tu?ker memang turun berketul2 batu dari langit?


http://athirahshariffudin.blogspot.com/2012/02/syoknye-citer-hindustan-dan-tamil-ni.html

Romeo Laut said...

Erm. Untuk info lebih tepat, lihat bahagian meteorology, bab cloud foundation. Saya belajar asas meteorology, jadi rasanya info yang diberi kurang tepat. Elok semak balik. Cross-reference is better for this topic.

AL AZRUL said...

ye Romeo Laut, kna byk bljr ttg meteorology lgi, wlupun bkn bdg sya.. :)..