Hatsune Miku popular 'tanpa' jasad

Dari tadi MP3 ni asyik mainkan lagu-lagu Inggeris, satu lagu ke lagu yang lain.. sampai rasa 'bosan', tukar la ke folder lagu ala-ala techno pulak, yang special bila time lagu nyanyian Hatsune Miku.. kenal tak siapa Hatsune Miku ni??.. Hatsune Miku boleh dianggap popular kerana mempunyai peminat/pengikut/fanatik yang berjuta-juta orang di seluruh dunia, mungkin lebih ramai dari Justin Bieber??..
Kenapa Hatsune Miku 'special', ye la, penyanyi atau penghibur ni tidak mempunyai 'jasad', senang cerita dia bukan manusia la, hantu pun bukan.. So, siapa Hatsune Miku ni??.. OK, simple biodata, Hatsune Miku umur 16 tahun (kekal 16 tahun dan takkan tua/muda), lahir 31 Ogos, tinggi 158cm dan berat 42kg..Genre nyanyian pop/dance, dan Hatsune mempunyai hampir 70 buah lagu (kalau tak silap)..
Hatsune Miku adalah watak penyanyi yang dicipta menggunakan 'software' mesin nyanyian synthesizer.. 'Synthesizer machine' ni adalah software Vocaloid, yakni sejenis software yang mampu mencipta muzik secara automatik bila kita memasukkan lirik dan kod-kod lagu.. Vocaloid akan secara 'auto' menghasilkan sebuah 'lagu'.. Kalau nak tahu 'banyak' lagi tentang ni, cuba la 'search', Rul tak nak membebel panjang..:)

Terciptanya Hatsune Miku, yakni satu watak fantasi yang kelihatan seolah penyanyi 'real' apabila bukan kita hanya mampu mendengar muzik dan suara 'robot'nya, malah ditambah pula dengan hologram yang mampu menari dan membuat aksi yang menghiburkan sebagai seorang 'artis'..
2-3 bulan yang lepas, Rul ingat lagi artikel berita mengenai konsert LIVE Hatsune Miku di Jepun, ajaibnya semua tiket 4 siri jelajah 'sold out', hampir 10 ribu peminat Hatsune Miku hadir bagi merasai sendiri konsert Digital Diva Hatsune Miku di Tokyo.. Hebat kan, 'awesome' malah mungkin kehebatan Hatsune Miku setanding 'manusia hidup'..
Kalau dengar nama Hatsune Miku pun, kita sudah boleh agak dari mana 'idea' ini berasal, sudah tentu la Jepun kan.. Negara Matahari Terbit ni memang terkenal dengan teknologi-teknologi canggih dan 'pelik'.. Kenmochi Hideki, orang penting yang menjadi pengasas kepada Hatsune Miku..

 p/s : Bukan manusia pun boleh jadi popular, teknologi sekarang macam-macam.. Cuba la search di Youtube video nyanyian Hatsune Miku, terbaik kot!!

6 comments:

Zarith said...

ai..smpai 5 ribu tiket abih jual..hologram je kot..pelik aku ngan Jepun ni

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpernh tau..hihi.

Romeo Laut said...

Benda paling menarik dalam entri anda ialah, watak ini dah sah tidak punya jasad. Tapi, ada berat. Hahahahaha. Saja singgah-singgah blog.

kina said...

sy mempunyai kawan yang fanatik dengan ini karton..
dah xtaw nak wat pe dah..
terlampau fanatik..
hahah..
sampai cakap 2 bini dye..

KyLe Al-Yamani said...

this what we call Virtual Reality.subjek yg aku tgh belajar kt U skunk ni :)

annerina farhany said...

aq peminat hatsune mku...... minat sangat dekat dia...maklum lah aq OTAKU.