Kembar Qarin 'entiti' pendamping

Kembar?? ya, yang begitu setia mengikut ke mana-mana saja, sejak lahir dan bawa hingga ke akhir nyawa, dia akan tetap dan tak pernah jemu untuk 'follow' jiwa kerdil ni.. kalau sekadar 'mengikut' tak apa lagi, tapi ditambah dengan 'menghasut', menghasut ke arah yang baik atau jahat, itu terpulang..

Ya, setiap manusia mempunyai kembar atau Qarin masing-masing, seperti satu hadis (Riwayat Ahmad dan Muslim) yang menyebut, -sabda Rasulullah saw. daripada Abdullah Mas'ud ra. maksudnya, "setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya, "engkau juga ya Rasulullah", sabdanya, "Ya aku juga ada, tetapi Allah swt. telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja"..
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah swt. untuk kekal mendampingi manusia, boleh dikatakan ia sebagai 'kembar' manusia.. setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini pasti akan ada Qarinnya sendiri.. Rasulullah saw. sendiri pun tidak terkecuali, seperti disebut dalam hadis, cuma bezanya, Qarin Rasulullah saw. adalah satu-satunya Qarin yang memeluk Islam, manakala yang lainnya adalah kafir..

Mungkin korang pernah tengok drama-drama di TV, atau pun filem-filem yang bercorak Islamik atau penginsafan, pasti pernah ada 2 bayangan 'penghasut', satunya seperti syaitan yang amat jahat, dan satunya berwajah baik yang menyeru ke arah kebenaran.. Mungkin itulah gambaran Qarin, berwajah sama seperti kita, kerana ia adalah 'kembar' kita yang kita tidak tahu..

Qarin ini benar wujud, disebut juga dalam hadis-hadis lain, Riwayat Baihaqidan Riwayat Muslim, Aishah ra. juga pernah bertanya kepada Rasulullah saw. mengenai hal ini.. seperti juga Ibn Muflih al-Muqaddasi yang bercerita menganai hal yang sama.. di dalam al-Quran, surah Az-Zukhruf 43:36 menjelaskan tentang adanya Qarin..
So, kuatkanlah diri, untuk kekal melawan nafsu hasutan jahat, carilah kebaikan agar kita kekal dalam rahmatNya, insyaallah.. kerna Qarin ini akan kekal bersama kita 'kembarnya' hingga kita meninggal dunia, terpisah kita dengan 'kembar' ini sehingga dipertemukan semula di Akhirat kelak untuk diadili Syurga atau Neraka, dan Qarin ini akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.. Wallahua'lam..

maaf kalau ada kekhilafan, Qarin / Siapakah Qarin

p/s : Qarin hanya sebagai satu 'entiti' lain, tepuk dada tanya selera, mana letaknya diri kita, mana kita mahukan, baik atau buruk.. semuanya bergantung betapa kuatnya kita melawan nafsu..

5 comments:

Zarith said...

apa beza syaitan dengan qarin ya?

LELAKI INI said...

meremang bulu roma plak

c'axoera ヅ said...

errkkkk...terbaca plak citer mcm ni......saya sorang ni kat offc >_<

❤ aQma_maNaF ❤ said...

salam
jemput join contest sye :)
http://aqmadawilyz.blogspot.com/2012/04/jom-join-contest-i-love-my-friends.html

nabByla said...

nice entry ! :]