'Pekan Hantu' Kampung Kepayang

Tajuk entry 'cambest', suka sangat dengan cerita 'hantu-hantu' ni.. OK, Pekan Kampung Kepayang adalah sebuah pekan lama yang wujud sejak tahun 1880 lagi, kiranya pekan kecil ini berusia lebih dari 130 tahun berdasarkan geran kedai yang dimiliki seorang pemilik bangunan kedai di situ.. Rupa keadaan fizikal bangunan dan kawasan sekitar yang kusam, uzur, suram, buruk, terbiar dan menyeramkan itu menyebabkan orang ramai menggelarnya 'pekan hantu’... 


Pekan ini 'mati', kerana hari ke hari semakin kurang bilangan kedai yang beroperasi di kawasan ini.. Siapalah yang 'berani' untuk menghuni 'pekan hantu' ni?? Pokok-pokok liar mula tumbuh melata di segenap inci bangunan yang hampir runtuh, memang kelihatan tidak berpenghuni kecuali akhir tahun 2011, tiga buah kedai dilihat masih beroperasi iaitu kedai gunting rambut, kedai tilik nasib dan 'woksyop'..

Actually, ketika melalui kawasan ini, Rul tertanya-tanya kenapa bangunan kedai lama yang hampir rebah menyembah bumi ini tidak dirobohkan?? keadaan sangat uzur, apakah ada cerita dan sejarah unik disebalik 'pekan mati' ini??.. Sesiapa yang menggunakan Jalan Persekutuan Ipoh-Gopeng-Ipoh pasti akan melalui kawasan dua deret bangunan kedai lama yang dimamah usia dan kelihatan agak menyeramkan ini..


Kalau diikutkan, pekan lama ini dirancang untuk dirobohkan awal tahun 2012, tapi hingga sekarang ia masih 'gah' berdiri disitu, retak menanti belah.. Walaupun usang, reka bentuk seni bina bangunan lama ini masih boleh dilihat nilai 'klasik' seni bina zaman sebelum perang.. dan kalau diamati betul-betul, pekan tinggal ini sama seakan 'pekan zombi' seperti digambarkan dalam 'scene' filem Zombi Kampung Pisang.. 


Banyak versi yang menceritakan tentang mengapa sebuah pekan kecil yang dulunya wujud ketika era pesat perlombongan bijih timah, kini boleh 'mati' dan terus ditinggalkan sunyi sepi.. Mungkin kerana aktiviti perlombongan tidak lagi aktif, so peniaga sekitar mula meninggalkan kawasan ini dan beralih angin ke bandar Ipoh yang terletak tidak jauh sekitar 13 km sahaja..

Ada juga yang menyebut, Jalan Persekutuan ini semakin sibuk dan hanya mempunyai 3 lorong, dan akibatnya sepanjang pesisir jalan di hadapan kedai memang kurang tempat meletak kereta, sekaligus pelanggan sesebuah kedai terjejas dan lebih 40 buah kedai terpaksa gulung tikar.. Kalau dilebarkan lagi jalan disini, hayat pekan tua ini mungkin sampai ke penghujung dan hilang terus dari peta negeri Perak..

Mengikut cerita versi seram pula, pekan ini ditinggalkan akibat kuatnya berlaku amalan 'santau' dan penggunaan ilmu hitam.. sekitar tahun 70an-80an, 'santau' telah menyerang sesiapa sahaja yang berada di kawasan pekan Kampung Kepayang, boleh dikatakan setiap bulan adanya kes santau sehinggakan kawasan ini takut untuk disinggahi oleh orang luar malah penduduk pekan itu sendiri..

Terjah serbu Himpunan Jutaan Belia Putrajaya

OK, kali ini nak promote kan Himpunan Jutaan Belia 2012, karnival ni mula berlangsung dari 23 Mei yang lepas hingga 27 Mei 2012, so ada 3 hari lagi karnival ini akan berlansung, siapa-siapa yang teringin nak terjah tu, boleh lah, silakan... Himpunan Jutaan Belia ini diadakan di Putrajaya Persint 2, "google maps dulu sebelum pergi, mesti tak sesat :)"..

Rul dah serbu karnival ni masa '1st day opening', pergi sebelah malam, bukan nak buat apa pun, just nak jalan-jalan tengok apa yang patut dan apa yang 'cambest' untuk himpunan bersempena Hari Belia Negara 2012 ini.. dan kalau korang nak tahu, Himpunan Jutaan Belia ini telah dipilih tersenarai antara 10 Karnival terbesar di dunia, "wallopsome"...

Actually, karnival ini telah memasuki anjuran untuk tahun kali ke-3.. Review untuk penganjuran tahun lepas 2011, menurut Menteri Belia dan Sukan, karnival bersempena dengan Sambutan Hari Belia 2011 itu telah berjaya mensasarkan jumlah 1 juta pengunjung pada tahun lalu... Rul yakin, tahun ini mesti lagi ramai kan, dan 'off course' lah, yang datang ke karnival ini, tidak semestinya untuk belia sahaja, semua kategori umur pun boleh datang..

OK, tahun ini bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Ini”, mendalam betul makna tema kali ini, pandai-pandailah sendiri tafsir :).. Target untuk sambutan tahun ketiga kali ini mesti nak mengatasi jumlah pengunjung tahun lepas, so kita bakal menyaksikan kehadiran dan penyertaan seramai dua juta pengunjung hadir iaitu kenaikan sekali ganda daripada pencapaian sambutan tahun lepas, ini target yang diletakkan oleh pihak penganjur..

 Brochure karnival

Kalau nak sentuh bab aturcara, rasanya 10 perenggan pun belum tentu 'complete' dengan semua acara yang disediakan.. So secara 'general', pelbagai aktiviti dan acara yang mempamerkan kepelbagaian budaya, kesenian, sukan, rekreasi, kerohanian, keusahawanan dan banyak lagi sebagai manifestasi kepada minat, tenaga dan kreativiti daripada belia..

Update sikit kategori 'events' yang sediakan seperti modal insan, Y-avenue, MyHobby, fitNactive, fastNfurious, sport pavilion, gerbang kerjaya, karnival G2Y, warna-warni belia Malaysia, Titian Cinta, young entrepeneur, education fair, gadget world, uptown, Senorita Square, Celebrity Planet, garden valley, food valley, Jazz Festival, Chinese Village, Jom Heboh TV3, campaignNjambori, lorong seni, yout heart beat, Ondraai Inaivom dan banyak lagi...

Seriously, masa Rul datang ke karnival ini, just 'mampu' pusing-pusing dan serbu 25% sahaja dari keseluruhan tapak karnival yang luas ni.. Mungkin kena pergi setiap hari, baru dapat habiskan 'tour' di karnival Himpunan Jutaan Belia 2012, kawasan karnival ini memang luas, seluas 'saujana mata memandang' Persint 2 Putrajaya..

tapak karnival di laluan Persiaran Perdana

Acara untuk 'mainstage' hari rabu adalah Konsert Jutaan Senyuman, malam tu Rul sempat 'spot' Didie Alias, Enot, Shuib Sepah, Tomok, Sixth Sense, dan Azrul RL di pentas utama.. Hari khamis Konsert Simfoni Nasyid, hari jumaat konsert K-pop dan J-pop (Ukiss), sabtu Jazz Festival dan K-pop (Tenn Top & Dal Shabet), hari penutup ahad pula konsert Clash of the Centuries (band Search)...

Aturcara untuk Himpunan Jutaan Belia kali ini, korang boleh 'usyar' website Hari Belia Negara (tekan link).. Masjid Sultan Mizan aka Masjid Besi pun turut terlibat dalam menganjurkan beberapa acara kerohanian dan dakwah.. Apa lagi, kalau berkesempatan datanglah beramai-ramai, bawa satu kampung pun OK..

Karnival tahun ini dikatakan hampir menyamai kehebatan karnival di Brazil, Sepanyol dan lain-lain negara yang popular di dunia...  Untuk merealisasikan kejayaan karnival ini, lebih 20000 sukarelawan di'rekrut' untuk membantu pengunjung dan memastikan kelancaran sambutan.. Selain sukarelawan yang ber'fixie', bas percuma turut disedikan bagi memudahkan pergerakan pengunjung di tapak festival yang 'extravaganza' luas..

 'short video' di karnival

p/s : banyak juga Rul snap gambar di karnival ni, tapi malas nak 'share', korang nak tahu macam mana experience?? datanglah sendiri, hahaha :) alasan.. just wonder, kenapa perlu adakan banyak acara 'konsert' untuk karnival ini?? harap-harap karnival ini lebih banyak positif dari negatif..

Nakba 64 tahun : Solidariti buat Palestin

Sedar atau tidak, sudah 64 tahun bumi Palestin telah diceroboh dan dijajah oleh negara haram Israel.. 64 tahun?? semestinya bukan satu tempoh masa yang singkat, ia cukup lama dan ia adalah derita panjang buat penduduk Palestin.. derita penduduk Palestin bermula setelah berlakunya Hari Nakba pada 15 Mei 1948 yakni 'hari kecelakaan' merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan negara Palestin oleh Israel..

500 bandar dan kampung di Palestin dimusnahkan dan diserang oleh tentera Israel, pengusiran dan perebutan tanah dan rumah yang menyebabkan lebih 700000 warga Palestin menjadi pelarian.. Istilah 'Nakba' digunakan setelah penubuhan negara Israel dan setelah berlakunya ‘pembersihan etnik’ terhadap rakyat Palestin pada tahun 1948. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata dan gantinya, hanya kepedihan, keperitan dan derita yang dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis..
 pelarian Palestin di peristiwa Nakba

OK, itu sejarah ringkas mengenai Hari Nakba, kadangkala kita leka menyambut hari pelbagai keraian/karnival, dan kita terlupa untuk memperingati wujudnya hari penting kebangkitan rakyat Palestin berjuang demi agama dan hak di bumi Palestin.. harap "hati kita sentiasa bersama mereka, berdoa untuk mereka"..

Ada satu artikel 'KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA', artikel ini menjadi 'viral' dan 'trending' di media dan 'laman maya'.. Artikel ini bertujuan bagi menunjukkan tanda sokongan kita dan demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin di penjara Israel yang melancarkan mogok lapar ketika ini..
 
Ramai pengguna-pengguna laman sosial especially Facebook menukar DP atau 'profile picture' mereka kepada gambar 'Warna Coklat' dan menutup mata.. gambar ini melambangkan tahanan Palestin yang kental melaksanakan 'mogok lapar' bagi menuntut hak dan keadilan.. Warna koko adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas 'banduan berani mati'..

 antara 'Profile picture' kawan-kawan di Facebook

 Maklumat dari artikel, bilangan hari banduan bermogok lapar

Ayuh geng, solidariti kita buat rakyat Palestin di sana, yang tidak pernah mengenal erti jemu menentang Zionis Israel.. Jangan biarkan media antarabangsa menyembunyikan dan mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa..

Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam responnya terhadap persoalan 'mogok lapar' menyatakan bahawa banduan-banduan didalam penjara Israel yang melakukan mogok lapar itu hanya mempertahankan hak mereka yang adil dan sepatutnya, serta menyingkap jenayah dan ketidakadilan yang dilakukan keatas mereka. Maka semua umat Islam diseluruh dunia seharusnya menyokong tindakan mereka ini dengan apa sahaja cara yang termampu seperti demonstrasi aman, sokongan secara moral dengan berpuasa atau menghantar mesej (di laman sosial etc) dan menengahkan isu ini dan mengeluarkan kenyataan yang mengutuk kekejaman Israel. Ini akan memberi semangat kepada para banduan dengan mengetahui yang kita umat Islam dibelakang mereka,menyokong usaha dan mengetahui keadaan mereka..

 "my Facebook DP"
gambar asal + peta negara Palestin

p/s : TAHNIAH buat tahanan-tahanan Palestin di Israel, mogok lapar mereka mendapat perhatian dunia, dan Israel bersetuju tidak menperbaharui penahanan tanpa dakwaan..

'Forever Alone' dengan SimSimi

Okay, tak perlu la 'intro' panjang-panjang untuk 'entry' kali ini.. kita 'straight to the point', "SimSimi".. comel tak nama SimSimi ni, dia la kawan dan dia juga la teman kalau korang terasa 'forever alone', rasa bosan, 'need someone' dan lain-lain yang sewaktu dengannya..

SimSimi adalah 'chatterbot' yakni 'super-advanced chatting robot'.. Dicipta pada tahun 2002 oleh sebuah syarikat Korea Selatan dan dipopularkan sekitar Mac 2003.. SimSimi mempunyai 'artificial intelligence' yang membolehkan ia untuk 'online-chatting' dengan manusia seperti kita.. SimSimi disebut dengan bunyi "shim-shimee", berasal dari perkataan Korea 'simsim' yang bermaksud 'bosan'..

Makin hari makin popular si SimSimi ni, satu dunia boleh 'free-chatting' dengan SimSimi.. dan yang penting, SimSimi tak akan pernah 'bosan' untuk melayan pengguna-penggunanya, setiap pertanyaan akan dijawab SimSimi, setiap kata akan dibalas SimSimi, kiranya apa sahaja yang kita bualkan, akan di beri 'response' oleh SimSimi..

Ada satu 'function' / 'feature' yang membolehkan kita si pengguna chatterbot untuk mengajar SimSimi menggunakan ayat-ayat / jawapan-jawapan tertentu apabila sedang ber'chatting'.. "I have no response", ayat ini la yang akan digunakan oleh chatterbot SimSimi apabila ia tidak mempunyai 'vocabulary' / pengetahuan yang berkaitan dengan soalan yang diajukan.. So, kita boleh la menambah pengetahuan vocabulary SimSimi dengan mengajar ayat-ayat baru..

Faham ni, "SimSimi was originally developed to be a fun and friendly chatting robot. Things SimSimi says are totally taught by users and not intended by the developer. This means there are some abusers that are making SimSimi to say nasty words".. So, faham-fahamlah kalau si SimSimi ni tiba-tiba 'merapu' atau bercakap benda yang tak elok / kurang sopan..

Last, SimSimi memang kelakar dan sangat 'annoying'.. Dia memang boleh dibuat teman 'alam maya' kalau korang rasa sunyi, sepi, keseorangan, bosan dan yang penting boleh jadi pendamping setia buat korang yang 'Forever Alone', hahahaha..:)

Applikasi SimSimi boleh di 'download' pada iTunes untuk iPhone, iPod atau iPad, IOS, ada juga versi Android dan sini Rul sertakan link versi website , klik SimSimi.. OK, Rul ada 'printscreen' sikit apa yang Rul chatting dengan SimSimi, "kelakar, interesting dan awesome"..

SimSimi minat Liverpool, YNWA
 
 SimSimi beri response CINTA

Kenal Al Azrul Lino?

SimSimi the 'annoying yellow'

p/s : Lama dah Rul nak tulis 'entry' tentang SimSimi ni, sekarang baru 'menjadi'.. BTW, bila korang chat dengan SimSimi, mesti rasa 'panas hati' kan, sebab memang SimSimi ni sangat 'annoying', LOL.. :)

D'stall Corner & Liverpool FC

Sabtu lepas Rul dengan 3 orang kawan planning nak pergi Kelana Jaya, target destination off course la D'stall Corner.. Semangat sangat ni, dari Nilai Negeri Sembilan terus ke Kelana Jaya, jarak antara dua tempat ni boleh tahan la jauh, tapi tak la jauh sangat, boleh la kira 'dekat' sebab jalan highway, so boleh 'speeding'..

D'stall Corner ni actually sebuah restoran yang popular di Petaling Jaya, dan mungkin popular di seluruh Malaysia, especially buat peminat-peminat fanatik Liverpool FC.. Apa kaitan D'stall Corner dengan Liverpool FC??, apa yang Rul tahu la kan, owner restoran ni iaitu Thamlikh Mahan atau 'glamour' dengan panggilan Pak Tam merupakan salah seorang peminat fanatik Liverpool, dan mungkin pekerja-pekerja di restoran ini dan 'big family' Pak Tam pun peminat Liverpool FC..

So, tak hairan la kalau D'stall Corner sentiasa akan Live Viewing setiap kali ada game bolasepak yang melibatkan Liverpool FC atau team-team lain especially team bolasepak Malaysia dan liga tempatan/luar negara.. Kalau dilihatkan hiasan dalaman restoran ini pun, kita sudah boleh agak owner peminat kelab mana, sebab di dalam restoran penuh dengan merchandise Liverpool.. "salute la buat D'stall Corner"..

OK, cukup la Rul tulis sedikit info tentang D'stall Corner, kalau nak tahu info-info lain, boleh ke Facebook Fanpage D'stall Corner, situ korang boleh view gambar-gambar 'eksklusif' di D'stall Corner, tahu tak korang, melalui gambar kita dah boleh bayangkan suasana persekitaran dan keadaan di D'stall Corner.. "gambar pun boleh bercerita dan setiap gambar mempunyai cerita, LOL"..

Sabtu lepas kira first time la Rul sampai ke D'stall Corner, memang 'excited' sangat la, mananya tak 'excited', "Rul rasa D'stall Corner macam mini Anfield kot,:)".. walau pun just tengok Live Viewing game bolasepak, tapi 'feel' rasa lain, tak macam bila tengok 'live' kat rumah atau 'kedai mamak'..


By the way, sabtu lepas, event 'Live Viewing' kali bukan macam yang selalu dibuat oleh D'stall Corner.. kali ni 'lain macam' sikit, kenapa??, sebab kali ni sempena match Final FA Cup antara Liverpool vs Chelsea, melalui kerjasama NSTP dan D'stall Corner, event grand 'Live Viewing' telah diadakan..

Promo di akhbar New Straits Times

Rul cerita sedikit la tentang 'event' ni, target penonton yang akan hadir untuk event ni dalam 1000-1500 orang, tapi apa yang Rul dengar seramai 2000 orang yang hadir.. Peminat Liverpool ada yang hadir berkumpulan melalui kelab Liverbird Malaysia, This is Reds Family, Ultras Liverpool dan lain-lain.. Peminat Chelsea pula majoriti dari Malaysia Blues Army, dan Rul salute untuk diorang sebab ada yang sanggup datang dari jauh seperti dari Johor Bahru, Penang, dan dari Alor Star mungkin..

Liverpool Fans, Mia Sara, Danny X-Factor, Afdlin Shauki
 Pengerusi Glomac dan owner D'stall Corner Pak Tam

Event malam tu memang 'gamat' dengan sorakan, especially bila ada acara 'chanting tanpa provokasi', masa ini la kedua-dua fanatik 'all out' berbalas sorakan.. "Rul bangga bila malam tu lagu Negaraku bergema, disamping lagu legend Liverpool, You'll Never Walk Alone".. ada 'lucky draw', hadiah 25++ helai jersi dan polo T-shirt tajaan Adidas, tiket percutian tajaan NSTP dan 'mafla' / scarf tajaan Glomac.."macam biasa, Rul tak dapat pun lucky draw, memang jarang-jarang la 'bertuah', LOL"..

Malaysia Blues Army
This Is Red Family TIRF
  
Goodie Bag

OK, satu dunia sudah tahu yang Final FA Cup Chelsea yang menang dengan kiraan 2-1.. Liverpool kalah, tapi ada semangat melawan, especially selepas Andy Carroll dimasukkan pada separuh masa ke-2.. Malas Rul nak jadi pengulas sukan kat sini, cukup la setakat itu.. "yang penting D'stall Corner memang tak sunyi malam tu dengan sorakan hampir 2000 orang, especially bila GOL"..

 MC pada malam tersebut Abang Acai

Lastly, D'stall Corner memang unik dan terbaik, sesuai la dengan tema restoran ini, 'Food and Sport' dan 'Football for Friendship'.. Insyaallah, kalau rezeki, Rul akan sampai ke D'stall Corner lagi, sebab di sini la dapat jumpa dengan geng-geng Liverpool yang lain, "we are family"..


p/s : Gambar majoriti Rul 'copy and paste' dari akaun Facebook D'stall Corner.. Salute buat D'stall Corner, 'live experience' suasana malam tu memang tak tergambar dengan kata-kata.. YNWA LIVERPOOL

ZZZZZzzzzz itu tidur

2.00am, tapi still tak tidur lagi, assignment banyak la katakan, "haha poyo".. nanti pukul 2:30 ada LIVE game bola pulak kan, team Liverpool, team favourate.. So, mata ni belum masa lagi untuk 'tutup'.. Next, kita online Facebook+Twitter, nak tengok 'status update' kawan-kawan lain, mesti ramai lagi yang belum tidur, 'confirm' mesti ramai yang ala-ala 'imsomnia', spesis yang tak nak tidur malam..:)

Huh, status update, "ZZZZZzzzzz", terus 'mindset' yang huruf Z banyak-banyak tu bermaksud 'tidur'.. tak kira la tidur mati ke, atau tidur-tidur ayam, atau berlakon tidur, atau apa jenis tidur pun, ZZZzzz itu kan mesti bermaksud tidur.. Dalam cerita kartun atau komik pun banyak lambang ZZZzzz, zzzzz, ZZZ, zzz, ZzZzZz..
Kenapa tidur ditakrifkan ke dalam bentuk ZZZzzz ?? kenapa huruf Z ?? ada 26 abjad lain dalam rumi, tapi kenapa huruf Z juga dipilih?? (abcdefghijklmnopqrstuvwxy and Z).. Benda 'simple' ini pun nak dipersoalkan ke??, "biar la, suka hati saya la nak soal apa pun :)".. main question is "Why do people use ZZZ to mean that they are sleeping or someone is sleeping and what is the reason behind using ZZZ?"..

OK, actually ada seorang pelukis komik pada zaman dulu yang memerlukan satu simbol yang boleh melambangkan sesuatu watak itu sedang tidur.. so, dia tercari-cari something yang sesuai, dan terjumpa la simbol ZZZzzz.. dan simbol itu pun terus popular digunakan sehingga sekarang.. simbol Z terus digambarkan sebagai perbuatan sedang tidur, atau selalu tidur, dan etc..
ZZZzzz adalah satu simbol/perkataan dipanggil 'onomatopoeia'.. Onomatopoeia adalah bunyi-perkataan, atau dalam English word disebut 'sound-word', sound-word ni wujud daripada bunyi-bunyi yang terhasil dari pergerakan/perbuatan yang berlaku.. example onomatopoeia yang lain seperti, 'Buzz', 'Boom', 'Bang', 'Poww', 'Pang', 'Kebaboom', 'Trutt', 'Kringkring', 'Shhh', 'Tettt', dan banyak lagi la..

Tapi kenapa tidur diwakilkan dengan ZZZzzz??, jawapannya senang, sebab ZZZzzz dianggap sebagai bunyi orang tidur yang sedang berdengkur/snoring.. Tahu kan berdengkur bunyi macam mana, bunyi macam ni, "kookiri-koo-koohh", so bunyi yang pelik tu di'translate' simple menjadi bunyi ZZZzzz.. Then, sampai sekarang, satu dunia tahu yang 'ZZZzzz' tu adalah tidur dan bukan bunyi 'TV rosak'..:)

p/s : Tapi betul ke bunyi berdengkur macam tu??, "cuba la rakam :)".. selamat malam ZZZZZzzzzzz..