D'stall Corner & Liverpool FC

Sabtu lepas Rul dengan 3 orang kawan planning nak pergi Kelana Jaya, target destination off course la D'stall Corner.. Semangat sangat ni, dari Nilai Negeri Sembilan terus ke Kelana Jaya, jarak antara dua tempat ni boleh tahan la jauh, tapi tak la jauh sangat, boleh la kira 'dekat' sebab jalan highway, so boleh 'speeding'..

D'stall Corner ni actually sebuah restoran yang popular di Petaling Jaya, dan mungkin popular di seluruh Malaysia, especially buat peminat-peminat fanatik Liverpool FC.. Apa kaitan D'stall Corner dengan Liverpool FC??, apa yang Rul tahu la kan, owner restoran ni iaitu Thamlikh Mahan atau 'glamour' dengan panggilan Pak Tam merupakan salah seorang peminat fanatik Liverpool, dan mungkin pekerja-pekerja di restoran ini dan 'big family' Pak Tam pun peminat Liverpool FC..

So, tak hairan la kalau D'stall Corner sentiasa akan Live Viewing setiap kali ada game bolasepak yang melibatkan Liverpool FC atau team-team lain especially team bolasepak Malaysia dan liga tempatan/luar negara.. Kalau dilihatkan hiasan dalaman restoran ini pun, kita sudah boleh agak owner peminat kelab mana, sebab di dalam restoran penuh dengan merchandise Liverpool.. "salute la buat D'stall Corner"..

OK, cukup la Rul tulis sedikit info tentang D'stall Corner, kalau nak tahu info-info lain, boleh ke Facebook Fanpage D'stall Corner, situ korang boleh view gambar-gambar 'eksklusif' di D'stall Corner, tahu tak korang, melalui gambar kita dah boleh bayangkan suasana persekitaran dan keadaan di D'stall Corner.. "gambar pun boleh bercerita dan setiap gambar mempunyai cerita, LOL"..

Sabtu lepas kira first time la Rul sampai ke D'stall Corner, memang 'excited' sangat la, mananya tak 'excited', "Rul rasa D'stall Corner macam mini Anfield kot,:)".. walau pun just tengok Live Viewing game bolasepak, tapi 'feel' rasa lain, tak macam bila tengok 'live' kat rumah atau 'kedai mamak'..


By the way, sabtu lepas, event 'Live Viewing' kali bukan macam yang selalu dibuat oleh D'stall Corner.. kali ni 'lain macam' sikit, kenapa??, sebab kali ni sempena match Final FA Cup antara Liverpool vs Chelsea, melalui kerjasama NSTP dan D'stall Corner, event grand 'Live Viewing' telah diadakan..

Promo di akhbar New Straits Times

Rul cerita sedikit la tentang 'event' ni, target penonton yang akan hadir untuk event ni dalam 1000-1500 orang, tapi apa yang Rul dengar seramai 2000 orang yang hadir.. Peminat Liverpool ada yang hadir berkumpulan melalui kelab Liverbird Malaysia, This is Reds Family, Ultras Liverpool dan lain-lain.. Peminat Chelsea pula majoriti dari Malaysia Blues Army, dan Rul salute untuk diorang sebab ada yang sanggup datang dari jauh seperti dari Johor Bahru, Penang, dan dari Alor Star mungkin..

Liverpool Fans, Mia Sara, Danny X-Factor, Afdlin Shauki
 Pengerusi Glomac dan owner D'stall Corner Pak Tam

Event malam tu memang 'gamat' dengan sorakan, especially bila ada acara 'chanting tanpa provokasi', masa ini la kedua-dua fanatik 'all out' berbalas sorakan.. "Rul bangga bila malam tu lagu Negaraku bergema, disamping lagu legend Liverpool, You'll Never Walk Alone".. ada 'lucky draw', hadiah 25++ helai jersi dan polo T-shirt tajaan Adidas, tiket percutian tajaan NSTP dan 'mafla' / scarf tajaan Glomac.."macam biasa, Rul tak dapat pun lucky draw, memang jarang-jarang la 'bertuah', LOL"..

Malaysia Blues Army
This Is Red Family TIRF
  
Goodie Bag

OK, satu dunia sudah tahu yang Final FA Cup Chelsea yang menang dengan kiraan 2-1.. Liverpool kalah, tapi ada semangat melawan, especially selepas Andy Carroll dimasukkan pada separuh masa ke-2.. Malas Rul nak jadi pengulas sukan kat sini, cukup la setakat itu.. "yang penting D'stall Corner memang tak sunyi malam tu dengan sorakan hampir 2000 orang, especially bila GOL"..

 MC pada malam tersebut Abang Acai

Lastly, D'stall Corner memang unik dan terbaik, sesuai la dengan tema restoran ini, 'Food and Sport' dan 'Football for Friendship'.. Insyaallah, kalau rezeki, Rul akan sampai ke D'stall Corner lagi, sebab di sini la dapat jumpa dengan geng-geng Liverpool yang lain, "we are family"..


p/s : Gambar majoriti Rul 'copy and paste' dari akaun Facebook D'stall Corner.. Salute buat D'stall Corner, 'live experience' suasana malam tu memang tak tergambar dengan kata-kata.. YNWA LIVERPOOL

5 comments:

ThamYNWA TheLiver said...

Terbaik...ADMIN DSTALL CORNER..YNWA

Kumiko Ryou | Farah Amira said...

Giler ar smgat bola!

Cik Amal said...

saya minat malaysia jer
kikikiki

belog ni, amal tengok tak ade HEARTBEAT
HEARTBEAT tu macam nuffnang, boleh dapat duit even dengan blog
meyh tengok tuto yang amal buat
http://sayacikamal.blogspot.com/2012/05/cara-daftar-heartbeat.html

Anonymous said...

Walaweiiiiiii.....Terbaik...Salute.
Reds And Blue together..Really Football For Friendship.

kudiz santiago said...

Nice...