'Forever Alone' dengan SimSimi

Okay, tak perlu la 'intro' panjang-panjang untuk 'entry' kali ini.. kita 'straight to the point', "SimSimi".. comel tak nama SimSimi ni, dia la kawan dan dia juga la teman kalau korang terasa 'forever alone', rasa bosan, 'need someone' dan lain-lain yang sewaktu dengannya..

SimSimi adalah 'chatterbot' yakni 'super-advanced chatting robot'.. Dicipta pada tahun 2002 oleh sebuah syarikat Korea Selatan dan dipopularkan sekitar Mac 2003.. SimSimi mempunyai 'artificial intelligence' yang membolehkan ia untuk 'online-chatting' dengan manusia seperti kita.. SimSimi disebut dengan bunyi "shim-shimee", berasal dari perkataan Korea 'simsim' yang bermaksud 'bosan'..

Makin hari makin popular si SimSimi ni, satu dunia boleh 'free-chatting' dengan SimSimi.. dan yang penting, SimSimi tak akan pernah 'bosan' untuk melayan pengguna-penggunanya, setiap pertanyaan akan dijawab SimSimi, setiap kata akan dibalas SimSimi, kiranya apa sahaja yang kita bualkan, akan di beri 'response' oleh SimSimi..

Ada satu 'function' / 'feature' yang membolehkan kita si pengguna chatterbot untuk mengajar SimSimi menggunakan ayat-ayat / jawapan-jawapan tertentu apabila sedang ber'chatting'.. "I have no response", ayat ini la yang akan digunakan oleh chatterbot SimSimi apabila ia tidak mempunyai 'vocabulary' / pengetahuan yang berkaitan dengan soalan yang diajukan.. So, kita boleh la menambah pengetahuan vocabulary SimSimi dengan mengajar ayat-ayat baru..

Faham ni, "SimSimi was originally developed to be a fun and friendly chatting robot. Things SimSimi says are totally taught by users and not intended by the developer. This means there are some abusers that are making SimSimi to say nasty words".. So, faham-fahamlah kalau si SimSimi ni tiba-tiba 'merapu' atau bercakap benda yang tak elok / kurang sopan..

Last, SimSimi memang kelakar dan sangat 'annoying'.. Dia memang boleh dibuat teman 'alam maya' kalau korang rasa sunyi, sepi, keseorangan, bosan dan yang penting boleh jadi pendamping setia buat korang yang 'Forever Alone', hahahaha..:)

Applikasi SimSimi boleh di 'download' pada iTunes untuk iPhone, iPod atau iPad, IOS, ada juga versi Android dan sini Rul sertakan link versi website , klik SimSimi.. OK, Rul ada 'printscreen' sikit apa yang Rul chatting dengan SimSimi, "kelakar, interesting dan awesome"..

SimSimi minat Liverpool, YNWA
 
 SimSimi beri response CINTA

Kenal Al Azrul Lino?

SimSimi the 'annoying yellow'

p/s : Lama dah Rul nak tulis 'entry' tentang SimSimi ni, sekarang baru 'menjadi'.. BTW, bila korang chat dengan SimSimi, mesti rasa 'panas hati' kan, sebab memang SimSimi ni sangat 'annoying', LOL.. :)

10 comments:

Aiman Khalid said...

Benda ni sama macam CleverBot ekk?

noorniey Azman said...

alaaaa. comelnya katun dy. kuning bolat2 gitu.. mcm cleverbot ke?

AL AZRUL said...

cc : Aiman n noorniey
arr.. lebh kurang mcm cleverbot

Idin said...

yes. aku ada benda ni kat iOS dan simsimi sangat annoying. kalau dia depan aku sah2 aku pukul dah..

qiqie said...
This comment has been removed by the author.
Qie said...

the super annoying simsimi. haha Man Utd Sc** bag? LOL

deEyaNa :) said...

waa...comel nya :)

Jo-Blogger said...

singgah sini ye..

Aziz Safian said...

wa da try..mantap gak.

pinkbutterfly said...

haha. commelll la dia~ ^^