Nakba 64 tahun : Solidariti buat Palestin

Sedar atau tidak, sudah 64 tahun bumi Palestin telah diceroboh dan dijajah oleh negara haram Israel.. 64 tahun?? semestinya bukan satu tempoh masa yang singkat, ia cukup lama dan ia adalah derita panjang buat penduduk Palestin.. derita penduduk Palestin bermula setelah berlakunya Hari Nakba pada 15 Mei 1948 yakni 'hari kecelakaan' merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan negara Palestin oleh Israel..

500 bandar dan kampung di Palestin dimusnahkan dan diserang oleh tentera Israel, pengusiran dan perebutan tanah dan rumah yang menyebabkan lebih 700000 warga Palestin menjadi pelarian.. Istilah 'Nakba' digunakan setelah penubuhan negara Israel dan setelah berlakunya ‘pembersihan etnik’ terhadap rakyat Palestin pada tahun 1948. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata dan gantinya, hanya kepedihan, keperitan dan derita yang dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis..
 pelarian Palestin di peristiwa Nakba

OK, itu sejarah ringkas mengenai Hari Nakba, kadangkala kita leka menyambut hari pelbagai keraian/karnival, dan kita terlupa untuk memperingati wujudnya hari penting kebangkitan rakyat Palestin berjuang demi agama dan hak di bumi Palestin.. harap "hati kita sentiasa bersama mereka, berdoa untuk mereka"..

Ada satu artikel 'KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA', artikel ini menjadi 'viral' dan 'trending' di media dan 'laman maya'.. Artikel ini bertujuan bagi menunjukkan tanda sokongan kita dan demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin di penjara Israel yang melancarkan mogok lapar ketika ini..
 
Ramai pengguna-pengguna laman sosial especially Facebook menukar DP atau 'profile picture' mereka kepada gambar 'Warna Coklat' dan menutup mata.. gambar ini melambangkan tahanan Palestin yang kental melaksanakan 'mogok lapar' bagi menuntut hak dan keadilan.. Warna koko adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas 'banduan berani mati'..

 antara 'Profile picture' kawan-kawan di Facebook

 Maklumat dari artikel, bilangan hari banduan bermogok lapar

Ayuh geng, solidariti kita buat rakyat Palestin di sana, yang tidak pernah mengenal erti jemu menentang Zionis Israel.. Jangan biarkan media antarabangsa menyembunyikan dan mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa..

Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam responnya terhadap persoalan 'mogok lapar' menyatakan bahawa banduan-banduan didalam penjara Israel yang melakukan mogok lapar itu hanya mempertahankan hak mereka yang adil dan sepatutnya, serta menyingkap jenayah dan ketidakadilan yang dilakukan keatas mereka. Maka semua umat Islam diseluruh dunia seharusnya menyokong tindakan mereka ini dengan apa sahaja cara yang termampu seperti demonstrasi aman, sokongan secara moral dengan berpuasa atau menghantar mesej (di laman sosial etc) dan menengahkan isu ini dan mengeluarkan kenyataan yang mengutuk kekejaman Israel. Ini akan memberi semangat kepada para banduan dengan mengetahui yang kita umat Islam dibelakang mereka,menyokong usaha dan mengetahui keadaan mereka..

 "my Facebook DP"
gambar asal + peta negara Palestin

p/s : TAHNIAH buat tahanan-tahanan Palestin di Israel, mogok lapar mereka mendapat perhatian dunia, dan Israel bersetuju tidak menperbaharui penahanan tanpa dakwaan..

7 comments:

Anonymous said...

maaf bertanye, cmane nk create pic tu?

AL AZRUL said...

x ada function khusus utk create pic ni.. bleh copy di mna profile pic di Facebook.. :).. edit sndri pun boleh.. :)

Anonymous said...

dkt mne lg boleh dptkan pic2 yg lain.. :)

ainol akasyah said...

Alhamdulillah..tompang gembira dapat tau berite happy tu .. bila Israel bersetuju tidak menperbaharui penahanan tanpa dakwaan

Cik Amal said...

kami pown buat profile picture warne cekelat cekelat ni

awak dapat doodle free dari kami
simple tapi kami ikhlas . .
http://sayacikamal.blogspot.com/2012/05/free-doodle-lelaki.html

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

Blh tau pe mksud tulisan yahudi di baju tu? Thanx

AL AZRUL said...

meaning tulisan d bju tu klu x silap sya adalh Shabas, ykni agensi perkhidmatan penjara israel..:)