Terjah serbu Himpunan Jutaan Belia Putrajaya

OK, kali ini nak promote kan Himpunan Jutaan Belia 2012, karnival ni mula berlangsung dari 23 Mei yang lepas hingga 27 Mei 2012, so ada 3 hari lagi karnival ini akan berlansung, siapa-siapa yang teringin nak terjah tu, boleh lah, silakan... Himpunan Jutaan Belia ini diadakan di Putrajaya Persint 2, "google maps dulu sebelum pergi, mesti tak sesat :)"..

Rul dah serbu karnival ni masa '1st day opening', pergi sebelah malam, bukan nak buat apa pun, just nak jalan-jalan tengok apa yang patut dan apa yang 'cambest' untuk himpunan bersempena Hari Belia Negara 2012 ini.. dan kalau korang nak tahu, Himpunan Jutaan Belia ini telah dipilih tersenarai antara 10 Karnival terbesar di dunia, "wallopsome"...

Actually, karnival ini telah memasuki anjuran untuk tahun kali ke-3.. Review untuk penganjuran tahun lepas 2011, menurut Menteri Belia dan Sukan, karnival bersempena dengan Sambutan Hari Belia 2011 itu telah berjaya mensasarkan jumlah 1 juta pengunjung pada tahun lalu... Rul yakin, tahun ini mesti lagi ramai kan, dan 'off course' lah, yang datang ke karnival ini, tidak semestinya untuk belia sahaja, semua kategori umur pun boleh datang..

OK, tahun ini bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Ini”, mendalam betul makna tema kali ini, pandai-pandailah sendiri tafsir :).. Target untuk sambutan tahun ketiga kali ini mesti nak mengatasi jumlah pengunjung tahun lepas, so kita bakal menyaksikan kehadiran dan penyertaan seramai dua juta pengunjung hadir iaitu kenaikan sekali ganda daripada pencapaian sambutan tahun lepas, ini target yang diletakkan oleh pihak penganjur..

 Brochure karnival

Kalau nak sentuh bab aturcara, rasanya 10 perenggan pun belum tentu 'complete' dengan semua acara yang disediakan.. So secara 'general', pelbagai aktiviti dan acara yang mempamerkan kepelbagaian budaya, kesenian, sukan, rekreasi, kerohanian, keusahawanan dan banyak lagi sebagai manifestasi kepada minat, tenaga dan kreativiti daripada belia..

Update sikit kategori 'events' yang sediakan seperti modal insan, Y-avenue, MyHobby, fitNactive, fastNfurious, sport pavilion, gerbang kerjaya, karnival G2Y, warna-warni belia Malaysia, Titian Cinta, young entrepeneur, education fair, gadget world, uptown, Senorita Square, Celebrity Planet, garden valley, food valley, Jazz Festival, Chinese Village, Jom Heboh TV3, campaignNjambori, lorong seni, yout heart beat, Ondraai Inaivom dan banyak lagi...

Seriously, masa Rul datang ke karnival ini, just 'mampu' pusing-pusing dan serbu 25% sahaja dari keseluruhan tapak karnival yang luas ni.. Mungkin kena pergi setiap hari, baru dapat habiskan 'tour' di karnival Himpunan Jutaan Belia 2012, kawasan karnival ini memang luas, seluas 'saujana mata memandang' Persint 2 Putrajaya..

tapak karnival di laluan Persiaran Perdana

Acara untuk 'mainstage' hari rabu adalah Konsert Jutaan Senyuman, malam tu Rul sempat 'spot' Didie Alias, Enot, Shuib Sepah, Tomok, Sixth Sense, dan Azrul RL di pentas utama.. Hari khamis Konsert Simfoni Nasyid, hari jumaat konsert K-pop dan J-pop (Ukiss), sabtu Jazz Festival dan K-pop (Tenn Top & Dal Shabet), hari penutup ahad pula konsert Clash of the Centuries (band Search)...

Aturcara untuk Himpunan Jutaan Belia kali ini, korang boleh 'usyar' website Hari Belia Negara (tekan link).. Masjid Sultan Mizan aka Masjid Besi pun turut terlibat dalam menganjurkan beberapa acara kerohanian dan dakwah.. Apa lagi, kalau berkesempatan datanglah beramai-ramai, bawa satu kampung pun OK..

Karnival tahun ini dikatakan hampir menyamai kehebatan karnival di Brazil, Sepanyol dan lain-lain negara yang popular di dunia...  Untuk merealisasikan kejayaan karnival ini, lebih 20000 sukarelawan di'rekrut' untuk membantu pengunjung dan memastikan kelancaran sambutan.. Selain sukarelawan yang ber'fixie', bas percuma turut disedikan bagi memudahkan pergerakan pengunjung di tapak festival yang 'extravaganza' luas..

video
 'short video' di karnival

p/s : banyak juga Rul snap gambar di karnival ni, tapi malas nak 'share', korang nak tahu macam mana experience?? datanglah sendiri, hahaha :) alasan.. just wonder, kenapa perlu adakan banyak acara 'konsert' untuk karnival ini?? harap-harap karnival ini lebih banyak positif dari negatif..

6 comments:

bebes onizuka said...

asal nama aku xdisebut =_=''

AL AZRUL said...

nama ko kan copyright reserved, kang mention, aku kena sama lak.. he2.. ;)

eQ17 said...

wah gmbr sy ada..terima kasih tuan blogger yg budiman..

Kyra said...

best la dapat g sna..ipta sy hntar satu bus untuk sukarelawan :)

nabByla said...

dekat blh la pegi... huhu...

CikTomyam said...

amboi..p sana tak ajak akak pon..heheh
akak pon p gakk..^^