Snorkelling @ Perhentian Island

Actually, baru-baru ini Rul dan 23 orang kawan-kawan yang lain pergi bercuti ke Pulau Perhentian.. Memang best sangat la kan bila pergi bercuti beramai-ramai dengan kawan-kawan, bukan selalu, mungkin setahun sekali.. So, kitorang decide nak ke Pulau Perhentian, pakej 3 hari 2 malam..

OK, sebelum ini Rul dah tulis satu 'entry' tentang 'experience' bercuti ke Pulau Perhentian, so boleh baca di link ini 'Traveling cuti semester ke Pulau Perhentian', di sana kitorang stay di Long Beach.. Kali ini Rul nak 'share' sedikit tentang 'snorkelling', aktiviti yang memang 'wallopsome'..



Ready dengan kelengkapan snorkelling, yang penting goggle swimmer's snorkel dan 'life jacket'... Area snorkelling yang kitorang pergi punya kedalaman air lebih kurang 5-10 meter atau mungkin lebih.. Tiga point 'port' untuk snorkelling, KK Fish Point, Shark Point dan Turtle Point, bayaran satu 'trip' kalau tak mengikut pakej lebih kurang RM30 dan RM40-RM50 untuk 'extra' lagi 2 port Marine Park Point, Light House Point dan singgah ke Kampung Nelayan..



Tips untuk buat ikan-ikan datang dekat dengan kita 'time' snorkelling, kita boleh bawa bekalan roti, ala roti buku Gardenia tu, jenama lain pun boleh la, atau nak bagi ikan tu makan 'Butterscotch' pun boleh, lagi sedap la ikan tu 'menjamu selera' kan.. :)


Next, rugi kalau kita pergi snorkelling tapi tidak 'snap n shot' gambar dalam air.. So, kitorang decide untuk menyewa 'waterproof camera' ataupun 'underwater camera'.. Kalau korang sanggup 'menggadaikan nyawa' DSLR camera untuk terjun snorkelling sekali pun boleh, kalau rosak sendiri tanggung, ha3... Sewa lebih kurang RM100 untuk satu hari, dan RM50 untuk separuh hari, then kitorang 'angkat' dua kamera untuk satu hari..



Sedia untuk 'membasahkan' diri time snorkelling, kitorang menaiki bot laju untuk ke destinasi port-port snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Besar... Bot memecut laju, air yang biru semakin mebiru, biasan laut yang hijau semakin menghijau, air semakin jernih dan dalam, dan perasaan memang makin 'excited'..



Time snorkelling, kalau korang rasa tak boleh berenang, rasa 'mabuk laut' atau 'takut air', korang 'just relax' dan jangan panik, cuba cari feel 'water confident'.. Jangan risau kalau tidak tahu berenang, sebab kita ada 'life jacket' yang bantu kita untuk terapung.. Kadang-kadang mungkin korang akan tertelan air laut yang memang teramat masin, so jangan 'telan' banyak sangat :)..



Memang best pengalaman snorkelling, dapat bermain dengan ikan-ikan yang comel, melihat jerung kecil, bernang bersama ikan-ikan yang berwarna-warni, melihat penyu yang jarang-jarang sekali menampakkan diri, dan yang penting kita dapat rasa semua ini secara 'live' depan mata.. Still ingat lagi bila ikan-ikan kecil berenang di sekeliling badan dan 'gigit-gigit manja' tangan kita bila diberi makan..



>>> pakej bercuti ke Pulau Perhentian & salam ziarah Kelantan

p/s: So, kalau korang pergi ke Pulau Perhentian, elok kalau ikut pakej yang ditawarkan, semua aktiviti akan ikut schedule yang ditetapkan, range harga satu pakej RM250-RM280 untuk 3 hari 2 malam lengkap dengan makan minum dan bot laju dari pergi balik..

Kelantan "The Blissful Abode"

Sekali lagi setelah sekian lama, kembali menjejakkkan kaki ke Negeri Kelantan.. Negeri yang unik dan penuh sosio-budaya, dan jika disingkap sejarah, Kelantan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang pernah diperintah Raja Perempuan, yakni Cik Siti Wan Kembang.. 7 jam perjalanan dari Nilai N9 ke Kota Bharu Kelantan, jalan berbukit di Kuala Lipis dan Gua Musang saling tak tumpah seperti laluan berbukit Gerik-Jeli dan 'laluan berhantu' Sumpitan..

Salam ziarah, actually ramai kawan-kawan yang tinggal atau berasal dari Kelantan, dan ada juga saudara jauh yang tinggal di negeri ini... So, sempat pergi ke rumah kawan-kawan di sini, memang seronok, "boleh makan free lagi :)".. Thanks kepada famili-famili yang hidangkan kitorang makanan, "memang superb", dapat rasa 'kemanisan' masakan Kelantan, dan yang penting mesti ada Budu, 'original'...

OK, di Kota Bharu sebelah malam ke KB Mall, 'shopping' apa yang patut.. Then kitorang berlima (Rul, Danny, Nik, Mei2, C-in) 'pusing-pusing' area Kota Bharu merasai sendiri 'night life' dan sempat 'snap' gambar berlatarbelakangkan suasana malam di sini..

 Tambatan DiRaja

KB Mall

Next, ke Wakaf Che Yeh, bazaar malam ala-ala 'uptown' or 'downtown'.. 2 malam Rul datang ke sini, dan sempat juga 'pusing habis' area yang agak luas ni.. Dengar cerita, Wakaf Che Yeh ini pada sebelah pagi akan beroperasi menjadi Pasar Borong, Pasar Basah di waktu siang, dan Pasar Malam setelah matahari terbenam..


Kalau sembang bab makanan, memang macam-macam yang kita boleh dapat di Kelantan ni.. Nasi kerabu, satar, sate ikan, budu, laksam, air tuak, keropok lekor dan macam-macam lagi la... Satu yang Rul belum berpeluang nak merasa lagi, 'Etok', mungkin lain kali dapat merasa kudapan yang 'special' ini..

Satar

 Sate ikan dan sosej bakar

Next pit stop, pekan bebas cukai Rantau Panjang.. Nak ke pekan Rantau Panjang tapi terlajak masuk ke sempadan Malaysia-Thailand, terpaksalah berpatah balik, "maaf ye akak Imigresen, tak ada niat pun nak ke Sungai Golok :)".. Macam-macam korang boleh dapat di sini, dari aneka pakaian, jersi sukan, teddy bear, handbag, tudung, aksesori, kasut, makanan tradisional, buah-buahan, dan lain-lain, harga agak berpatutan sesuai dengan title 'bebas cukai'.. 

"Opps, terlajak ke Siam"



 Baba ice cream @ Pekan Rantau Panjang

Lewat petang, pergi bersiar ke Pantai Irama di jajahan Bachok.. Actually ketika kitorang sampai, adalah 'last day' untuk event Festival Pantai Bachok.. Angin dan ombak laut sini memang agak kuat, dan sambil berehat merasai angin pantai, tidak sah kalau 'tak pekena' air kelapa, "fuhh, hilang haus"...

Riadah di Pantai Irama

Last, sesuai dengan 'caption' negeri Kelantan yang 'Membangun Bersama Islam', kita boleh lihat terdapat banyak masjid yang wujud di negeri ini, dan satu binaan masjid unik di sini adalah Masjid Beijing Rantau Panjang, seni bina masjid ini menggabungkan sentuhan seni budaya Thai dan China, masjid ini juga diuruskan oleh mualaf berbangsa Cina secara sepenuhnya dari Imam hinggalah ke jawatankuasanya..

Singgah solat di Masjid Beijing

Tulisan Jawi masih 'hidup' di Kelantan

p/s : Kelantan memang unik, mungkin next time boleh datang ke Kelantan lagi.. Banyak lagi tempat yang  belum berkesempatan untuk pergi, Insyaallah mungkin lain kali kalau berpeluang.. "Nik, kalau ko balik Kelantan, aku nak ikut boleh :)"...

Traveling cuti semester ke Pulau Perhentian

So, cuti semester kali ini lebih kurang 1 bulan sebelum 'start' semula kuliah next semester baru... Kawan-kawan satu kampus planning nak trip ke Pulau Perhentian... Actually, cuti semester sebelum-sebelum ni diorang pernah trip ke Kuching Sarawak, tapi Rul tak dapat 'follow'... OK, sekarang trip ke Pulau Perhentian.. 


Selepas tambah tolak, semua total 24 orang yang nak join trip ni.. OK, Rul 'list' kan semua 24 orang tu, firstly our team leader Nik Jabi, then anak-anak buah 23 orang, Zero, Radzi, Ijoi, Amirul, Mie, Remy, Paan, Dakyo, Eqbal, Meimei, Atok, Amin, Hatta, C-in, Kama, Syaremy, Danny, One, Fawaz, Hanif, Nik, Kanang, and lastly, me Azrul Azrul Iqlam Lino...


Trip ke Pulau Perhentian pakej 3 hari 2 malam, RM250 seorang.. banyak pakej lain lagi, harga boleh 'nego' tapi standard price lebih kurang RM250 la.. Ada dua jeti dari tanah besar iaitu Jeti Kuala Besut dan Jeti Tok Bali untuk menaiki bot laju ke Pulau Perhentian.. Kitorang pergi melalui Jeti Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk tiba ke Pulau Perhentian..

First impression bila sampai ke area Pulau Perhentian, "wooo beautiful", laut airnya jernih membiru dan kehijauan, "macam air mineral botol, tapi masin :)".. Selepas 25 minit atas bot laju melawan ombak, dihempas badai, meredah gelora (ayat jiwang), kitorang tiba di Pulau Perhentian Kecil.. Ikut pakej kitorang 'stay' di sini, pantai Long Beach, pantai yang paling 'extra-famous' di Pulau Perhentian...




Sampai ke pantai, korang boleh lihat sendiri pasir pantai yang putih dan area pantai yang bersih dan cantik.. "where I am, Mauritius?", tourist dari negara-negara Barat dan dari Timur memenuhi area pantai 'berjemur tengah panas', ramai 'orang putih' dari orang tempatan..


 Selepas 'check-in' bilik, terus turun ke pantai walaupun matahari tengah mencanak naik atas kepala, bukan selalu nak kena 'sunburn', "sunblock kan dah sapu penuh satu badan, tak ada hal lah".. Seronok la 'click n snap' gambar di pesisir pantai Long Beach ni, ada yang terus pergi mandi laut "awesome"..


Pakej 3 hari 2 malam yang kitorang follow, include makan tengahari, malam dan sarapan.. so tidak perlu risau tentang makanan, semua dah di 'set' mengikut jadual, yang penting makanan yang disediakan memang terbaik dan sedap.. Kalau rasa tak 'cukup makan', bolehlah pesan makan or minum secara sendiri, tetapi 'price' agak mahal sedikit..




Aktiviti di Long Beach ini ikut pakej yang kita pilih, macam-macam aktiviti korang boleh follow.. ada Hybrid Trail, 'trekking' ke kincir angin dan menikmati 'sunset view' di waktu petang, boleh berkayak di pesisir laut, BBQ night, bola tampar pantai, beach soccer, scuba-diving (licensed), snorkelling tepi pantai di Coral Bay, dan 'main activity' di Pulau Perhentian, snorkelling trip di sekitar area Pulau Perhentian (Shark Point, Turtle Bay, Light House, Marine Park, Fish Point)...

Hybrid Trail trekking

Beach volleyball

Beach soccer

Snorkelling

Snap via underwater camera

Air laut di sini sangat jernih dan bersih, even korang mandi di pesisir pantai pun still boleh 'bermain' dan berenang bersama dengan ikan-ikan yang memang banyak.. Prepare la roti, then bagi ikan-ikan tu makan, memang best dapat rasa ikan 'gigit-gigit manja' tangan kita.. Mandi-manda sambil dikeliling ikan-ikan kecil, tapi beware obor-obor atau landak laut..


 Sekumpulan ikan membentuk bayangan hitam di dalam air

3 hari 2 malam, rasa satu waktu yang singkat, mungkin 'one day' akan datang balik ke sini, dengan orang yang 'tersayang' mungkin, kah3...  snorkelling, berkayak, aktiviti pantai, sunbathing, turtle-shark-watching, Pulau Perhentian, Perhentian Kecil, Long Beach, Coral Bay dan Kuala Besut, semua akan kekal tersimpan dalam memori, "sweet memories"..

Night Life di Pulau Perhentian


Apa pun, trip ke Pulau Perhentian ni memang best dan 'wallposome'.. Thanks Nik Jabi selaku leader, thanks semua geng yang join trip ni, pinjam ayat kawan, "kita 24 orang, walau pun ada yang baru kenal, dan ada yang terlebih kenal, all of you guys a complete set what a friend need"..

video
Video pesisir pantai Long Beach

p/s : Malas nak tulis entry panjang, rasanya ini pun dah cukup panjang dah.. sambung cerita snorkelling di 'next entry' la.. "Salute buat Nik Jabi, semua dia yang arrange, baik punyer, kerja dengan penuh amanah :)".. Next trip, plan nak ke Pulau Redang pula..

>>> Snorkelling trip
>>> ziarah ke negeri Kelantan

#TwtUpKami Gathering 2012

Sabtu lepas 9 Jun 2012, secara tak sengaja turut terlibat sama dengan #TwtUpKami.. memang di Twitter pernah perasan ada 'promo' / trending #TwtUpKami.. di radio pun ada promo tentang gathering ni, FlyFM, HotFM dan OneFM... Sebelum ni pernah dengar #TwtUpJohor dan #TwtUpIpoh, tapi tak pernah join pun mana-mana 'gath' ni, sebab bukan aktif sangat pun dengan Twitter...

Apa #TwtUp? kaitan dengan Twitter?.. OK, #TwtUp bermaksud 'Twitter Meet-Up' yang merupakan gathering antara pengguna-pengguna twitter di seluruh dunia... So bila 'mention' TwtUp, mesti berkaitan Twitter.. Di Malaysia sendiri, trend TwtUp ini sangat 'extra-famous', dan boleh dikatakan banyaknya 'group' TwtUp yang wujud di Malaysia...

OK, TwtUp yang terbesar di dalam Malaysia ini iaitu #TwtUpKami telah berjaya dianjurkan pada Sabtu lepas di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.. acara bermula seawal 8 pagi dan berakhir sekitar 10 malam.. #TwtUpKami bertuah kerana Perdana Menteri Malaysia turut meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan gathering ini, Dato Seri Mohd Najib diundang dan memberi respon secara spontan di Twitter untuk menghadiri acara ini, "wallopsome'..

Dato Seri Mohd Najib interview on stage

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan artis yang turut sama turun padang seperti Bunkface, Estranged, Noh Hujan, OAG, Flop Poppy, Ramona Azween, Rosevelt, AG, Hunny Madu, Fouziah Gous, Iqram Dinzly, Pak Nil, Kartel dan ramai lagi serta para TweetFamous... Antara acara lain adalah #TJFutsal2, #YBsCanJump, Sooq Bazaar, Glam Bazaar dan juga beberapa acara yang lain...

 #TJFutsal2

 
 salah satu booth di Glam Baazar

Twitterjaya Community Cinta Malaysia Association adalah organisasi yang bertanggungjawab menganjurkan gathering ini.. Inisiatif untuk mewujudkan acara ini adalah dengan berharap #TwtUpKami dapat merapatkan hubungan antara pengguna Twitter itu sendiri, menyatukan rakyat berbilang kaum, 'artis bersama peminat', mewujudkan kesedaran tentang media sosial, serta mengumpul dana Mercy Malaysia dan PBSM... Check this out, TwitterJayaTV TJTV youtube link..

my Tweethandle sticker

OK, macam yang Rul cerita mula-mula tadi, memang Rul datang ke #TwtUpKami secara tidak sengaja.. 'Last minute' baru Rul decide untuk pergi #TwtUpKami, itu pun sebab Rul ada tugas sebagai seorang 'part-time crew' bagi TuneTalk.. Kiranya Rul 'sambil menyelam minum air', buat 2 kerja dalam 1 masa, join #TwtUpKami dan bertugas untuk TuneTalk.. Thanks kepada pelanggan-pelanggan TuneTalk, harap berpuas hati la..

TuneTalk Hot Air Balloon

 "we are TuneTalk" ;)

P/S : Memang ramai la TweetFamous yang Rul nampak, memang tak kenal tapi tengok gaya pun tahu mesti TweetFamous.. korang tahu tak apa tu TweetFamous?, kira macam 'artis' Twitter la, 'extra-famous' di laman sosial.. Tak sempat nak 'snap pic' banyak la, 'busy' kan.. last, my Tweethandle @al_azrul