#TwtUpKami Gathering 2012

Sabtu lepas 9 Jun 2012, secara tak sengaja turut terlibat sama dengan #TwtUpKami.. memang di Twitter pernah perasan ada 'promo' / trending #TwtUpKami.. di radio pun ada promo tentang gathering ni, FlyFM, HotFM dan OneFM... Sebelum ni pernah dengar #TwtUpJohor dan #TwtUpIpoh, tapi tak pernah join pun mana-mana 'gath' ni, sebab bukan aktif sangat pun dengan Twitter...

Apa #TwtUp? kaitan dengan Twitter?.. OK, #TwtUp bermaksud 'Twitter Meet-Up' yang merupakan gathering antara pengguna-pengguna twitter di seluruh dunia... So bila 'mention' TwtUp, mesti berkaitan Twitter.. Di Malaysia sendiri, trend TwtUp ini sangat 'extra-famous', dan boleh dikatakan banyaknya 'group' TwtUp yang wujud di Malaysia...

OK, TwtUp yang terbesar di dalam Malaysia ini iaitu #TwtUpKami telah berjaya dianjurkan pada Sabtu lepas di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.. acara bermula seawal 8 pagi dan berakhir sekitar 10 malam.. #TwtUpKami bertuah kerana Perdana Menteri Malaysia turut meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan gathering ini, Dato Seri Mohd Najib diundang dan memberi respon secara spontan di Twitter untuk menghadiri acara ini, "wallopsome'..

Dato Seri Mohd Najib interview on stage

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan artis yang turut sama turun padang seperti Bunkface, Estranged, Noh Hujan, OAG, Flop Poppy, Ramona Azween, Rosevelt, AG, Hunny Madu, Fouziah Gous, Iqram Dinzly, Pak Nil, Kartel dan ramai lagi serta para TweetFamous... Antara acara lain adalah #TJFutsal2, #YBsCanJump, Sooq Bazaar, Glam Bazaar dan juga beberapa acara yang lain...

 #TJFutsal2

 
 salah satu booth di Glam Baazar

Twitterjaya Community Cinta Malaysia Association adalah organisasi yang bertanggungjawab menganjurkan gathering ini.. Inisiatif untuk mewujudkan acara ini adalah dengan berharap #TwtUpKami dapat merapatkan hubungan antara pengguna Twitter itu sendiri, menyatukan rakyat berbilang kaum, 'artis bersama peminat', mewujudkan kesedaran tentang media sosial, serta mengumpul dana Mercy Malaysia dan PBSM... Check this out, TwitterJayaTV TJTV youtube link..

my Tweethandle sticker

OK, macam yang Rul cerita mula-mula tadi, memang Rul datang ke #TwtUpKami secara tidak sengaja.. 'Last minute' baru Rul decide untuk pergi #TwtUpKami, itu pun sebab Rul ada tugas sebagai seorang 'part-time crew' bagi TuneTalk.. Kiranya Rul 'sambil menyelam minum air', buat 2 kerja dalam 1 masa, join #TwtUpKami dan bertugas untuk TuneTalk.. Thanks kepada pelanggan-pelanggan TuneTalk, harap berpuas hati la..

TuneTalk Hot Air Balloon

 "we are TuneTalk" ;)

P/S : Memang ramai la TweetFamous yang Rul nampak, memang tak kenal tapi tengok gaya pun tahu mesti TweetFamous.. korang tahu tak apa tu TweetFamous?, kira macam 'artis' Twitter la, 'extra-famous' di laman sosial.. Tak sempat nak 'snap pic' banyak la, 'busy' kan.. last, my Tweethandle @al_azrul

3 comments:

Cik Suriz said...

cambest.

[k]o{q}i[n] said...

terpaksa kje time ni.. :(

nabByla said...

untungla..dapat tgkap gmbar sebelah amoi.. HAHA!