Kelantan "The Blissful Abode"

Sekali lagi setelah sekian lama, kembali menjejakkkan kaki ke Negeri Kelantan.. Negeri yang unik dan penuh sosio-budaya, dan jika disingkap sejarah, Kelantan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang pernah diperintah Raja Perempuan, yakni Cik Siti Wan Kembang.. 7 jam perjalanan dari Nilai N9 ke Kota Bharu Kelantan, jalan berbukit di Kuala Lipis dan Gua Musang saling tak tumpah seperti laluan berbukit Gerik-Jeli dan 'laluan berhantu' Sumpitan..

Salam ziarah, actually ramai kawan-kawan yang tinggal atau berasal dari Kelantan, dan ada juga saudara jauh yang tinggal di negeri ini... So, sempat pergi ke rumah kawan-kawan di sini, memang seronok, "boleh makan free lagi :)".. Thanks kepada famili-famili yang hidangkan kitorang makanan, "memang superb", dapat rasa 'kemanisan' masakan Kelantan, dan yang penting mesti ada Budu, 'original'...

OK, di Kota Bharu sebelah malam ke KB Mall, 'shopping' apa yang patut.. Then kitorang berlima (Rul, Danny, Nik, Mei2, C-in) 'pusing-pusing' area Kota Bharu merasai sendiri 'night life' dan sempat 'snap' gambar berlatarbelakangkan suasana malam di sini..

 Tambatan DiRaja

KB Mall

Next, ke Wakaf Che Yeh, bazaar malam ala-ala 'uptown' or 'downtown'.. 2 malam Rul datang ke sini, dan sempat juga 'pusing habis' area yang agak luas ni.. Dengar cerita, Wakaf Che Yeh ini pada sebelah pagi akan beroperasi menjadi Pasar Borong, Pasar Basah di waktu siang, dan Pasar Malam setelah matahari terbenam..


Kalau sembang bab makanan, memang macam-macam yang kita boleh dapat di Kelantan ni.. Nasi kerabu, satar, sate ikan, budu, laksam, air tuak, keropok lekor dan macam-macam lagi la... Satu yang Rul belum berpeluang nak merasa lagi, 'Etok', mungkin lain kali dapat merasa kudapan yang 'special' ini..

Satar

 Sate ikan dan sosej bakar

Next pit stop, pekan bebas cukai Rantau Panjang.. Nak ke pekan Rantau Panjang tapi terlajak masuk ke sempadan Malaysia-Thailand, terpaksalah berpatah balik, "maaf ye akak Imigresen, tak ada niat pun nak ke Sungai Golok :)".. Macam-macam korang boleh dapat di sini, dari aneka pakaian, jersi sukan, teddy bear, handbag, tudung, aksesori, kasut, makanan tradisional, buah-buahan, dan lain-lain, harga agak berpatutan sesuai dengan title 'bebas cukai'.. 

"Opps, terlajak ke Siam"



 Baba ice cream @ Pekan Rantau Panjang

Lewat petang, pergi bersiar ke Pantai Irama di jajahan Bachok.. Actually ketika kitorang sampai, adalah 'last day' untuk event Festival Pantai Bachok.. Angin dan ombak laut sini memang agak kuat, dan sambil berehat merasai angin pantai, tidak sah kalau 'tak pekena' air kelapa, "fuhh, hilang haus"...

Riadah di Pantai Irama

Last, sesuai dengan 'caption' negeri Kelantan yang 'Membangun Bersama Islam', kita boleh lihat terdapat banyak masjid yang wujud di negeri ini, dan satu binaan masjid unik di sini adalah Masjid Beijing Rantau Panjang, seni bina masjid ini menggabungkan sentuhan seni budaya Thai dan China, masjid ini juga diuruskan oleh mualaf berbangsa Cina secara sepenuhnya dari Imam hinggalah ke jawatankuasanya..

Singgah solat di Masjid Beijing

Tulisan Jawi masih 'hidup' di Kelantan

p/s : Kelantan memang unik, mungkin next time boleh datang ke Kelantan lagi.. Banyak lagi tempat yang  belum berkesempatan untuk pergi, Insyaallah mungkin lain kali kalau berpeluang.. "Nik, kalau ko balik Kelantan, aku nak ikut boleh :)"...

11 comments:

KY said...

belum pernah lagi ke kelantan, KY orang dekat je kemaman...hiih

sitisaliza.com said...

oh kampung ku... sobsobsob

Roslina Mohd Jelani said...

waahh..nampak sedap satar tu..*drooling* (O_o)heheehe

Tanpa Nama said...

nasib baik name aku ade..hahaha

kamalhashim said...

teringin pegi kelantan

Nini D.. said...

teman blom pernah sampai Kelantan :)

btol dah tu mee ketam kat kuala gula :)

J.Syazwana said...

tak pernah sampai kelantan :(

Nyamuk Terbang said...

trngn nya nk pegi klntan...sbb byk tmpt dgn makanan best kn

sueMUNCET said...

pernah pergi kelantan sekali jee..hikhik..

Maisarah Azmi said...

hehe..sarah orang kalantan...=)
jemput datang lagi...

penakeyboard said...

manghi la lagi negeri kelate.. hehehe.. nnti boleh belajar longat kelate pulok.. :)