Traveling cuti semester ke Pulau Perhentian

So, cuti semester kali ini lebih kurang 1 bulan sebelum 'start' semula kuliah next semester baru... Kawan-kawan satu kampus planning nak trip ke Pulau Perhentian... Actually, cuti semester sebelum-sebelum ni diorang pernah trip ke Kuching Sarawak, tapi Rul tak dapat 'follow'... OK, sekarang trip ke Pulau Perhentian.. 


Selepas tambah tolak, semua total 24 orang yang nak join trip ni.. OK, Rul 'list' kan semua 24 orang tu, firstly our team leader Nik Jabi, then anak-anak buah 23 orang, Zero, Radzi, Ijoi, Amirul, Mie, Remy, Paan, Dakyo, Eqbal, Meimei, Atok, Amin, Hatta, C-in, Kama, Syaremy, Danny, One, Fawaz, Hanif, Nik, Kanang, and lastly, me Azrul Azrul Iqlam Lino...


Trip ke Pulau Perhentian pakej 3 hari 2 malam, RM250 seorang.. banyak pakej lain lagi, harga boleh 'nego' tapi standard price lebih kurang RM250 la.. Ada dua jeti dari tanah besar iaitu Jeti Kuala Besut dan Jeti Tok Bali untuk menaiki bot laju ke Pulau Perhentian.. Kitorang pergi melalui Jeti Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk tiba ke Pulau Perhentian..

First impression bila sampai ke area Pulau Perhentian, "wooo beautiful", laut airnya jernih membiru dan kehijauan, "macam air mineral botol, tapi masin :)".. Selepas 25 minit atas bot laju melawan ombak, dihempas badai, meredah gelora (ayat jiwang), kitorang tiba di Pulau Perhentian Kecil.. Ikut pakej kitorang 'stay' di sini, pantai Long Beach, pantai yang paling 'extra-famous' di Pulau Perhentian...




Sampai ke pantai, korang boleh lihat sendiri pasir pantai yang putih dan area pantai yang bersih dan cantik.. "where I am, Mauritius?", tourist dari negara-negara Barat dan dari Timur memenuhi area pantai 'berjemur tengah panas', ramai 'orang putih' dari orang tempatan..


 Selepas 'check-in' bilik, terus turun ke pantai walaupun matahari tengah mencanak naik atas kepala, bukan selalu nak kena 'sunburn', "sunblock kan dah sapu penuh satu badan, tak ada hal lah".. Seronok la 'click n snap' gambar di pesisir pantai Long Beach ni, ada yang terus pergi mandi laut "awesome"..


Pakej 3 hari 2 malam yang kitorang follow, include makan tengahari, malam dan sarapan.. so tidak perlu risau tentang makanan, semua dah di 'set' mengikut jadual, yang penting makanan yang disediakan memang terbaik dan sedap.. Kalau rasa tak 'cukup makan', bolehlah pesan makan or minum secara sendiri, tetapi 'price' agak mahal sedikit..




Aktiviti di Long Beach ini ikut pakej yang kita pilih, macam-macam aktiviti korang boleh follow.. ada Hybrid Trail, 'trekking' ke kincir angin dan menikmati 'sunset view' di waktu petang, boleh berkayak di pesisir laut, BBQ night, bola tampar pantai, beach soccer, scuba-diving (licensed), snorkelling tepi pantai di Coral Bay, dan 'main activity' di Pulau Perhentian, snorkelling trip di sekitar area Pulau Perhentian (Shark Point, Turtle Bay, Light House, Marine Park, Fish Point)...

Hybrid Trail trekking

Beach volleyball

Beach soccer

Snorkelling

Snap via underwater camera

Air laut di sini sangat jernih dan bersih, even korang mandi di pesisir pantai pun still boleh 'bermain' dan berenang bersama dengan ikan-ikan yang memang banyak.. Prepare la roti, then bagi ikan-ikan tu makan, memang best dapat rasa ikan 'gigit-gigit manja' tangan kita.. Mandi-manda sambil dikeliling ikan-ikan kecil, tapi beware obor-obor atau landak laut..


 Sekumpulan ikan membentuk bayangan hitam di dalam air

3 hari 2 malam, rasa satu waktu yang singkat, mungkin 'one day' akan datang balik ke sini, dengan orang yang 'tersayang' mungkin, kah3...  snorkelling, berkayak, aktiviti pantai, sunbathing, turtle-shark-watching, Pulau Perhentian, Perhentian Kecil, Long Beach, Coral Bay dan Kuala Besut, semua akan kekal tersimpan dalam memori, "sweet memories"..

Night Life di Pulau Perhentian


Apa pun, trip ke Pulau Perhentian ni memang best dan 'wallposome'.. Thanks Nik Jabi selaku leader, thanks semua geng yang join trip ni, pinjam ayat kawan, "kita 24 orang, walau pun ada yang baru kenal, dan ada yang terlebih kenal, all of you guys a complete set what a friend need"..

video
Video pesisir pantai Long Beach

p/s : Malas nak tulis entry panjang, rasanya ini pun dah cukup panjang dah.. sambung cerita snorkelling di 'next entry' la.. "Salute buat Nik Jabi, semua dia yang arrange, baik punyer, kerja dengan penuh amanah :)".. Next trip, plan nak ke Pulau Redang pula..

>>> Snorkelling trip
>>> ziarah ke negeri Kelantan

25 comments:

Razil Tahir said...

OK!!
My next holiday destination!!!! XD
thanks for the awesome review!
:)

yana karim said...

saya jeles, sekian terima kasih

Wadi AR said...

best jugak kau pegi jenjalan

atin hu-ha said...

i'm gonna feel what u have done there . baru nak p hujung minggu ni . hehe

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

wahhhh... bestnya..kg saya dekat jer tpi sy xprnah prgi lagi ke sana...huhuhuhu belum berkesempatan...

arkuchik said...

nice.. singgah sini jap

Anonymous said...

ok..jenjalan bersama tersayang..haha..siapakah?

AL AZRUL said...

ok geng, sape nak pergi sini, pndai2 la bawa diri yer.. sini agak sosial arr, sbb mat saleh kan rmai.. ;)

anonymous ?? sape lak ni.. yes, org tersayang.. ;)

KY said...

bestnya cuti panjangkan?

wanie-raina said...

best2!!
Stop Island nie kat mane ha?
haha
250 inggit tu mmg utk pakej 1 kepale ea?

wanie-raina said...

best2!!
Stop Island nie kat mane ha?
haha
250 inggit tu mmg utk pakej 1 kepale ea?

Maisarah Azmi said...

wa, cantik la temapat tu.. excited bila tengok ikan banyak.. laut pun cantik

Aisya J said...

CANTIKNYAAA tempat diaaa! Air sume cantik jernih jee. Tenang je tgk gmbar hihi :D

mrs kayrul said...

waaaaaa..nak g perhentian gak....

mira maisara said...

wahh.. cam best je :D

Nyamuk Terbang said...

ala cuti dh nk hbs...xleh nk brcuti

p/s: jom join bloglist sy

Yumida said...

wah...pic2 amazing..beznye tgk korang...cam nk pg sana gak...
follower ke 550

Ana Farhana said...

blh jah nak join.. tp hadiah nnt bg kt kakak adik la.. hehe

NURFATIN IZZATI said...

jeles gle boleh??
btw awesome sgt2.
but still menjelskan sya..
hehe

jann sinuja said...

pulau perhentian mmg cantik :)

tyka said...

wahhh..cm best jea!

penakeyboard said...

waa... best nya.. dpt lihat keindahan.. x dpt pegi lg, dpt tngok gmbar kt sini pn jd.. :)

Anonymous said...

cantik gmbar. pakai camera apa :D

azhan said...

salam bro nk tnya..tyme pergi ambk package chalet mana ye?tgk maknan sdap2 jgak tu..blh share skit..tq ye bro.

perhentianisland cuticuti said...

Jom pergi Pulau Perhentian.
Jika berminat boleh email sy :
perhentiansiland.cuticuti@gmail.com