Ana, umi, walid dan Ramadhan

Rasanya belum terlewat lagi untuk Rul ucapkan Salam Ramadhan, selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang mulia, penuh barakah dan magrifah.. Mungkin di bulan Ramadhan ini Rul kurang untuk blogging dan blogwalking, "a little bit busy".. Apa pun, Rul doakan semua kita para muslimin dan muslimat mendapat kerahmatan Allah swt. Insyaallah..

 From my heart with love

Teringat ketika bulan Ramadhan 1431 Hijrah, ada satu kisah pendek yang pernah Rul kongsikan sebelum ini di Facebook, mengisahkan Ana (berusia 7 tahun), Umi (ibu Ana), Walid (bapa Ana), dan aunty Lili (pembantu rumah)..
___

Ana (Ramadhan)

Ana!! kalau Ana nak ikut umi dengan walid, Ana pergi siap cepat..
umi dengan walid nak ke masjid ni, kalau Ana tak nak ikut, Ana duduk di rumah dengan aunty Lili ya..

Ana nak ikut, tunggu la Ana, umi walid tunggu tunggu..

Ana nak ikut ya, sini umi siapkan Ana, pakai telekung yang walid belikan ini ya..
comel anak umi ni bila bertelekung..

___

Umi, kenapa hari ni kita solat banyak rakaat? banyak sangat rakaat umi, Ana tak larat..
selalunya umi dengan walid ajar bila waktu malam, kita solat 3 dengan 4 ja..

Ana, esok kita akan berpuasa, dah masuk 1 Ramadhan..
tadi tu, kita solat tarawih, solat yang hanya terdapat dalam bulan Ramadhan sahaja..
 nanti sampai rumah, walid boleh ceritakan lagi tentang istimewanya Ramadhan..

errmmm, tahun ni Ana dah berusia 7 tahun, Ana boleh la mula belajar berpuasa..
nanti walid ajar Ana apa itu berpuasa..
walid yakin Ana boleh, ya sayang..
___

Ana, malam ni tidur awal ya..
esok pagi sebelum subuh, kita bangun awal untuk bersahur..
nanti umi kejutkan Ana ya..

bersahur? tadi dekat sekolah, ustazah ada cerita juga pasal bersahur..
ustazah pun ada sebut puasa dan Ramadhan..
 tapi Ana tak faham..

tak apa Ana, nanti Ana faham la, Ana masih kecik, baru nak belajar..
jangan risau, walid dengan umi akan ajarkan Ana..
Insyaallah, Ana akan faham nanti..
sekarang Ana pergi masuk tidur..

Ana, esok Ana bangun tau, umi akan masakkan makanan kegemaran Ana..
kalau umi tak bangun, Ana kejutkan umi ya, nanti esok kita bersahur sama-sama..
___


kringg...kringg...kringg...

Ana..Ana..bangun nak..

walid..kenapa kejutkan Ana awal sangat ni? walid cakap sekolah mula pukul 8..
Ana mengantuk lagi ni..

Ana..Ana dah lupa ke? hari ni kan kita nak bersahur, kita nak berpuasa..

bersahur?

OK, Ana pergi basuh muka dulu, baru segar sikit.. mari, walid dukung Ana..

walid..umi mana? umi tak bangun lagi ke? umi cakap nak kejutkan Ana..

walid sengaja tak kejutkan umi, walid nak Ana yang kejutkan..
mesti nanti umi seronok tengok Ana boleh bangun sahur awal dari umi..

OK walid, Ana nak pergi kejutkan umi..
___

umi..umi..umi..bangun la umi..umi..umi..
umi, bangun la sahur umi..
walid.. kenapa umi tak nak bangun ni?
umi..umi..bangun la umi..
kenapa badan umi sejuk.. umi pergi mana malam tadi?
umi kena hujan ke malam tadi?
umi..

Ana..kenapa Ana.. dah kejutkan umi?

umi tak nak bangun la walid..

tak apa la, biar walid yang kejutkan..
sayang..sayang..bangun ya sayang.. dah nak subuh ni, nanti tak sempat pula kita bersahur..
sayang..ehhh, Ya Allah.. kenapa badan sayang sejuk ni, sayang buka mata sayang..
kenapa ni, bangun la sayang..sayang..
aunty Lili, tolong panggilkan ambulan, cepat aunty..
sayang, jangan macam ni sayang.. Ya Allah..
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..
___

walid kenapa dengan umi?

Ana, umi dah takda, umi dah pergi tinggalkan kita Ana..

umi pergi mana? umi pergi mana walid?

umi dah meninggal Ana, mungkin Allah lebih sayangkan umi..
sakit barah umi dah tahap akhir, sampai masanya.. (T_T)

walid tipu, tepi la walid.. Ana nak kejutkan umi..
umi bangun umi.. umi bangun..
kenapa umi tipu Ana..
kenapa umi..
umi cakap umi nak berpuasa dengan Ana..
umi cakap nak bersahur dengan Ana..
umi tipu.. umi tipu..
bangun la umi..
umi..umi..umi..
umi cakap, nak masakkan makanan kegemaran Ana..
umi tipu..
buka la mata umi.. Ana tunggu ni.. umi basuh la muka, baru umi rasa segar..
umi bangun la.. Ana lapar ni umi..
Ana nak umi masak makanan kegemaran Ana..
Ana nak puasa dengan umi..
umi..umi tipu Ana.. kenapa umi tak nak bangun...
umi..

Ana, umi dah takda Ana.. Ana jangan macam ni ya nak..

kenapa umi buat Ana macam ni..
kenapa walid?
tengok la, Ana dah kejut banyak kali, umi tak nak buka mata pun..

Ana, umi dah meninggal, semua ini dah ditentukan oleh Allah..
kita tak boleh melawan takdir Ana..
kita kena redha, Ana masih ada walid..
nanti kita puasa sama-sama ya.. (T_T)

Ana nak umi..
umiiiiiiiiiiiiiiiii..

___

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

p/s : Sayang lah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih bernyawa, walau bagaimana keadaan mereka sekali pun, mereka tetap ibu bapa kita, tiada gantinya.. ada pula kehilangan ibu bapa ketika masih bayi lagi, tidak sempat merasa kasih sayang ibu bapa, mungkin nanti hanya akan bertemu semula, di mana? di syurga, Insyaallah..

Cuci mata di Google Maps

Hi, assalamualaikum.. Jom jalan-jalan lihat dunia di Google Maps, kiranya kita jadi 'stalker', zoom sana zoom sini.. Google Maps kurang gempak, kalau nak lagi 'awesome', cuba guna Google Earth lagi stylo, gambar muka bumi ni lebih jelas, macam tengok guna CCTV besar yang ada atas angkasa sana..

Ini bukan apa, kes terlebih banyak masa 'free', itu yang main-main dengan Google Maps ni, macam la korang tak biasa kan... OK la, boleh lihat satu dunia, jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman, jalan-jalan 'makan angin' dalam dunia maya, free of charge..

Pulau Galesnjk Crotia

 ratusan kapal di Port Singapore

 lapangan terbang di atas laut Kansai Airport

OK, cuba lihat ke Kota Mekah al-Mukarramah, memang kelihatan bercahaya seperti yang orang cakapkan, Kota Mekah ini adalah pusat kepada planet bumi..
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bwah pertengahan langit"
Surah Maa'dah ayat 97 "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia"

 Mekah al-Mukarramah

Tour satu dunia, habis semua kena 'stalker' kan... Rul 'highlight' mana tempat yang menarik dan pelik, macam kapal tangki besar yang terbalik di Basrah Iraq, Bunny di sebuah ladang di Italy, resort unik di Gold Coast Sepang, Palm Island dan World Island di Emiriah Arab Bersatu, pelabuhan paling sibuk di dunia Port Singapore, dan 'pulau cinta' di Crotia..

 Palm Island UAE

 Giant pink Bunny

 Sepang International Circuit

 Sepang Gold Coast Bagan Lalang

 World Island UAE

 kapal terbalik di Basrah

OK, Rul zoom ke kampus universiti tempat Rul belajar sekarang, yakni UniKL MIAT, "tylo la, MIAT macam pangkalan pesawat yang tersembunyi, sebab ada gambar 2 buah kapal terbang di apron".. Banyak tempat juga yang macam menarik di 'zoom'kan, sambil tu boleh juga 'kaji selok-belok jalanraya dalam Malaysia ni..

 Helicopter landing point di UniKL MIAT 

Sedikit info mengenai Google Maps, "It offers street maps, a route planner  for traveling by foot, car, bike , or public transport and an urban business locator for numerous countries around the world, Google Maps satellite images are not updated in real time, they are several months or years old"..

p/s : Cuba la makan angin di alam maya ini, banyak lagi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan tempat-tempat tersebut nampak 'awesome' bila dilihat dari 'angkasa'..

Perang Paintball

Jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman ke negeri Terengganu... OK, Rul dan kawan-kawan seramai 20 orang ke sini untuk bermain outdoor Paintball di Peladang Setiu Agro Resort, semua kawan yang 'arrange' dengan harga RM35 seorang... Actually di Agro Resort memang banyak aktiviti yang disediakan, Paintball, Survivor, Trekking, Camping, Absailing, Flying-fox, Rafting, dan banyak lagi, view semulajadi di sini pun cantik..

 Banzai vs Kamikaze

Sini ada dua area untuk bermain Paintball, satu di Ladang Sawit obstacle dan satu lagi di kawasan bangunan tinggal ala-ala Counter-strike.. Ini 'first time' cuba main paintball, tak sabar rasa nak menembak, "pang pang pang teui teui teui kebaboom arghhhh".. Selalunya main Counter-strike dalam PC, kali ini 'Face-to-face', 'amekaww' tembak la sepuas-puasnya..

Abang Komando bagi taklimat



Weapons 'perang' adalah Marker gun, Pallet aka peluru, Facemask, dan Body-armour.. 4 team, 5 orang satu kumpulan, 2 match, 4 game, dan bermain 2 pusingan untuk setiap kumpulan.. Pallet 100 biji seorang dan masa maximum untuk satu round game 5 minit.. Kitorang main ikut game 'Capture the flag', ini bermakna kita mesti rampas bendera lawan untuk menang game, siapa terkena tembakan Pallet kira 'out'..




Facemask paling penting kalau masuk ke area 'battlefield', kena Pallet yang laju tu memang sakit la jawabnya, kalau kena mata siapa nak tanggung?.. Body-armour 'optional', kalau rasa diri sudah cukup kebal tak mahu pakai pun tak apa , tapi rasanya wajib pakai kot, sebab nak lindung bahagian-bahagian 'sensitif'.. Even cameraman pun perlu pakai Facemask, ingat 'safety first'..


Ready untuk masuk ke 'battlefield' Sawit obstacle, 'perang' bermula.. Dengan strategi 2 orang defend, 2 orang attack dengan seorang back-up di tengah, team kitorang perang habis-habisan.. Rasa macam perang betul la, peluru datang kiri kanan, nasib baik 'power' mengelak.. Then lastly team kitorang menang first game dan second game, dan yang paling penting berjaya survive, 'hidup lagi' sebab langsung tak kena tembak.. :)



Lepas game kita boleh nampak ada yang kena 'headshot', nasib baik hidup lagi kan.. Yang cedera sikit pun ada, sebab kena tembak di kawasan yang terdedah tanpa 'shield' macam di leher, tangan dan kaki... By the way, peluru Pallet ini selamat untuk 'termakan' dan 'tertelan' kerana diperbuat dari minyak sayuran, dan Pallet ini siap ada tanda cop halal...

 Tepat ke leher, "berdarah"

Aktiviti Paintball ini memang agak extreme la, sebab boleh buat badan lebam-lebam kena tembak.. Tapi game ini memang best dan stylo.. Paintball mengajar kita untuk kerja satu pasukan, strategi, dan apa yang penting? "kerjasama", macam kartun Wonderpet..

Video (LQ)

p/s : Paintball memang 'wallopsome', main sekali rasa nak repeat lagi dan lagi, tak cukup puas menembak kawan-kawan atau Paintball yang boleh dianggap sebagai medan tempur untuk 'sesi membalas dendam kesumat', hahaha...

>>> experience Snorkelling di Perhentian Island