Nak bagi Kad Raya Aidilfitri !!

Assalamualaikum wbt. OK, ini first entry Rul tulis ketika bulan Ramadhan ni, rasanya dah lama tak update blog dan blogwalking.. Mungkin sebab busy sikit dan di bulan Ramadhan ini kita ada aktiviti-aktiviti lain yang kita nak buat kan, ini la 'special'nya Ramadhan, bulan beribadah..

Actually, Rul ada terbaca di satu akhbar ni, tajuk lebih kurang macam ni "Kad ucapan Hari Raya sudah tidak relevan".. Betul ke tidak relevan? atau patut ditukar tajuk tu agar nampak lebih manis dan lebih sesuai macam "Kad Raya semakin dilupakan generasi kini" atau "Kad Raya makin hilang serinya ditelan zaman".. Mungkin betul la, kita sekarang lebih dekat dengan segala teknologi yang ada, SMS, Facebook, Blog, dan lain-lain, so ucapan raya melalui kiriman kad mungkin menjadi pilihan kedua..

 Ucapan 'standard' dalam kad raya

So sekarang, Rul cuba nak cari balik 'feeling' zaman-zaman sekolah dulu, bila Syawal dah makin dekat, terus serbu ke kedai yang menjual kad raya, mana kad yang nampak 'cute' dan cantik dibeli, then pos kan ke kawan-kawan, saling tukar-tukar kad raya, peti surat penuh dengan kad raya.. Wow, such a beautiful and great memories, ini la yang uniknya..

"Siapa cepat dia dapat"

Sampai sekarang pun, still ada simpan kad-kad raya yang kawan-kawan bagi, semua tu kenangan.. OK, disebabkan mengidam nak jadi macam zaman-zaman 'sweet' dulu, Rul nak send kat korang dan kawan-kawan Rul Kad Raya Aidilfitri, tak cantik pun kad nya, beli di kedai yang murah-murah, bajet tak ada :)..

SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERTARAWIH, SELAMAT BERQIAMULLAIL
jangan main mercun, jangan main meriam buluh, jangan buat bom sendiri, main bunga api mungkin OK sikit.. :)

Terima kasih 'abang posmen'

p/s : Kalau nak Kad Raya Aidilfitri, sudi-sudi la inbox di Facebook, DM di Twitter, message address dan 'full name' korang OK.. SEMENTARA STOK MASIH ADA :)

updated : Thanks pada semua yang request Kad Raya, request dah 'over limit' dari bajet asal, Rul dah tak ada 'extra-money' untuk tambah dan beli lagi kad-kad baru, mungkin next year Raya la pula.. :)