Himpunan #Merdeka55 mencapai lebih 100000 peserta

Himpunan #Merdeka55 Janji Ditepati diadakan dengan begitu meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelah malam 31 Ogos, jumlah peserta yang hadir melebihi 100 ribu orang.. 90000 empat duduk penuh dengan peserta dari pelbagai peringkat umur, ruang stadium digunakan semaksima mungkin bagi menempatkan jumlah hadirin yang ramai melebihi 100000 orang, rekod perhimpunan Merdeka paling ramai dalam sejarah..


Perkarangan Stadium Bukit Jalil (dari atas)

Rul turut datang ke acara ini bagi merasa sendiri kehangatan sambutan #Merdeka55 tahun ini.. Selepas solat Jumaat, Rul terus bergerak ke area Stadium Bukit Jalil, datang awal bagi mengelak kesesakan, LRT percuma ke stesen Bukit Jalil disediakan.. #Merdeka55 ini diadakan sebelah malam setelah pada siangnya lebih 20 ribu orang membanjiri Dataran Merdeka bagi acara perbarisan Sambutan Kemerdekaan.. 

LRT Bukit Jalil sesak

Geng baju merah #TwtUpMerdeka



Dato Seri Najib menyifatkan himpunan ini "sempoi dan cool".. Beliau hadir bersama isteri dan turut diiringi menteri-menteri kabinet dan kenamaan VVIP yang lain.. Dato Seri Najib memberi ucapan di atas pentas yang berputar 360 darjah, so beliau dapat melihat dan berucap berhadapan semua penonton yang hadir di setiap penjuru stadium.. 

Malam tu kan, ada macam-macam show, nyanyian lagu patriotik, lagu dikir 1Malaysia, lagu Go Go Malaysia (Faizal Tahir), persembahan formasi dari belia Gen-Y, persembahan artis, show bunga api, sambutan Aidilfitri di perkarangan stadium, #TwtUpMerdeka, cabutan bertuah dan banyak lagi..



Cabutan bertuah malam tu banyak juga, hampir 100 hadiah, paling best dapat kereta Proton Preve dan Chevrolet Cruize.. lain-lain hadiah, tiket penerbangan MAS, motor Vespa Naza, motor Modenas, tablet PC Huawei, Blackberry phone, dan basikal fixie.. "Kecewa, langsung tak kena 'lucky draw', memang jarang-jarang bertuah" :)..

Gegak gempita satu stadium dengan laungan 'MERDEKA', semua pun tidak kelu lidah untuk sama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik dan bersemangat menyanyikan lagu Negaraku.. Stadium bergema, Jalur Gemilang sentiasa berkibar, 'airhorn' yang kuat tu turut kedengaran (walaupun dilarang) memeriahkan suasana 1 Malaysia..


Himpunan #Merdeka55 juga telah berjaya mencatatkan 3,611,323 tweet, dan himpunan 10128 pengguna twitter di Stadium Nasional bagi melayakkan untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.. Event ini disebut 'tweet #Merdeka55 bersama @NajibRazak'.. Rekod ini diumumkan oleh Menteri Penerangan "Pelayar Twitter #Merdeka55 di stadium seramai 10128 dan 3611323 tweet orang ramai di luar stadium untuk tempoh 1 jam (8:15pm-9:15pm)".. Bangga dapat menjadi sebahagian dari yang mencipta rekod..

Laporan akhbar #Merdeka55
Beberapa anugerah turut disampaikan pada malam #Merdeka55.. 4 warga Malaysia memperoleh geran mencecah jutaan ringgit bagi memajukan pernigaan luar bandar, 3 orang Ikon sepanjang zaman dan Ikon Belia saudara Zhariff (Orang kelebihan upaya).. Paling menerima sorakan yang paling gemuruh adalah 3 Ikon Sukan, Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol dan Pandaleela Rinong.. Stadium turut bergema apabila Yunalis Zarai (Yuna) dinobat sebagai Ikon Seni Budaya, "she is awesome"..

video
1 video dari berbelas video yang di record

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

p/s : Banyak yang Rul nak tulis bagi 'entry' kali ini, tapi semua 'experience' ada dalam kepala, simpan dalam memori, tak tertulis dengan kata-kata, cukup la ringkasan seperti ini.. Ada satu yang Rul tak lupakan, bila semua surau di Stadium Nasional penuh, "standard la bila ada acara besar, surau mesti penuh", so kitorang terpaksa cari alternatif lain, ramai-ramai solat di perkarangan stadium beralaskan Jalur Gemilang :)..